Tuesday, May 29, 2012

PERLU KE KEISTIMEWAAN??

Kadang2 aku banyak berfikir waktu memandu kereta. Aku rasa semua orang pun sama juga. Waktu memandu memang penuh cabaran. Sebab kita kene tengok cermin sisi,pandang belakang. Lepastu kita kena tengok juga orang sekeliling. Kemana hala tuju kereta kiri or kanan. Sebab kadang ada pemandu style masuk simpang or potong tak bagi isyarat signal.

Aku memang menyampah dengan orang jenis macam ni. Hmm penat nak tulis banyak kali dalam blog ni.

Abaikan.

Pagi tadi. Aku macam biasa drive ke tempat keje. Sekarang musim cuti sekolah. Jadi jalanraya pun nampak lengang. On the way ke senai,dari belakang aku dengar siren polis trafik.  Biasanya kalo ada polis iring,mesti somebody nak pegi airport. Konon nak hantar la tu.

Perkara yang buat aku tak suka,polis tu bagi isyarat suruh aku ketepi,semata2 nak beri laluan kepada this somebody tuh. Gila!! Aku pun on the way to senai juga,kalau aku masuk lane kiri,nanti aku tak ada peluang nak masuk balik lane kanan untuk ke senai. Terpaksa pusing ke kulai pulak... Sakit betul hati aku.

Siapa somebody tu yang nak di iring2 lepas tu siap bagi hazard,konon nak laju,nak cepat ke senai.. Tak faham betul. Ini sekadar luahan perasaan aku jer..tak ada apa pun. Akhirnya tadi aku berjaya juga selit masuk lane kanan untuk ke senai. Tak ada masalah sangat walau hati berbuku dengan polis trafik tadi.

Aku masih terfikir2 alangkah bagusnya kalau that somebody tu boleh beratur ikut line..dan bersabar. Tak perlu nak pakai polis pengiring siap. Kita semua sama jer pengguna jalan raya. Ok itu jer luahan perasaan hari ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

BELI JUGA LAH - SUNAN MUSAFIR

Semalam aku singgah jusco. Beli beberapa barang sikit. Masuk jer MPH, sekali round memang macam tak ada apa nak dibeli. Tengok novel pun sekali imbas jer.

Tup tup ternampak la Sunan Musafir.. Alamak...novel yang ku tunggu2.. Tapi hard cover. Harga pun makk aiii bole tahan la...RM35.. Pergh...berbelah bagi hati ni. Sudah la tu,diletaknya buku ni kat satu rak bestseller katanya: tingkat bawah sekali. Tanya kaunter,yang cover biasa maybe lewat sampai. Tak tahu bila. Sekarang ni memang terjual hardcover jer.

Habis da terjumpa..mana bole tahan nak tunggu yang cover biasa tu.. Beli juga la. LAKSAMANA SUNAN punya pasal..haa apa2 pun boleh..dengan gaji yang belum masuk lagi ni...uii lambat betul la nak tunggu gaji..

Malam nanti baru nak belek2 SUNAN MUSAFIR ni...tak sabar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 26, 2012

SUPER RING

Kisah ni patut semalam lagi aku publish. Tapi darjah kemalasan yang tinggi buat aku terus jadi lupa.

Balik keje,tengah2 drive tu terus teringat2 nk makan keropok super ring...dah terbayang2 kesedapannya. Tak lengah2 aku terus singgah kedai.beli. Sampai rumah..makan sepuasnya.

Sedapnya super ring. Tapi tak bagus makan selalu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 23, 2012

MAKAN MALAM

Da takde idea nak tulis,letak gambar jer la...ini makanan aku malam tadi. Laksa johor. Haha orang tak makan sayur, macam ni la. Kosong jer. Cuma mee laksa dengan kuah laksa.

Hmm makan sambil melayan drama tv.eheh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 22, 2012

GAJI MINIMUM RM900

Aku rasa ini cadangan yang baik dari kerajaan. Sebagai engineer,kadang2 aku kene turun line production,visit supplier. Dan hampir semua kilang supplier yang aku pergi,production staff nya warga asing..indonesia,nepal,vietnam,bangladesh..sekarang dah jarang nampak malaysian jadi production staff. Melainkan leader or supervisor.

Zaman da berubah. Orang dulu2 bila sebut jer, kerja kilang jadi production staff,da bangga dah..siap boleh tahan kerja bertahun2. Tapi sekarang ni...memang kurang la bilangan malaysian jadi production staff. So dalam industri pembuatan ni,kebergantungan kepada pekerja asing memang tinggi. Iyer. Mungkin juga faktor gaji yang kurang menarik a.k.a rendah jadi tak memungkinkan malaysian sanggup apply jadi production staff. Dan pengurusan kilang2 semua berpendapat lebih mudah hired foreigners tambah pulak bole cut cost disitu.

Agak2 bila kerajaan da umumkan gaji minimum ni...senario ni berubah x? Adakah bilangan warga asing di kilang2 akan berkurang? Tunggu dan lihat jer la.

Tapi jauh disudut hati aku,aku harap sangat industri pembuatan ni akan buka mata dan buka peluang untuk tenaga buruh tempatan. Jangan terlalu gunakan tenaga buruh dari luar..kebanyakan kes2 jenayah pun melibatkan warga asing.

P/S: rasa macam visit supplier kat luar negara pulak,setiapkali kene turun production line. Berapa kerat jer malaysian. Sedih btol.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 21, 2012

PANAS SEJUK

Dulu aku keje company lama..satu yang aku perasaan..company tu selalu buat cost down aktiviti..reduce this and that. Termasuk la limitkan temperature aircond.

Kadang terlalu panas..sampai terpaksa buka kipas dan tingkap..

Tapi company baru ni...pagi2 datang,sejuknya terasa sampi ke tulang..huhu..mana tahan macam ni...sweater tebal mana pun tak menjamin la...

Hmm layan gambar curi2 opis baru aku.. Lapang jer. Takde kubikel,partition ker..nampak muka semua orang.

Nak menguap pun susah.

Ok..daaa


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 19, 2012

TAMBAH ILMU

Stress aku bila fikir. Tak decide lagi nak buat apa dengan buku2 semua tu. Tapi semalam, aku beli lagi buku. Haha

Yang pertama buku bijak mengurus wang.. Ini penting ni aku rasa.. Skang pun da tunggang langgang duit aku semua. Smpi konpius aku.hehe

Yang kedua,buku resepi. Haha da nak dekat waktu kahwin ni baru la terhegeh2 nak beli buku resepi bagai..hai la....tak pe...slow2 ok...

Dan yang ketiga...tentulah majalah pengantin...beli saja suka2 sebelum kahwin ni..kumpul2 info sikit...hmmm..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 17, 2012

MEREKABENTUK

Kali ni aku nak cerita pasal modelling software.

Walaupun aku budak engineering. Tapi sebenarnya aku bukan minat sangat dengan modelling or design. Boleh macam tu. Kalao kene buat benda ni,kira macam aku terpaksa rela la buat benda ni.

Ingat lagi time aku belajar dulu. Ada subject autocad. Mula2 dengar macam excited jer..apa benda la agaknya. Sekali bila dah belajar...memang hampeh.. Xminat btol aku.. So hasilnya aku belajar main2. Dan dapat gred D. Bagus kan. Huhu

Bila masuk alam pekerjaan.. Mechanical engineer. Nak tak nak kene la juga belajar untuk tahu serba sedikit function modelling ni. Terpaksa rela la aku belajar software catia. Tu yang ada gambar telephone tu. Bila bos aku suruh aku design satu part. Memang huru hara la. Sejak dari tu aku dah malas nak involved design.

Masuk jer kilang baru,antara content training dia adalah UG. Software yang lebihkurang catia ni juga.. Makanya. Sekali lagi aku terpaksa rela belajar UG. Gigih aku belajar drafting. Dan modelling sikit2. Mana tau ada apply time nak buat kerja nanti. Entah apa yang aku buat pun aku xtau. Layan jer la.. Tapi nasib baik juga sebab aku ada experience guna catia dulu. Dia lebihkurang sama jer..

Bila tengok orang design, rasa macam best je. Tapi bila sendiri,buat..baru tahu pecah kepala. Siap nak pecahkan kepala orang lagi. Ha ha. So kesimpulannya. Aku tak minat design. Drafting maybe ok. Say no to design. Ahaks.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

NASI + AYAM = NASI AYAM? NO NO NO

Lunch aku untuk hari ni. Bole kau makan lauk sama tiap2 hari...hmm perut dah lapar..telan saja.lah... RM2 dia charge aku. Air? Memang aku tak beli la. Nanti siapa pulak nak habiskan stok air yang aku bawak dari rumah tu.

Hmm.. Still under training...tak sabar nak tunggu habis training.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 11, 2012

JANGAN CEPAT MENGHUKUM

Training da habis untuk hari ni. So aku pun tidak la ada benda nak buat. Jadinya aku duduk2 jer la. Depan komputer (nasib ada komputer) kalau tak, keras kayu la aku disitu.

Perut pulak terasa lapar. Eeee bukan ker tadi aku baru makan lunch? Cepat betul makanan hadam. Sekarang sudah lapar balik. Perut spesis apa tah. Huhu mengada2 betul. Nak makan biskut..tengok air bekal macam dah nak habis. Kurang separuh da. Aku dah la kuat minum air. Opss sekarang aku bawak air guna botol 1 liter jer. Dolu dolu kan bawak botol 2 liter siap. Tapi nampak gaya minggu depan kena juga bawak 2 liter. Biar lebih, jangan tak cukup.. Sebenarnya bole jer amik air dekat pantry. Tapi... I kan adalah pemalu so nak masuk pantry pun muka tebal rasanya. Normal kot untuk budak baru macam aku. Haa kau tunggu la setahun dua nanti.. Baru keluar taring.

Rasa macam lama aku tak menulis eh. Sekarang ni issue hot kat fb,tv pasal video perempuan yang dera anaknya tu. Aku tengok pun kesian. Apa la salah budak tu sampai mak dia dera begitu sekali. Dan polis pun dah bagi penjelasan yang si pelaku tu sudah pun menerima hukuman.. Sama2 la kita berdoa agar si ibu tu insaf. Banyak juga komen2 yang aku baca sama ada dalam facebook or blog2. Memang rata2 orang mengutuk tindakan si ibu. Semua tak berpuas hati.

Kalau diikutkan logik akal fikiran yang waras, memang tak patut seorang ibu buat macam tu pada anaknya. Tapi kita bukan siapa2 yang layak untuk jatuhkan hukuman. Sebab kita tak tahu pucuk pangkal cerita. Sampai paper metro hari ni ada keluarkan laporan tentang pengakuan orang yang merakam video tu. Dia mengaku merakam untuk tujuan bukti laporan polis. Dia nak bersihkan nama dia. Betul juga tindakan dia. Sana sini orang dok sibuk mengutuk. Bukan sahaja si ibu yang dikutuk,malah si perakam video juga turut terkena tempiasnya.

Kesian kan..

Moral of the story..jangan cepat jatuhkan hukuman. Fahami dulu jalam cerita. Sebab nasib semua orang tak sama. Aku ada dengar banyak versi pasal kisah si ibu. Tapi malas la nak tulis. Cuma satu jer.. Aku berdoa agar si ibu tu insaf dan berubah. Serta tabah hadapi cercaan masyarakat. Dan juga semoga anak nya tu..membesar dengan sihat dan tak trauma dengan apa yang terjadi.

Pergh..sedap pulak mengupdate blog sambil makan biskut..ish2...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 10, 2012

LUNCH

Berbeza. Aku baru habis lunch dekat kantin. Sebut sekali lagi. Lunch. Aku amik lunch. Beza betul time aku kat tempat kerja lama. Tak de lunch. Setakat kuih2.

Tapi kat tempat kerja baru ni. Aku terpaksa makan lunch. Sebab pukul 10 perut da start berbunyi2. Aduhai. Sudah la aku jarang ambil breakfast waktu pagi.

Nampak gaya aku kene ubah rutin harian. So pagi2 mesti makan sesuatu. Supaya tak la lapar sangat menantikan ke pukul 12.

Dulu2 aku boleh tahan sebab ada banyak rehat. Ha ha. Tapi sekarang xde specific time untuk rehat. Hanya lunch. Tapi kalau nk buat kopi ker,milo ke...ok jer..dekat pantry. Malangnya aku kurang berminat. Tak pe tak pe.. Aku sekarang tengah belajar untuk adapt dengan condition sekarang ni..

Kene set up dalam mind aku- breakfast is important. Huhu

(jemu juga makan nasi dengan ayam hari2)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 3, 2012

JAMBATAN OH JAMBATAN

Hmm entry pendek jer hari ni. Kalao dulu2 aku tension nak pegi keje kat area senai sana sebab jambatan baru dalam construction..da la jem..migrain aku setiapkali pegi dan balik keje. Tapi sekarang ni jambatan tu dah siap..so da takde masalah lagi.. Aku pun bole lalu dengan senang hati.

Ingatkan masalah ni da settle. Sekali dekat area taman impian emas pun tengah dibina...adus...da migrain balik aku hari2 tgk jem dengan besi2 kat tepi jalan... Hmm xsuka la..perancang bandar dan wilayah ni...keje buat apa? Rancang la btol2... Bengang aku...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 2, 2012

HARI PERTAMA LAPOR DIRI

First day report keje hari ni. So far so good. Itu jer yang aku boleh cakap. Team mate pun peramah...caring...

Bila masuk ofis tu...memang aku terkejut...sebab lain yang amat compare dengan tempat keje lama. Tapi takpe. Take it positive. Surau pun ok. Masa flexible untuk solat. Toilet..hmm stakat ni ok la..haha

Apa lagi nak tulis eh...tak de idea la pulak...badan penat sangat macam la aku buat banyak keje hari ni..padahal takde buat apa pun..haish.. Biasala kan...dulu2 aku slalu ngantukk awal juga .

Cuma aku risau sikit. Sepanjang bekerja hari ni,aku cuma minum 300 ml air saja!! Ko bayangkan la.. Aku kena komited minum air sekurang2 dua liter setiap hari. Sebab aku makan supplement..so air masak kene minum cukup. Jadi aku kena pandai2 la bajet masa untuk minum..

Uh macam da tak larat nak tulis..mata da makin berat..adoi...haha .ok la. Lainkali aku tulis lagi..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 1, 2012

HARAPAN

Da malam baru ada masa nak update blog.

Siang2 hari..berjalan je kerjanya. Kaki jalan betul. Malam2 hari..kaki sakit..tumit berdenyut2.. Huh

Selamat hari pekerja untuk diri sendiri.. Ceh kena bagi penghargaan untuk diri juga. Sebab siapa lagi nak diharapkan,kalau bukan diri sendiri. So sebagai hadiah,hari ni aku belikan diri aku sendiri kasut baru..hmm cara yang lagi elok nak pujuk diri sebab dah berjaya kopak kan duit gaji membeli lagi. Perempuan memang macam ni agaknya. Redha jer la..ahaks..

Esok first day aku start keje baru. Hopefully tak ada benda yang tak menyenangkan berlaku. Perasaan kali ni memang beza la compare dengan first day keje aku dulu. Yer la. Dulu. Fresh grad. Sekarang bekas pekerja company kain. Ada experience. So bole la cover sikit2 nervous tu..

Start esok juga mesti tiap2 malam kepala pening. Nak pilih apa baju nak pakai time pergi kerja. Kali ni kerja pakaian flexible. Bole pakai apa jer.. Tempat lama ada uniform. Ini perbezaan pertama. Lain2 aku update kemudian.

Aku dah la style jarang beli baju. Keep rotate jer baju yang ada selagi boleh pakai.. Tshirt banyak la. Bantai tshirt je sudah... Kopak la macam ni..tiap2 bulan kena beli baju baru.  Kang jemu pulak pakai baju yang sama..eh eh..

Ok time untuk tido. Esok bangun kena ada azam baru. Oppss kalsium jangan lupa makan. Supaya segar bila bangun esok hari. Ostematrix shaklee..daaaa


Published with Blogger-droid v2.0.4