Tuesday, August 28, 2012

PERFUME

Perfume ku habis sudah... Itu perfume euphoria CK yang aku beli time tunang tahun lepas. Officially habis semalam. Picit2 sembur2 tak keluar.. Sedih betul. Aku adalah seorang yang sangat suka wangian. Tak de perfume,ibarat gelap dunia rasanya.

Maka aku desperate nak cari perfume. Mula2 ingat nak beli yang bajet2 jer.. Almaklum la. Sejak nak kawen ni, den terpakso la catu belanja. Kang beli yang mahal2 susah pulak nak maintain. So beli yang biasa2 sudah la.

Terjah bodyshop.. Beli perfume. Sebotol 100ml harga RM150. Kebetulan ada offer, beli banyak,dapat diskaun banyak.. Makanya pada harga RM198, dapat la aku beli perfume,body butter,body wash.. Body butter amik yang kecik jer..sebab aku bukan pakai pun. Perfume bole amik botol besar. Bodywash ada banyak bau,dan jenis.. Haha pakai sampai muntah..ahaks

Sedap juga bau perfume bodyshop ni..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 22, 2012

HARI PERTAMA KERJA SETELAH CUTI RAYA.

Hari pertama bekerja setelah cuti raya. Boleh dikira berapa kerat melayu yang datang. Agak bosan disitu. Nasib baik la aku memang ada tinggalkan balance kerja dari minggu lepas. So terisi juga masa aku kat opis nih.. Gigih kan aku bekerja? Uhuk uhuk

Nasib aku nak cuti seminggu..tinggal minggu depan,minggu satu lagi...lepas tu cuti2.. Yeay...ceh gembira pulak...

Sekarang hujan dekat kilang aku.. Cuaca pun sejukk jer..tdo memang best ni..hari ni,sebab aku bawak bekal,maka pada waktu lunch aku tak de la lapar sangat. Tapi untuk elak aku boring, aku keluar pegi airport senai.

Cadangnya mula2 nak singgah jusco beli barang2. Ini sambungan kes semalam la nih. Konon nak beli barang semalam. Tapi bantai tdo sampai ke petang. Tambah pulak cuaca hujan.. Lagi la mengasyikkan peluk bantal. So fikir2 balik, macam malas nak singgah petang. Alang2 baik la beli dekat airport sebab perasan aku macam ada watson dekat sana. Sekali masuk..guardian daa..aahh tak kira la..asal boleh beli barang2 aku tak kisah. Mana2 pun boleh. Barang still sama. Singgah sekali beli coklat. Beres sudah satu urusan..

Balik kang,terus balik rumah.. Tak payah singgah2. Senang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 21, 2012

TUTTI FRUITI RAYA

Haha time ramadan hari tu...punya la pasang niat...nak makan tutti fruiti..sedapnya..sejuk2...

So sempat la aku pergi makan dekat tutti fruiti taman universiti batu pahat. Kedai ni sebelah kolej kediaman pelajar UTHM. Memang sah la nanti tutti fruiti ni..jadi antara tempat yang hot..

Time aku first2 masuk tu..tak ada orang sangat. Satu family je. Tak lama kemudian berduyun2 orang masuk...

Time panas2 ni tekak sedap kalo makan sejuk2. Close up mangkuk hijau aku.. Dekat picture akhir tuh...sedap kan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 20, 2012

DUA HARI RAYA

Hari ni turn aku balik kampung belah mak aku. Batu pahat. Tak de la jauh mana. Tapi still kampung la kan... Drive satu jam setengah jer. Kalo laju. Satu jam dah boleh sampai.

Hajat dihati nak la beli gula2 buat makanan dalam kereta. Padahal sebelum bertolak da makan nasi siap2. Still nak kunyah2 benda juga. Tekak mengada2 eh. Singgah petronas. Sekali isi minyak.

Tak disangka2 terlalu ramai orang.. Sampai barang2 dekat rak tu da habis.. Gula2 tak ada pun. Licin jer rak.. Ko percaya? Aku tak percaya tapi itu la knyataan nya. So tak de la gula2 buat aku nak makan on the way balik kampung ni..

Highway pun nampaknya banyak kereta. Rasa ramai juga orang beraya balik kampung hari raya kedua nih. Ok la... Pesanan untuk diri sendiri. Sentiasa berhati2 di jalan raya. Ingat la orang tersayang..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 19, 2012

22 SYAWAL NANTI.

Satu syawal bakal melabuhkan tirainya. Majlis aku 22 syawal. Tak lama jer lagi.  So sekarang ni, aku sambil beraya,sambil menghulur kad jemputan..kepada semua sanak saudara. Almaklum la. Jumpa saudara pun setahun sekali itupun kalau bernasib baik dapat jumpa.

Kalo la mereka2 tu sampai turn beraya pihak sebelah lagi.. Maunya tunggu tahun depan la baru berjumpa. Itu pun jika ada rezeki..panjang umur.....

Aku nampak masyarakat kita masih mengekalkan tradisi kunjung mengunjung. Sambil bermaafan. Alhamdulillah.. Syukur..adat yang masih kekal tak lapuk dek hujan. Tak lekang dek panas. Sejujurnya raya tahun ni aku agak lega. Sebab betol seperti apa yang aku pernah baca (tulisan sesetengah blogger-aku lupa siapa) hari raya boleh jadi hari yang paling menakutkan bagi mereka yang masih bujang(aku da rasa,tahun lepas dan tahun2 sebelumnya)..persoalan bila nak kawen acapkali timbul...

Sampaikan kadang hilang mood aku dibuatnya. So tahun ni...orang dah tak tanya. Hulur je kad.. Sudah tahu apa hajatnya...harap2 semuanya berjalan lancar nanti.. Walaupun lepas raya ni aku super duper busy... Nk fitting baju..nak cari barang hantaran*satu apa pun belom beli* nak fikirkan pasal rumah sewa..nak fikir jug pasal rumah baru.. Kemudian nak fikir pasal perabot2 keperluan asas rumah.. Dan paling terasa bab memikirkan tanggungjawab sebagai isteri nanti. Bak kata encik tunang...jangan difikirkn sangat.. Elok kita hadap semua nya dengan tenang..

Doa aku,agar semua nya berjalan dengan lancar..insyaAllah..
Tahun ni raya terakhir sebagai bujang. Tahun depan raya berdua..kalo ada rezeki,beraya rumah baru sekali.. Hmm.. Mode*berangan kejap* wink wink

Published with Blogger-droid v2.0.6

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Satu perkongsian yang menarik,aku kira..
Suami adalah ketua rumahtangga yang memiliki banyak tanggungjawab. Antara tanggungjawab suami adalah:

Memberikan mahar kepada isteri secara penuh tanpa dikurangi dan tidak berusaha memintanya kembali.

Mempergauli isteri dengan berbicara dan berinteraksi yang baik.

Menafkahi isteri sesuai kesanggupannya. Memberi nafkah dari sumber yang halal dan menjauhkannya dari harta yang haram. Hukum memberi nafkah kepada isteri dan anak adalah wajib. Dan itu merupakan salah satu sebab mengapa lelaki dijadikan pemimpin bagi karum wanita. Mengambil ringan kewajipan ini merupakan dosa besar.

Menjaga keluarga dari neraka.

Menyuruh keluarga untuk melaksanakan solat. Solat adalah rukun terpenting dalam islam setelah dua kalimah syahadah. Oleh itu Allah swt memerintahkan kepada suami agar menyuruh keluarganya untuk mendirikan solat.

Suami harus rela berkorban untuk isterinya meskipun dengan nyawa. Demi menjaga kemuliaan dan harga dirinya.

Suami tidak boleh membuka rahsia isterinya. Khususnya rahsia yang bersifat emosional dan seksual.

Suami tidak boleh memaki isterinya atau memaki keluarganya. Juga tidak boleh memukulnya tanpa sebab terutama pada wajahnya.

Suami harus memuliakan isteri dengan memenuhi keperluan seksnya. Minima sekali setiap kali suci.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 18, 2012

TENTANG KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA.

Sekadar satu perkongsian daripada apa yang aku baca.

Kebahagiaan rumah tangga seperti tanaman buah. Tumbuh setelah dibajak,diairi dan dirawat.

Kebahagiaan rumah tangga bukan bererti tanpa perselisihan tetapi kebahagiaan rumah tangga adalah keberhasilan dalam mengatasi perselisihan itu.

Kebahagiaan rumah tangga adalah wanita yang qana'ah iaitu merasa cukup apa adanya dan lelaki yang sabar.

Kebahagiaan rumah tangga laksana kesihatan. Ia adalah mahkota di atas kepala suami isteri yang hanya dapat dilihat oleh orang2 yang sengsara.

Kebahagiaan rumah tangga adalah ketika masing2 menerima kekurangan teman hidupnya.

Kebahagiaan rumah tangga tegak di atas interaksi antara kedua belah pihak dengan perlakuan baik dan saling memberi.

Kebahagiaan rumah tangga tumbuh ketika isteri membuat suaminya menyenangi yang halal dan membenci yang haram.

Musuh kebahagiaan rumah tangga adalah kritikan pedas yang terus menerus dan kecurigaan tanpa ragu.

Tidak ada yang lebih baik daripada kelembutan dalam mewujudkan kebahagiaan rumah tangga.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 13, 2012

PARKING PAGI HARI.

Pagi2 aku sampai...kosong benar parking...hmm tak tau apa motif tangkap picture ni. Layan haha

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 11, 2012

MISI MENULIS KAD

Kurang sebulan lagi nak majlis. Sekarang misi menulis kad. Hmm lenguh2 tangan..fuh...
Sabar je la ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

BERBUKA PUASA DILUAR VS BERBUKA DIRUMAH

Asal bulan ramadan jer,semua restoran,hotel,atau mana2 tempat makan ada offer bufet ramadan. Sebetulnya aku memang tak pernah makan bufet ramadan ni. Tapi apakan daya. Dek kerana ajakan kawan2 aku,aku turutkan juga la. Mencuba bufet ramadan di malayvillage nusa bestari. RM32/person. Makan smpai muntah. Konon.

Sebenarnya malayvilage ni ok saja restoren dia. Sebab aku kadang2 datang makan lunch.. Atau lepak malam2. Pekena ice lemon tea..dengan pau..pergh..sedap2. Ok balik cerita pasal bufet. Aku kan tak pergi makan bufet ramadan ni. So bila tgk jadual,waktu buka puasa kol 718 mlm, aku gerak dari rumah kol 7 mlm. Konon tak nak duduk sana lama2 sementara tunggu time buka.

Tapi rupanya aku silap. Time aku sampai,dah ramai yang sampai. Dan kawan2 aku pun baru sampai. Aku tengok meja semua orang dah penuh lauk. Time kitorang amik makanan,tinggal balance2 jer..tapi still ada la.. Ooih serta merta teringat lauk mak aku masak kat rumah. Kecewa aku disitu.

First amik la nasi goreng dengan lauk bermacam. Iyer. Nasi goreng. Nasi putih da habis..boleh macam tu?? Second round,ingat nak amik mihun sup..sekali rasa makk aiih tawar habis...opss biasa la kan..bulan ramadan...susa nk rasa makanan time masak. Pulak tu...mihun dia kejung habis...geram aku...

Lepastu kitorang da tak tahu nak makan apa dah. Makan buah jer..dengan dessert...rakus betul la aku tengok orang2 ni makan. Meja penuh pinggan makanan. Bercawan2 air amik.adoi la...rasa macam tak berbaloi makan bufet.. Itu pada aku la. Serius. Itu kali pertama dan terakhir. Tu pasal,bila kawan kerja tempat lama aku ajak p bufet ramadan,aku agak berat hati. Takut aku tak bole nak adapt suasana bufet ramadan tuh.

Lagi bagus buka puasa dekat rumah. Masak sendiri walaupun sikit dan tak sedap. Tapi puashati..tak perlu nak berebut2 beratur amik makanan yang belom tentu dapat atau tak..makanan pun terjamin...aku memang lebih suka buka puasa di rumah berbanding dekat luar.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 9, 2012

PERMOHONAN NIKAH DAH LULUS

Lega.. Memang lega. Semalam aku dan encik tunang bercuti. Plan nak hantar borang nikah dekat pejabat agama. So berdebar juga la sebab banyak orang yang aku refer bagitahu nanti ada interview bagai. Hmm nak kawen pun ada interview.

Jadi kebetulan kitorang adalah pasangan yang pertama. Sampai,terus ambil nombor. Kemudian terus dipanggil. Sambil akak tu check borang2 tu,mulut dia sambil tanya kepada encik tunang. Mengucap dua kalimah syahadah beserta maksud,rukun nikah,tanggungjawab suami. Kemudian tanya aku. Lafaz niat mandi wajib,rukun islam,tanggungjawab isteri..lepastu da siap cop semua...disuruhnya kitorang pergi ke kaunter sebelah. Untuk dapatkan sijil nikah. Time ni kena bayar yer.. RM25...

Lepas siap semua dokumen. Siap diberi nama jurunikah dan contact number sekali. Kitorang beredar..

Hmm perasaan lega gila...tapi happy juga.sebab dokumen semua dah siap.. Ooh yeah..tarikh nikah sudah confirm.. 9.9.2012...(sori la amal,aku terpilih tarikh lahir ko.. Nak tunggu besday aku,lambat lagi) hehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 5, 2012

SALAH SIAPA? PEMANDU LORI ATAU TUAN PUNYA KERETA?

Bulan ramadan ni,kilang aku bagi kelonggaran waktu bekerja. Ko boleh pilih, masuk pukul 7 balik pukul 4, masuk pukul 8 balik pukul 5, atau masuk keje macam biasa,pukul 9 balik pukul 6. Bagi yang beragama islam,memang semua rebut nak balik awal la kan...balik awal, boleh jalan2 pasar ramadan..huh dasar kaki jalan rupanya.

Jadi sepanjang bulan puasa ni,aku masuk kerja pukul 7 balik pukul 4 petang. Oppss lupa pulak nak tulis,untuk hari jumaat boleh balik satu jam awal yer. Hari jumaat aku balik pukul 3. Ok..ini baru nak masuk cerita yang aku nak tulis dalam entry ni..fuh...panjang btol mukadimah.

Ada satu hari tu...aku nak balik kerja. Biasala..persekitaran kilang...banyak pekerja parking merata2. Bersepah2. Untuk kilang yang tak sediakan parking pekerja,memang patut la parking merata. Tapi kilang aku yang memang ada sediakan parking,masih ada juga yang parking kat luar. Kat depan satu kilang ni,aku nampak satu lori tengah adjust position. Mungkin nak angkat barang ker...atau nak turunkan barang. Elok jer lori tu nak reverse...tiba2 aku nampak dia langgar kereta!! Habis jatuh bumper kereta tu!!! Dahla nak raya....kereta kene langgar pulak. Tumpang simpati aku pada pemilik kereta. Kereta tu parking ditempat yang btol pulak. Dalam lot parking. Tak pasal2. Aku tak pasti driver lori tu perasan ke tak. Yang aku pasti, time tu semua orang yang nampak,macam terkedu. Tak sangka boleh terlanggar. Ko bayang la lori yang besar tu compare dengan kereta yang kecik..alahai..aku memang fobia dengan lori2 nih.

Dulu2 awal ramadan, aku selalu juga parking luar. Konon nak sampai kereta cepat. Penat nak jalan jauh2. Lagipun datang awal,lepastu ada kosong. So memang bole la. Tapi bila aku nampak dengan mata kepala aku sendiri,huh aku lagi sanggup parking belakang,jalan jauh sikit. Daripada biarkan lori langgar kereta aku. Hmm...tak dapat aku bayangkan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

KUIH RAYA OH KUIH RAYA

Setiapkali raya,kita memang tak lepas dari memikirkan tentang persiapan raya. Heboh dok terfikir, baju raya,kasut raya,langsir raya,sofa raya,barang kemas raya ahaks....dan juga kuih raya. Hmm kuih raya yer..

Bagi orang yang rajin dan bersemangat...of course la buat sendiri kuih2 raya kan..sebab kita akan menghargai hasil titik peluh kita..apabila kita bersusah payah buat...tambah pulak kalau ada orabg suka makan...

Tapi pada aku yang memang tak tahu langsung buat kuih raya,membeli adalah lebih baik,jimat masa,jimat tenaga,datang kedai,just tunjuk2, bungkus kemudian bayar. Ok pendapat setiap orang lain2. Ada orang suka beli,ada orang sanggup buat. Haa tak dinafikan la kan...sebab orang lain yang spesis macam aku ni la,asal bulan puasa jer,booth2 kuih laku bak goreng pisang panas! Kuikuikui Alhamdulillah yer,bulan puasa raya adalah bulan peniaga2 kuih dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda...dan bulan puasa juga adalah bulan untuk orang macam aku ni,kumpul duit untuk beli kuih raya...fuhh..pengsan

Alkisahnya malam tadi aku pergi plaza angsana. Misi nak mencari kuih la. Patutnya plan nak pergi hari jumaat. Tapi sebab cuaca mendung dan hujan rintik2, aku batalkan misi. Postpone. Jadi aku pergi la malam tadi...ramai btol orang. Berpusu2.. Nak jalan pun susah.. Aku suka pergi waktu malam ni. Sebab boleh rasa kuih. Haha nak beli kene la makan tester nya kan..baru confident.. Apa lagi...asal ada orang offer jer,aku rasa,orang offer aku rasa..kuikuikui

Memang best la...kira ok la harga dia...4 balang RM100.. Pada aku ok la kan...walaupun da terbayang kuih dekat giant/tesco/maidin satu balang dalam RM10 ke RM12 jer..isk2.. Takpe setahun sekali punya pasal...
So hasil rembatan aku malam tadi...12 jenis kuih yang berlainan.. Amikk ko....aku share2 bayar dengan adik aku...punya la banyak...tak tahu la nanti macam mana.. Balang kuih ada 6 jer..yang selebihnya makan suka2 kot...layan gambar kuih yer...

Ada rezeki tahun depan beli lagi...alamak. Tahun depan first raya sebagai isteri...agak2 suami bagi tak pakai kuih beli...kot2 dikerahnya si isteri buat kuih sendiri...tak dapat dibayangkan...hmm ada umur,tunggu catatan tahun depan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

SEDAPNYA....

Belek2 picture...ternampak picture ni...wow sedapnya ice lemon tea... Ni kes malam tadi la.. Balik dari memborong kuih kat plaza angsana, singgah malay village nusa bestari..konon nak makan pau...sekali ter'order' sirloin steak daa ..order one set jer,makan share2 dengan adik aku.

Gambar makanan lupa pulak nak snap. Makanan sampai jer terus ngap....da habis makan baru teringat nak snap picture..aiseh..lainkali jer la...

Published with Blogger-droid v2.0.6

CORNFLAKES

Ini la part time kitaorang adik beradik. Check and compare harga cornflake.. Makanan buat sahur la katakan.

Selain bulan ramadan..sebelah mata pun tak pandang cornflake ni..

Published with Blogger-droid v2.0.6