Tuesday, February 26, 2013

BIHUN SUP.

Ahad lepas, encik suami ada tanya- apa next mission untuk masak, resepi apa pulak yang nak dicuba. Decide buat bihun sup.. haaaa bihun sup....hmmmm


Aku buat sup daging jer. Sebab stok ayam da habis dah. Lepas tu minggu ni tak ada beli ayam lagi. So kene makan daging udang sotong saja nampaknya.

Ok macam biasa la aku- da jumpa resepi yang mudah nak dipermudahkan lagi.Makanya decide nak cuba yang ni..

Bahan2 tumis macam biasa la, perlu ada bawang merah, bawang putih, halia, lepas tu ada la letak kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih setiap satu. Tumis bahan2 kasi wangi, lepas da wangi, boleh masukkan daging, lepas tu tambahkan air secukupnya untuk kuah sup. Masukkan juga kentang dan carrot sikit..(buat ada2 jek).. lepas tu biarkan tunggu dia mendidih.

Ada resepi yang aku baca, nak kene rebus dulu daging ni..Maksud rebus daging sampai empuk, lepas tu guna balik air rebusan daging untuk sup.. Mungkin lebih sedap rasanya. Tapi memandangkan aku agak malas. Dan juga kalau nak tunggu rebus daging dulu baru masak, memang amik masa. Jadi aku tak buat step ni, aku just campurkan semua sekali dalam periuk dan biarkan ia masak sendiri. Tambah pulak aku dah potong daging ni kecil2 siap2.. So aku rasa memang tak ada masalah nak bagi dia betul2 masak.. Sebab luas permukaAn dia kecik, so senang haba nak meresap dan buat dia masak.. haaa masak pun pakai sains fizik.. kelasss kau...

Pad masa yang sama, boleh la celur kan bihun.. kang sup dah siap, bihun kemana tah.. Tak lengkap rasa kalao tak ada sambal kicap kan? Ni pun resepi yang paling ringkas aku jumpa sebab ada yang tulis cili kene goreng la, ada yang cakap bawang putih kene bakar atas api... Tapi sebab aku ni kurang rajin, aku pilih untuk blender jer bawang putih, cili padi dengan gula. iyer blender je,,Sebab aku takde lesung batu. Mak aku cakap nak hilangkan pasir la, apa la, terus aku takde lesung batu sampai ke hari ni.. Adoi la.. Da siap semua, masukkan dalam mangkuk kecik, then tambah kicap.. pastu rasa kasi secukup rasa...Kalo tak sedap, kau pandai2 la adjust.. kuikuikui

Ok itu saja, bihun sup pun sudah, maybe kene try mee rebus plak lepas ni.. Wow ye ye jekk...Daaa..

Monday, February 25, 2013

KURMA AYAM.

Sabtu lepas aku try masak kurma ayam, da siap2 prepare bahan lama dah. Da search resepi yang paling senang kat google. Aku biasa la, kalo da jumpa resepi yang senang, mau carik yang lagi senang... haiih...

Ok bahan yang perlu ada semestinya ayam. Bahan2 untuk tumis, hirisan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih, buah pala serba satu. Lepas tu masukkan serbuk kurma ayam or daging adabi yang dah dijadikan pes... Kacau2 lagi, lepas tu masukkan ayam dan air.. kemudian biarkan sampai kuah mendidih dan ayam empuk..Bila dah empuk, masukkan santan, lepas tu kacau sikit.. rasa, kalo perlu letak la garam... Dah siap boleh la matikan api dan makan..

Serupa macam masak kari rupanya. Aku mula2 sampai confuse, betul ker cara masak ni? Sebab sekali pandang memang ada rupa ala2 kari...
Tu dia kurma ayam aku: oppss aku lupa nak bagitahu, letak la kentang... supaya lauk kau tak de la bosan sangat, asik ayam jer memanjang..heheh


SebAb tak puashati sangat, aku compare dengan picture kari daging aku, takde picture yang clear sikit melainkan picture bawah ni yAng sempat aku snap: time encik suami nak amik kari masuk dalam pinggan dia...


Ok nasib ada beza.. kari aku nampak kuning sikit.. huhu Kesimpulannya dua2 lauk tu- kari dengan kurma ni tak pedas, lidah aku kan suka makan pedas sikit.. Memang nak kene ada sambal... hmm..Lepas ni kene belajar buat sambal yang power punya.. Daaa...

Sunday, February 24, 2013

MACAM MANA AKU UPDATE BLOG.

Sejak aku start blog, kebiasaannya aku akan update blog guna desktop. Tu kira zaman2 dulu la.. Tiap2 kali balik kerja, aku mesti duduk depan pc, surf internet, layan blog, lepas tu update blog. Nama pun suka2 punya blog, jadiknya memang sukahati la kan nak update pasal apa. Tiada specific issue atau kategori. Sebab aku rasa bile menulis, hati aku akan lega.. boleh tulis apa saja dalam blog, asalkan tak mengarut dan tak la menyinggung hati or perasaan orang lain.

Seiring dengan masa, gaya penulisan dan cara aku pun ada berubah sikit (kot). Dulu2 aku mula2 selalu juga pakai shortform, lepas tu aku slow2 ubah bagi tulis penuh, supaya senang maksud penceritaan aku tu sampai kepada orang yang membaca. Nak cerita pasal software ni.. pelik aku punya introduction ni da kelaut..kuikuikui

Dulu2 bila update, straight away guna blogger kat google. So memang puashati. Dan senang sebab nak tulis, senang nak upload gambar pun senang. Masa mula2 aku kurang suka juga masukkan gambar banyak2 dalam blog.. Macam aku kata, seiring dengan masa, aku berubah- rasa enjoy bila tepek gambar kat blog.. Gambar bukan gambar exclusive sangat pun...haha

Bila aku start pakai android phone, aku blaja update guna phone. Sebabnya bila aku blogwalking, aku nampak ayat- publish via blogdroid... lebih kurang gitu la ayatnya.. So gigih aku cari apps ni dan download masuk phone aku...Aku realize ada masalah bila aku guna blogdroid ni, aku susah nak susun gambar dan ayat.. tu pasal kalo refer balik entry aku yang pakai blogdroid ni, memang kau akan jumpa gambar dulu dua tiga keping, barulah masuk penceritaan..fuh....Time ni juga kalo aku nak update cerita ikut turutan gambar, memang makan masa la. Sebab aku kene duduk depan pc, lepas tu transfer gambar lagi.. alahai...So blogdroid memang tak kene dengan jiwa aku.. Oo lupa nak cakap, blogdroid ni lebihkurang sama saja dengan blogger google, cuma ianya mobile version.

Kemudian bila aku start guna ipad mini ni, aku search software apa yang sesuai. Aku ada juga download blogger, tapi setakat ni aku belom cuba lagi update guna blogger. Sebab apa, sebab aku terjumpa draftcraft ni...Aku da selamat purchase pun..Sebab lepas beberapa kali percubaan, aku berpuas hati.. Dalam draftcraft ni, aku boleh susun gambar dan ayat.. Jadi memang best sangat2. Kepuasan berganda bila dapat update.

Tak tau la sampai bila aku stick guna draftcraft ni.. ok nanti bila aku terjumpa software yang lain, aku tulis lagi.. daa..

Friday, February 22, 2013

LAUK YANG SENANG2 SAJA.

Haa ni pun aku tak sure lauk bila.. Rasanya lauk hari rabu kot..


Sayur kubis goreng dengan daging kicap.. Mak aku cakap- asyik masak daging kicap jer, tak jemu ker- Masalahnya mak, itu jer lauk yang senang nak difikir....hehe kantoi ar dengan mak aku. Aku belanja barang dapur dengan dia tiap2 minggu, mesti dia boleh agak apa yang aku nak masak, dengan hanya tengok barang yang aku beli. Mak aku suruh aku goreng or masak ikan pulak.. hmm

Betul juga, masa mula2 duduk rumah sendiri, ada la 2-3 kali aku masak ikan, ikan sweet sour la, ikan masak sambal la.. Tu sebab mak aku bagi ikan yang dia dah siap2 siang... wooo
Aku bukan reti sangat pun siang ikan..lagi pulak selama ni kalo aku dok bersihkan or cuci ayam ke ikan ke sotong ke udang ker.. aku memang akan buang semua benda yang aku rasa aku nak buang. Tau macam mana aku buat?? Aku cuma ingat2 kalo aku makan ikan, part ni ada ke tak.. kalo xde, sila lah potong dan buang.. Tak kira ar kot2 part tu memang sedap ke tak.. asal aku nampak pelik sikit jer, aku buang... Tu yang lama tu setiapkali aku basuh... da semua aku nak buang, last2 bila dah siap, tengok2 alamak, sikitnye yang boleh dimasak, baru lah gelabah disitu..huh

Erk, bole macam tuh.. Tambah pulak encik suami kan prefer makan ayam.. makanya makanla kau ayam, daging sotong udang segala. Ikan tak dak.. Terfikir juga aku, lama pulak aku tak makan ikan.. ni yang nak buat order dekat mak ni- ikan masak sambal satu, balik kerja nani datang amik..ahaks-

Nanti hujung minggu ni nak beli ikan la.. ye ye jekk kan.. kene da beli nanti kene fikir juga lauk apa yang nak dimasak..

Bab sayur juga- mak aku pun asik komplen, masak kobis jer.. tak kobis, masak kacang buncis.. itu jer..pusing2 tang tu juga. Nak buat macam mana kan.. sebabnya sayur daun tak tahan lama kat peti ais.. kang letak lepas tu tak masak- layu jadinya.. Bab ni yang aku malas nak jaga ni.. Tapi sayur buah pun sama gak kadang2.. Tu labu da berapa hari kat dalam peti tuh..Masak tak juga.. Tak sempat la, bila kerja balik da malam, lepas u nak masak lagi..

Lambat siap masak, maka lambat la makan, lepastu kalao lambat makan, lambat la nak tido.. eh ye ker.. Bukan aku selalu lepas makan, jadi cepat ngantuk.. hehe Aku kalo boleh sebelum pukul 9 da siap2 makan.. So antara pukul 7-8 malam, memang tung tang tung tang kat dapur.. Tu antara sebab kenapa aku nak masak yang simple jer time malam. Campak2 dalam kuali, lepas tu masak..

Nama nak lauk yang leceh sikit.. tunggu hujung minggu daa. Ooo hujung minggu ni nak try masak ayam kurma.. entah sedap entah tidak.. Rempah da beli tu.. Tunggu jer la hari Sabtu nanti.. Daaa....

Posted via DraftCraft app

Wednesday, February 20, 2013

TAK HABIS2 DENGAN SAMAN. MENYAMPAH SUNGGUH.

Hari ni balik2 jer memang hot, sebab aku dah ternampak surat yang aku memang kenal- surat saman.. cis... memang tak guna. Siap ada dua pulak tuh..Encik suami cakap, setiap satu pun kene bayar RM150.

Ok ni adalah entry yang penuh dengan kemarahan. Sebelum ni aku pernah kene saman sekali- kat KM21 senai jb, sebab laju kat situ katanya 70km/j, so aku bawak sampai 110km/j kot, so memang patut kene saman la. Dengan segera aku bayar sebab kereta register atas nama encik suami, malas la nak sangkut apa2 kalo nak renew roadtax ker.. Surat saman tu pulak terang2 ada gambar kereta dari depan.

Surat hari ni, dua2 ada gambar kereta dari belakang (memang tak guna). Lepas tu kejadian berlaku dekat km13 dengan km18 (confirm tempat ni kene sumpah dengan aku lepas ni)..
Katanya had laju kat situ hanya 80km/j, tapi aku bawak 92km/j dengan 94km/j.. tak ker macam harr..... bengang tak bengang pulak kan aku kat situ. Paling tak tahan, masa kejadian selang sehari jer.. Tu lagi memang tak boleh blah!!! Sakit sangat hati aku ni..

Ok habis luah perasaan, tengok dari sudut positif dan negatif melalui pemikiran yang waras..Mungkin ni adalah tanda supaya aku sentiasa beringat2 untuk patuhi had laju - padahal bukan la laju mana pun aku drive - itu adalah kata2 aku yang tak nak mengaku salah. Dulu da pernah kene sekali, memang tak sangka aku akan kene lagi. Serius.. Sebab tu je la jalan aku lalu untuk pergi balik kerja..Aaaarrggghh mmg cer la kan...

Tapi aku ada terfikir gak-ni fikiran jahat dan tak tau la logik ke tak, haha..- Mentang2 la aku ni style yang bayar cepat, so polis pun cepat jer ar hantar surat saman ke aku- nak cari duit lebih- hamikk ko... Polis memang saja buat macam ni, sebab mesti dia ada satu database yang boleh check, siapa orang yang selalu bayar saman ontime, so kita kasi saman dia banyak2.. phuiiiiii....Aku tak halalkan duit aku kalo betol la condition macam ni.. Sungguh cer....

Hmm apa2 pun aku memang terpaksa bayar juga saman tuh, kerja kuat2 dapat gaji lebih sikit, kene bayar saman pulak.. Kesimpulannya hati aku sangat sakit.

Posted via DraftCraft app

Tuesday, February 19, 2013

HOMEMADE CHICKEN CHOP YANG TAK JADI.

Ahad lepas, konon nak buat homemade chicken chop, siap aku plan, untuk lunch, makan nasi goreng saja.. Nasi goreng yang meriah dengan udang, ayam, sosej.. dan juga sayur campur.. Nasi goreng cina..

Makanya sebelah petang, decide nak beli bahan2 yang perlu dalam resepi tuh.. Sekali bila berbelanja di Giant tampoi.. bahan yang dicari takde.. Memang kecewa.. hmm sudahnya decide nak beli jer chicken chop yang murah dan sedap kat Uda ni untuk dinner, aku lupa nama kedai dia.. huhu..

Sebelum keluar dari Giant, sempat pulak borong durian, 3 bungkus RM20..


Merasa juga makan durian, sekarang senang dah, beli dah siap2 kopek.. Takpayah nak pegang2 duri bagai..Tapi yang tak bestnyer kereta bau lah.. kene sembur fabreez ni.. Kalo tak.. bole pengsan dibuatnya.. hmm

Posted via DraftCraft app

Monday, February 18, 2013

KARI DAGING, SAMBAL BELACAN, IKAN KERING.

Sabtu lepas, demi memenuhi kehendak suami yang nak makan kari daging, gigih la aku membuatnya. Mana tak gigih, encik suami cakap dia balik ontime dengan high expectation- nak makan kari daging, sambal belacan dan ikan kering.. fuh... Sedap btol dia meng'order'. Tapi tak pe, bole jer aku masak kalo ada bahan2 semua dann juga kalo dapur gas tu tak buat hal.. kalo dia tak nak on.. spoil la mood aku...

Ok prepare bahan2.. sekarang ni aku bantai tumis dengan olive oil jer untuk semua masakan.. sayang ooo kalo tak guna, aku beli olive oil ni pun time aku plan nak masak spagetti hari tuh..


Bahan2 tumis- bawang merah, bawang putih, halia, bunga cengkih, kayu lawang, buah pelaga dan juga...olive oil..


Tak lupa juga rempah kari adabi dengan santan...

Dan bahan yang paling penting.. Daging yang dah dibersihkan dan ditoskan...




Tu dia rupa kari yang tengah menggelegak...
Mula2 tumis bahan2. Lepas tu masukkan rempah kari.. Lepas tu masukkam daging, tambah kan air.. Biarkan sampai daging empuk.. Barulah masukkan santan..Letak la garam sikit.. Masak kejap.. Rasa... dah agak2 bole telan, sila lah matikan api..

Memasak ni, pada aku- enjoy juga. Kene guna banyak deria, deria rasa, deria bau, deria penglihatan.. kreatif.. Tak kreatif pun bila ko buat, ko terpaksa la jadi kreatif.. sebab nanti ko juga yang akan makan lauk ni..

Aku sebelum ni, tak pernah goreng ikan kering.. Pada aku, kalo ada pun tak pe, tak ada pun tak pe...- ada macam tak de jer... Tapi encik suami request, buatkan saja lah.. Nasib sempat berguru dengan mak aku..

Rendam ikan kering lumi ni, lepas toskan dia, lumur dengan tepung beras.. Goreng dengan api kecik...


Tanpa ku sangka2 meletop2 wooo... Bersilat juga la.. Tahan kan saja.. nasib baik percik pun halus2 jer.. kalo style pop pop.. Memang tak goreng habis la.. Terus buang.. Out.

Hasilnya seperti dibawah...


Ada lagi nak kene buat- sambal belacan... haa yang ni, goreng belacan, blender dengan cili, lepas tu perah limau kasturi sikit.. Garam pun letak sikit.....


Lepas tu aku decide nak buat sambal goreng sikit.. Konon nak makan sayur la.. kacang buncis...


Goreng tahu, tempe, ketepikan. Lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, masukkan kacang buncis... masak kejap, masukkan suhun dan tahu kering (yang ni kene rendam dan tos dulu kasi dia lembut) lepas tu da sebati, masukkan tahu dengan tempe yang dah digoreng tadi..kacau2 sikit.. Macam biasa la aku tabur maggi cukup rasa.. siap sudah..

Hari sabtu tu memang sejarah la.. banyak btol step memasak.. Syukur dapur tu bagi kerjasama.. wow....
Panjang la pulak entry ni.. Tak pe la.. proceed jer.. Lately ni sejak pakai ipad mini..memang aku selalu excited nak update blog.. Ok stop dulu.. Daaa....

Posted via DraftCraft app

Sunday, February 17, 2013

JALAN TAK SIAP.

Aku kalo kerja, suka juga kadang bila dapat keluar pergi kilang supplier. Tapi yang tak syoknya, kalao pergi hari hujan dan terpaksa lalu jalan tak siap nih...


Memang tension...


Bila nak siap nih..


Dengan hujan lagi.. jem lagi....


Nampak benda ni berdentang dentung.. fuh...


Oooh jalan... cepat la kau siap...Huhu

Tapi satu hal yang best kalo dapat keluar pergi supplier- dapat balik awal.. best best best..muahahaha...

Posted via DraftCraft app

Friday, February 15, 2013

LAUK LAGI.

Aku lupa ni gambar lauk bila yang aku masak.. Aku namakan dia sayur campak2 saja..


Ada udang, carrot, kacang buncis.. tumis jer bawang merah, bawang putih,lada merah... pastu masukkan bahan2 dan tabur maggi cukup easa.. ahaks..

Lawan lauk daging masak kicap ni.. Hmm nyam2..



p/s: esok encik suami request lauk kari daging, plus ikan kering plus sambal belacan.. hmm bole buat ke tak ni.. yakin boleh...

Posted via DraftCraft app

DAGING MASAK HALIA vs SAYUR AIR SAWI.

Hari ni aku dapat balik awal. Peluang hanya sekali- maka sila jangan tolak. Ahaks.. Balik2 jer dah terbayang apa nak dibuat kat rumah, apa nak dimasak.. fuh...

Lauk dipilih- daging masak halia. Mula2 ingat nak masak kicap saja, tapi boring pulak aku ni. Nak juga try masak lain.. Cepat2 la aku google.. Jumpa resepi yang agak senang..
So aku dah buat, aku tulis dalam blog, bukan apa..kot2 aku lupa.. senang jer.. cari dalam blog sendiri..ish3

Ok ni bahan2 tumis. Sila hiris cili merah, cili hijau, halia, bawang besar dan bawang putih.


Tumis agak2 jer, tak perlu sampai layu sangat, lepastu sila masukkan daging...


Kacau sebati lagi, sampai daging bertukar warna..


Haa nampak kan beza warna tu...Amik satu sudu tepung jagung, bancuh dengan secawan air, lepastu kacau2 nak bagi sebati.. Then masukkan bancuhan dalam kuali tuh..


Dia akan jadi macam pekat sikit, gaul rata..
Lepastu masukkan sos tiram dua sudu besar..
Kacau rata lagi.. Aku tak masukkan garam, sebab sos tiram ni dah sedia masin rasanya..


Lepastu tabur sikit lada hitam.. Nyam2..


Tu dia lauk daging masak halia versi aku..
Sayur pulak, masak sawi tumis air jer.. Jadi la kan...


Ok selamat menjamu selera sudah.. Masa untuk berehat2.. zzzzzzz

p/s: entry tertunggak. patut post semalam. tapi aku tertdo..hmm

Posted via DraftCraft app

Tuesday, February 12, 2013

JALAN JUSCO...

Hari ni aku ada janji nak jumpa kakak aku. Dekat jusco bukit indah. Pergi sendiri jer..Rasa pertama kali tinggalkan encik suami untuk pergi berjalan2...haha Terlanjur ke sana, nampak SenQ da start buka kedai, aku pun redeem duit RM50 yang aku booking ipad mini dulu.

Rasa pelik pulak, booking atas nama encik suami, tapi si isteri yang redeem duit. Tebal gak muka aku, bebudak kaunter pun macam pelikk jer.. Ingat aku tipu kot.. Argh pedulikan saja, yang penting aku dapat duit.. kuikuikui Happy macam la banyak sangat- RM50 je kot...


Aku ni bukan bole, duit RM50 tu akhirnya aku buat beli kasut.. konon nak temankan kakak aku cari kasut, last2 aku yang rembat satu.. fuh... perempuan begitu lah..

Penat berjalan, cari tempat duduk- makan. Walau da petang.. makan tetap makan.. Dekat secret resepi- ingat nak belikan kakak aku kek, birthday dia akhir bulan. Tapi order jadi tukar pada lasagna pulak.. Layankan saja la...

Tak disangka2 jumpa plak dengan sahabat aku- ikin.. Padahal pagi tu aku baru sms dia.. Syukur sangat walaupun sekejap je dapat jumpa- sebab dia da nak balik ipoh, sekarang tinggal sana. Da besar anak dia, da jalan pun..Cepat masa berlalu.. hmm

Esok da start kerja.. Arrgh... Membayangkan keadaan hari esok...Fuh...

Posted via DraftCraft app

Monday, February 11, 2013

AYAM PANGGANG VERSI DUA.

Hari tu aku da try masak ayam panggang ker ayam bakar (bak kata adik aku). Tapi resepi yang aku follow tu kurang sedap kot. Sebab encik suami ada pesan, next try jangan ikut resepi tu, try search resepi lain. Makanya gigih la aku dok belek2 resepi yang ada kat internet ni. Jumpa satu resepi, nampak macam sedap.. Setuju la nk try..


Antara bahan2 yang diperlukan untuk perap ayam, bawang putih dan halia dicincang bagi halus, gula perang satu sudu, italian herbs satu sudu,cajun satu sudu, semua pakai sudu besar yer, lepas tu tambah olive oil satu sudu besar gak, gram jangan lupa ditambah juga.

Siap gaul semua, sapu kan dekat ayam. Ayam tu kasi kelar2 supaya bahan perapan menyerap pada dagingnya.


Rupa ayam setelah di sapu rata bahan perapan. Simpan dalam peti ais selama satu jam. Nak sedap, perap semalaman- orang kata la..hehe

Lepas tu da bole siap panggang.. Aku guna non stick pan saja.. Biasa la kan...Selagi tak beli oven, begitu lah...


Rupa ayam yang siap sedia di makan.. Makan begitu sahaja. Sekarang kitorang dah jarang makan nasi time malam, makan lauk saja. Daaaa..

Posted via DraftCraft app

Saturday, February 9, 2013

PROJEK HARI NI: SPAGETTI

Semalam lagi encik suami dah cakap nak pergi tengok wayang movie Hussin,Mon dan Jin Pakai Toncit. Makanya itu adalah agenda aku untuk hari ni. Kol 11 dah terpacak dekat Jusco Tebrau City nak tengok wayang. Keseluruhannya cerita Hussin, Mon dan Jin Pakai Toncit ni biasa2 saja. Banyak aksi klise dari sekuel sebelumnya, Hantu Kak Limah.. So pada aku, memang biasa2 saja. Nak kata terhibur sangat tu tak la kan.. memang biasa jer.. Apa daa asik dok ulang biasa2 saja, memang ta boleh jadi pengkritik filem.

Habis jer wayang, of course pergi makan. Cerita tamat pun dah pukul 12 lebih,so memang lapar sikit. Makan kat secret resepi, merasa la aku makanan ala2 bihunsup dan encik suami makan mee kari kot. aku lupa pulak nama makanan. Tak excited pun na tangkap gambar macam kat fish manhattan hahahah...

Sambil2 makan dah berangan2 nak beli barang2 untuk masak spagetti. Ingat nak masak esok hari. Tapi rasa nak try masak malam ni juga, so aku siap prepare bahan2 semua, dan encik suami la yang mengacau dan memasak.. hehehe aku... dari jadi kurang suka pada dapur- sebab masalah nak petik api, terus memang hilang mood nak memasak sangat.. Masak pun ala kadar jer.. Tapi kene ikut mood juga, kalo mood betul2 kurang elok, memang sah la kurang sedap rasanya.

Ok bahan2 untuk spagetti seperti dibawah yer...


Kene la ada, minyak zaitun,sos spagetti (aku pakai jenama kimball),mee spagetti, daging kisar,kentang, bawang holand, bawang putih sikit (takde dalam gambar), sedikit garam..
Sukatan ko main agak2 jer, nak makan berapa orang. Macam aku, selalu masak berlebihan- ikut gaya mak aku arr..isk3...

Mula2 rebus spagetti.


Aku bukan pro sangat bab memasak ni, jadinya aku rebus macam biasa jer la. Tunggu air didih dalam periuk, pastu masukkan spagetti. Biar dia sampai lembut. Ada juga aku terbaca kat mana tah- kalo rebus kene letak sikit olive oil, tapi kurang pasti apa reason dia. Adik aku cakap untuk elakkan spageti melekat. Entah yer entah tidak.. Tapi dalam kes aku ni- aku tak buat.

Untuk kuah pulak, aku tumis bawang holland dengan bawang putih sampai wangi, lepas tu masukkan daging kisar, kacau sampai masak, kemudian baru masukkan kentang, kacau lagi sampai ko puas hati, lepas tu baru masukkan sos spagetti kimball. Time kacau tu, kalao agak2 pekat, tambah la air.. Garam pun jangan lupa tambah, nak kasi lemak2 rasa dia (entah ye entah tidak). Layan saja...Hasilnya seperti dibawah:


Pastu ko rasa sikit, kalo dah sedap boleh tutup api. Tapi kalo kurang sedap.. ko pandai2 la adjust.. Hehehe

Akhirnya dinner aku malam ni, tadaaaa....


Aku makan sikit jer sebab petang sebelum tu aku dah makan dua keping fish fillet.. hmm kenyang makan, mata mesti mengantuk.. Daaaa...

Posted via DraftCraft app

Saturday, February 2, 2013

MAJLIS SANDING AKMAL.

Aku up entry ni khusus untuk Nadlene..ok x?? Hari ni majlis persandingan Akmal. Walaupun selsema dan batuk belom baik sangat, aku gigih juga nak datang. Nak tunaikan janji.
Encik suami kerja hari ni, makanya tunggu dia balik kerja dulu baru aku boleh pergi.

Sampai sana jer, kompang dah berbunyi. Tanda pengantin lelaki baru sampai la tu. Dalam pukul 245 gitu la... Tengok sekejap, kitorang decide makan dulu. Sebab hari ni memang aku tak masak.. Jadi manja pulak eh, da beberapa hari dok tapau lauk rumah mak aku.. Isk2..

Lepas makan, decide nak jumpa amal.. Kebetulan time ni pengantin tengah dok bergambar kat pelamin, apa lagi. Aku pun nak menyelit sama la...


Rasa rugi pulak. Patut aku ajak encik suami bergambar sekali.. Time ni aku suh dia tunggu kat luar jap, sementara aku posing dengan amal..


Posing gaya bebas.. haha Malu2 pulak husband ko eh mal...
Happy sangat dapat datang wedding amal. Alhamdulillah, lengkap sudah kita berlima berpasang2an..

To alene: Diharap ko berpuashati dengan picture ni.. Lawa warna silver yang amal pilih, buat aku teringat majlis aku pulak. Silver memang warna neutral la.. Masuk dengan semua color. Scallop canopy warna kuning maroon, pun lawa combination color ni..

Opps sebelum terlupa, nak tunjuk cookies yang kitorang dapat sebagai doorgift dari majlis amal.


Ok, untuk Nor Akmal, tahniah. Semoga bahagia dan selamat menjalani kehidupan berumahtangga..
Daaa....

Posted via DraftCraft app

Friday, February 1, 2013

SELSEMA DAN SAKIT TEKAK.

Bulan Febuari aku dimulakan dengan selsema dan sakit tekak.. ooooiii la, siapa yang suka selsema dan sakit tekak ni kan... Lagi2 aku. Sebab bila tekak terasa perit dan gatal, cara aku nak redakan dia adalah pergi bilik air dan muntah. Fuh... muntah xde kuar apa pun... air saja.. So untuk elak kurang air dalam badan atau dehydrated, aku minum performance drink shaklee, ahaks...


Ni rupa dia bila da bancuh dengan air masak. Of course aku suka bancuh dengan air sejuk, baru la rasa kick dia.. Pernah juga try bancuh air suam. So so ok la rasa dia. Tapi priority aku tetap air sejuk.. Rasa dia seakan2 air Tang. Macam air bikarbonat tapi tak bergas. Minuman isotonik la katakan...



Nak juga tulis, masa mula2 beli, konon ar terfikir, sempat nak habiskan sebab expired date dia bulan july 2013. Sekali tup2 amikk kau, da nak tinggal sikit dah..Kene kumpul duit ni, nak beli supplement shaklee..Ok start arrange budget from now ya..

Ok da banyak aku tulis da. Sesekali terfikir juga, macam mana aku nak tidur malam ni, Garenti tak lena punya la. Pelik juga dengan tekak ni, bila duduk, takde pulak rasa sakitnya. Nanti bila baring2 mula la..perit, pedih semua ada..

Dah la esok majlis sanding Akmal. Adus, tak nak la aku datang dengan keadaan selsema bagai ni... Tapi rindu nak jumpa Akmal la. Lama tak jumpa tu..

Macam mana la aku bole kene selsema ni.. Isk2... Aku rasa sebab aku penat sangat kot, penat melayan bab kerja yang tak sudah2. Waktu balik aku pun dah tak teratur. Beberapa hari terpaksa balik pukul 7, pergh memang kucar kacirnya hidup ni..Dugaan btol la..

Tapi tak pe, Allah takkan memberati seseorang melainkn dengn apa yang terdaya olehnya. So bertabah la Nani.. Cepat sihat untuk datang majlis Akmal esok hari..

Daaa.....
p/s: abaikan background gambar tu.. Dapur aku memang bersepah sentiasa, 'rajin la katakan'....

Posted via DraftCraft app