Friday, January 31, 2014

AKHIRNYA TUKAR JUGA.

Dek kerana tak tahan lagi, final decision, tukar jua akhirnya suis box nih. 


Walaupun tak la tukar sepenuhnya tapi setakat ni lepas tukar nampak ok. Takde la lampu tu kelip2 macam mentol nak terbakar..Tengok tv pun rasa aman jer..

Total kos rm100, so da inform tuan rumah, nanti kitorang tolak sewa jer..

Bole la aku on washing machine dengan senang hati. Sejak suis tu berapi2, aku hanya berani basuh kain waktu malam je time encik suami ada. Sebab setiapkali on washing machine, akan ada bau macam wayar hangus, lepas tu ada spark kat suis tu.. Memang risau sangat.

Hmm still aim untuk pindah masuk rumah baru bulan 3 nanti..

Thursday, January 30, 2014

SUIS OOH SUIS.

Sehari sebelom chinese new year memang confirm la ramai yang ambil cuti. Tapi aku tak. Takde plan sangat pun nak ke mana2. 

Lately ni masalah suis rumah tu makin menjadi2. Siap nampak percikan api kecik2. Kat rumah sewa ni masih pakai suis box style lama. Semalam time washing machine aku spin, uiii makin kuat percikan api dia.. Gila tak risau... Mintak dijauhkan la dari terjadi apa2.


Agak old school dan malas nak layan. Faham la. Benda ni pun sampai satu masa memang kene tukar punya. Dah tak tahan sangat, decide nk tukar juga. Tapi tukar bahagian yang berapi tuh. Sebab duduk pun dah tak lama- seriously aku memang dah malas da..Tengah bersabar je ni nak duduk rumah baru.

Lepas chinese new year, memang aku akan push kontraktor siapkan semua, tak bole tangguh2 lagi.hmm..Bukan bole bagi muka sangat. Duit nak, tapi kerja lambat.. No no no.. Aku memang tegas dalam bab2 macam nih.

Ok la. Sambung buat keje. Bos aku da tinggalkan checklist item nak kene follow up sepanjang dia cuti nanti.. Layan je la..
Bye.

Sunday, January 26, 2014

THE BODYSHOP:VITAMIN E SKINCARE.

Aku kan pencinta barang bodyshop. Bukan semua la. Tapi perfume/body polish/body butter adalah ya. Memang aku akan borong strawberi punya barang... Body polish dia.. terbaik.

Ada sekali tu aku borong barang strawberi, terjebak pulak aku beli starter kit skincare vitamin e..Umum pun da tahu- vitamin e baik untuk kulit. Bila aku guna cleanser, toner, moisturiser, aku rasa macam serasi dengan kulit aku. Terus aku habiskan secepat mungkin loreal hydrafresh, slowly bertukar pada bodyshop. Mula2 moisturiser.. Ooo moisturiser dia ok sangat. lembab je kulit bila apply.. Lepas tu aku jatuh cinta pada toner dia.. Kemudian sekarang aku terbeli facial wash dia!

Kisahnya konon la aku nak redeem voucher rm15 nak beli toner sahaja. Lepas tu teringat moisturiser kat opis tu da nak habis. Why not aku beli sekali harung. Sales assistant tu kata elok aku amik sekali satu set dengan facial wash. Dapat la diskaun 10%. Dan lebih malang, beli satu set ni tak dapat guna voucher tuh, malah aku diberi satu lagi voucher yang sama, tamat tempoh bulan depan! Bijak betul strategi business dorang. Haha 


So sekarang partially aku dah jadi pengguna skincare bodyshop vitamin e nih. Facial wash je aku belom tukar sebab nak habiskan safi balqis manggis tu..So far, toner dan moisturiser dia mmg highly recomended. Cuba sendiri baru tahu. Ok.

Friday, January 24, 2014

PANTUN TAK SIAP..

Tak pasti la aku pernah tulis ke tak pasal rancangan pantun tak siap ni. Aku dengar kat radio hari jumaat sambil drive pergi kerja. Aku tak ingat pulak kot2 sedari tahun lepas ada rancangan ni setiap pagi jumaat. Entah2 ni slot baru yang dia tukar gantikan, maklum la bukan saja rancangan tv nak di tambahbaik, slot radio pun sama- untuk naikkan rating.

Bila ada pemanggil yang sambung pantun nada lawak, memang tersenyum2 la aku sorang2 time drive..haih..

Jadi pantun hari ni sila sambung:

"Di sana merak di sini merak,
Merak mana hendak di kepung"

Antara sambungan dari pemanggil yang aku dapat ingat:

"Sakit sungguh jatuh terhentak,
Sampai lebam isi punggung"

Tetiba teringat pulak lebam kat peha aku sebab terlanggar turnstile kat opis nih, hmm masih tak hilang2 lagi lebam tu. Lambat betol la..

"Dapat suami kaki borak,
Dikirim beras, dibelinya tepung"

Yang ni paling lawak aku rasa, tapi betol juga, dibuatnya dapat suami yang kaki borak, kita suruh pegi kedai belikan beras, tepung pulak yang di bawak balik. Asyik sangat berborak, sampai lupa. hihihi

"Kaki sakit tak dapat bergerak,
Siapalah yang sudi nak dukung"

Alololo kesian yer.. kaki sakit tak boleh gerak, bersabar saja la ye...Sila jaga kesihatan tubuh badan- pilih supplemen yang sesuai, opps promote shaklee pulak.. 

"Disana hendak, disini pun hendak,
Akhirnya dua dua melopong" 

Hah ni maksud jangan tamak, ni nak juga amik dua2 akhirnya melepas semuanya..

Bila dengar slot radio pagi ni, rasa happy sikit drive, mood pun baik jer.. 
Ok sampai opis je, sakit kepala. Semalam boleh aku mimpi pasal kerja! Nightmare betol...

Hmm layan je la bab kerja ni, hati kene sabar. Diri kene tabah.
Ok bye.

SHAKLEE: VIVIX

Antara kebaikan Vivix Shaklee.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Thursday, January 23, 2014

MIHUN UDANG.

Aku jumpa satu resepi mudah untuk goreng mihun..Paling mudah aku rasa- ala2 mihun goreng singapore. Haha

Bahan2: mihun yang di rendam, bawang merah bawang putih kisar,sos tiram, serbuk lada hitam,pastu udang ke isi ayam ke apa2 saja la. Terpulang. 

So cara yang teramat lah mudah: panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai garing, masukkan isi ayam atau udang. Agak2 dah masak, masukkan serbuk lada hitam, lepas tu masukkan sos tiram. Masak lagi.. kemudian masukkan mihun... Kacau sebati..

Bila dah siap kacau sebati semua, boleh la matikan api dan hidangkan. 


Masa ni aku masak letak udang. Lepas tu serbuk lada hitam letak banyak sikit..Sesekali bila suap ke mulut tu rasa macam makan bihun sup pulak. Hahaha

Side menu aku- biasa la masak memang kene ada side menu. So ayam goreng saja lah.

Ok itu je update kali ni. Ni pun curi2 taip waktu meeting. Bosan. Daaa...

Sunday, January 19, 2014

ENTRY TAK TAHU TAJUK APA.

Ooooh lama btol rasa tak update blog... Ni pun baru lepas masak, lepak kejap depan tv sambil layan melodi.. Lauk hari ni.. sotong masak ala2 kunyit dengan sayur goreng jer..


Tak lama lagi nak tahun baru cina nak sampai. Macam biasa la- ayah aku akan dapat limau- dan aku tukang amik bawak balik ke rumah. Sedap2 hehehe

Hmm tahun baru cina ni da terbayang2 ada ke sale? Kalau ikut ada banyak je wishlist nak beli. Hohoho kalau duit berkepuk2 tak apa la juga.. Kat paper hari ni ada satu istilah yang menarik perhatian aku "sepatutnya kita membeli barang ikut keperluan,tetapi sebenarnya membeli keterlaluan"

Terus tersedar jap.. Zasss.. Makanya mari la kita belajar berjimat ya.

Ok takde idea, takde apa nak update sangat pun. Bye.

Wednesday, January 15, 2014

SHAKLEE: ALFAFA.

Berkongsi kebaikan Alfafa shaklee...


Dan juga set kombinasi Alfafa yang dicadangkan..



Selamat bershaklee..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Monday, January 13, 2014

MOOD vs RUMAH BARU.

Mood: Geram-of course pasal kerja. Haih..Sabar ok sabar..

Tetiba aku teringat rangkap pantun yang aku dengar kat radio- tak pasti apa nama rancangan, yang aku pasti, setiap caller yang call akan diberi peluang untuk sambung rangkap pantun tuh.

"Rumah Pak Mat di tepi sawah,
Pakai langsir warna biru.."

Haa cer sambung.....

"Apa guna marah2,
nanti jadi haru biru..."

Itu kata aku.. kuikuikuikui
Hiburkan hati diri sendiri sudah.

Sambil2 tengok gambar rumah baru..
Opps ni progress dapur rumah baru aku..


Table top da siap. Cuma kene bersihkan sikit2. Yeay lepas ni boleh pasang lampu dan wiring. Lepas tu kitchen cabinet..Tak sabar nak tunggu tingkap tu di pasang..

Mood: Jadi happy balik..
Ok sila lah sambung kerja.

ESP SHAKLEE.

Pagi2 dah jadi satu kemestian minum ESP..


Tak boleh tinggal.. Selamat bershaklee..

Sunday, January 12, 2014

LUNCH DEKAT MANHATTAN.

Lunch dekat Fish Manhattan KSL City..Lewat juga makan lunch. Sebab pagi da breakfast mihun goreng. Opss tu selalu makanan dinner tuh, eheehe..


Tu minuman. Gummy Bear.. 
Ni makanan...aku lupa apa nama makanan, rasa Manhattan Platter kot..kuikuikui


Makan berdua je.. Kenyang sampai malam. Yeay lepas tengok masterchef selebriti, bole mandi dan tdo zzzz.. Bye.

Saturday, January 11, 2014

SHAKLEE: SET KURUS.

Set kurus shaklee amat disarankan untuk membantu mengurangkan berat badan secara sihat dan semulajadi tanpa perlu berlapar. Apabila kita menahan lapar dan skip waktu makan, metabolisma badan akan menjadi rendah dan badan tidak membakar kalori yang sepatutnya dibakar.

Selain itu ia harus disertai dengan tabiat pemakanan yang seimbang dan terkawal serta sedikit senaman.

Set kurus shaklee bertindak melalui 3 cara :
1) Detox
Herbalax - kombinasi daripada tumbuhan herba yang terkenal secara tradisional bagi membantu masalah tidak hadam dan pergerakan usus yang tidak sihat. Ia diperlukan untuk detox iaitu untuk membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. 

Alfafa - bertindak sebagai fiber yang membawa keluar lemak-lemak yang sudah dipecahkan oleh lecithin dan omega.

2) Bakar atau pecahkan lemak
Lecithin - diekstrak dari soya tanpa penggunaan bahan pewarna, pemanis atau pengawet. Juga membantu proses memecahkan lemak dalam tubuh.

Omega guard - membantu proses memecahkan lemak dan mengawal selera makan.

3) Membina otot atau meningkatkan metabolisma
Cinch shake - didatangkan dalam 3 perisa iaitu coklat, vanila dan cafe latte. Ia adalah protein soya yang membantu rasa kenyang, meningkatkan metabolisma badan serta mengandungi Leucine untuk membantu mengekalkan otot semasa proses penurunan berat badan supaya badan anda tidak mengeleber setelah berat turun nanti.

ESP - sumber protein yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah yang membantu dalam proses menurunkan berat badan

Antara set cadangan vitamin Shaklee adalah:




Berminat? Hubungi segera untuk konsultasi percuma.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

AYAM PERCIK LAGI.

Hari ni pagi2 pergi pasar, mak aku bawakkan sarapan laksa johor. Mak memang best. hehhe


Sambil2 sarapan kepala ligat memikir apa menu nak masak untuk lunch. Tanya2 encik suami, katanya nak ayam percik. Ok la. Kita masak ayam percik lagi.

Resepi pernah share dalam last entry. Tapi senang je. Meh aku share lagi.
Bahan2 perapan ayam: serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula perang, garam. Perap ayam seberapa lama boleh.

Bahan2 untuk sambal: bawang merah, bawang putih,halia, lada kering yang di rebus, serai. Semua bahan ni dikisar kemudian di masak sampai garing.

Bila da garing masukkan garam, gula,serbuk lada hitam, santan. Masak sikit lagi.

Grill ayam dalam pemanggang ajaib guna minyak sikit. Biasa aku grill ayam dalam 20 minit. So lepas 10 minit pertama, masukkan sambal, sapu2 atas ayam. Balik2 kan ayam lagi. Masak ayam lagi 10 minit.

Ni ayam yang sedang dipanggang..


Lepas 10 minit masukkan sambal..


Kemudian masak lagi 10 minit dan hasilnya....


4 ketul untuk 2 orang makan. Licin. Ok bye..

Friday, January 10, 2014

SHAKLEE: SET KECANTIKAN KULIT.

Suka nak bercerita pasal ni, ada orang beritahu, kulit aku bersih jer.. hihihi..
Itu la hasil dari supplement yang aku ambil : shaklee..


Dan aku add on ESP..


Kalao nak tahu lebih lanjut pasal set kecantikan kulit ni, bole sms/whatsapp segera.. Daaa

DAGING PANGGANG.

Semalam aku masak daging panggang. Berazam (sekali lagi) untuk kurangkan makan luar. Yeah masak juga la. Perut pun memang lapar.

So balik je rumah terus siapkan bahan2..
- daging
- serbuk kunyit
- garam
- serbuk lada hitam
- gula perang
- sos lada hitam

Perap kesemua bahan ni, lepas tu panggang sampai masak..
Ni hasilnya. Aku potong daging pada smaller size supaya senang makan. Tu pasal agak comot nampak kat pinggan.


Lepas tu encik suami rajin nak goreng popia.. Maka lauk kitorang malam tadi ialah:


Tu dia...daging panggang, sayur kobis goreng, popia.
Malam ni aku tak masak sebab siang tadi aku stop McD makan double prosperity burger.. Pergi kilang suplier kat batu pahat sana.. Kebetulan encik suami ada dinner kat tempat kerja. So aku merehatkan diri layan tv.. hehehe 
Ok stop dulu kang nanti sambung next entry.

Thursday, January 9, 2014

KEISTIMEWAAN SHAKLEE.

Kenapa kita perlukan makanan tambahan/supplement:
- kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
- badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
- buah dan sayuran mungkin terjejas atau tercemar
- mengamalkan gaya hidup tidak sihat
- kebanyakan rakyat malaysia makan mengikut selera rasa
- gangguan penyerapam nutrisi daripada makanan
- kehilangan nutrien dalam makanan

Kekurangan nutrisi boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti:
- penuaan pramatang
- kelesuan
- mudah mendapat penyakit dan jangkitan
- keguguran rambut
- osteoporosis
- kulit bermasalah
- dan banyak lagi

Keistimewaan Shaklee:

Sentiasa selamat
- lebih daripada 80,000 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulenan sebenar
- lebih daripada 350 ujian dijalankan ke agas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya.

Sentiasa berkesan
- lebih 300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk
- bahan2 semulajadi yang paling halus dan tulen
- disokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat di dalam 90 bahan kajian penerbitan

Sentiasa mesra alam
- produk mesra alam yang benar2 selamat untuk anda, rumah dan juga bumi anda
- peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam

Jom kita bershaklee..

Wednesday, January 8, 2014

AYAM PERCIK.

Fikiran yang tak tenang masa buat kerja eloklah dilencongkan pada entry pasal makanan. kuikuikui

Semalam aku masak ayam percik. Gambar memang tak sempat nak snap sebab siap masak je dah kelaparan, terus ngap masuk mulut. Tapi masih berhati2 sebab ayam baru siap bakar. Ini kelebihan bila kat rumah ada
pemanggang ajaib. Semua benda main panggang je.. 

Resepi dapat dari youtube. Aku cepat2 salin dalam buku. Bahan yang diperlukan:
Ayam
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Garam
Gula- aku pakai gula perang
Kesemua bahan ni campur gaulkan kemudian perap seberapa lama yang bole. Lagi lama lagi bagus kan..

Kemudian bahan untuk sos atau kuah:
Lada kering yang direbus*
Bawang merah*
Bawang putih*
Serai*
Halia*
Santan
Gula
Caranya- kisar bahan bertanda *. Kemudian masak sampai garing. Masukkan santan, garam dengan gula. Letak sikit lada hitam. Masak lagi sikit..

Ayam yang diperap tu tadi, grill dengan sedikit minyak sampai masak. Da agak masak, curahkan kuah ke atas ayam dan masak lagi sikit.. kemudian siap.. Yeay..Berjaya juga aku cuba resepi ayam percik. Ok ada meeting sekarang ni.. Fokus meeting dulu. Daa

(kosong je perasaan hari ni hmm)

Tuesday, January 7, 2014

SHAKLEE: LANGKAH MENJAGA KESIHATAN SENDI.

Untuk menjaga kesihatan sendi, Shaklee ada cadangan vitamin yang boleh diamalkan.

Advance Joint Health Tablet
** Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
** Bertindak sebagai 'kusyen': Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan.
** Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Omega Guard
** Pengambilan Omega akan dapat mengurangkan radang pada sendi, bengkak sendi dan kekakuan pada sendi. 
** Pengambilan Omega juga dapat mengurangkan risiko sakit parkinson.

Ostematrix
** Ostematrix juga dikenali sebagai kalsium yang membantu meningkatkan kesihatan tulang, meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan simptom osteoporosis.
** Pengambilan kalsium secara konsisten bukan sahaja membantu masalah tulang juga membantu masalah sembelit, mencantikan kulit serta melegakan pengecutan otot ketika haid.


Berminat nak cuba, bole sms/whatsApp.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Monday, January 6, 2014

HUJAN, SEJUK, BIBIK.

Semalam hujan lebat. Aku perasaan ada kilat dengan guruh. Pagi tadi pun cuaca tak berapa nak cerah. Gerimis sikit waktu aku keluar pergi kerja. Nasib baik adik aku ada sms bagitahu jalan on the way to senai, jem. Dia advise aku lalu highway. Dapat la sampai opis awal sikit. Heh tak la awal mana pun, awal 1-2 minit je. Tapi consider bagus sampai pukul 858 or 859 daripada 901 or 903.

Kat opis pulak suhu sentiasa sejuk. Sampai kene pakai heater. Walaupun tak dibenarkan sebenarnya. Haih.. Macam2 hal... Bila sejuk sampai ke tulang rasanya. Lepas tu aku jenis yang suka minum air..Kerap minum air, kerap la berulang ke toilet. Tu tak kisah lagi sebenarnya. Nak lalu turnstile tu yg malas. Nak scan bagai..

Tiba2 ternampak status kawan kat fb - feeling lazy, malas nak masak, bestnya ada bibik- hoih.. Memang best ada bibik, boleh reduce kerja .. kuikuikui. Tapi kalo aku ada bibik, bab masak, memang aku akan buat. Bibik kerja nya hanya tolong potong2 bawang sayur, siang2 segala ikan daging ayam. Dan basuh pinggan or kuali after masak.. Ter'berangan' sekejap. Tapi memang fakta pun: Aku suka memasak, tapi aku paling lemah nak mengemas after memasak.. adoi la.. macam ni punya orang pun ada.

Sambil2 layan tv, sambil update blog nih.. Tapi mata pun da makin berat da ni... Stop dulu.. Daaa...

SHAKLEE: SET MIGHTY 3 GERMS.

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, kita mungkin: 
- tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
- kurang peka
- mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
- kandungan gula dalam darah yang rendah
- produktiviti kerja menurun

Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Germs untuk memulakan hari dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikan:
- Kekal bertenaga sepanjang hari
- Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh


Basically, ini adalah cadangan set sahaja, boleh juga kalau nak ambil sama ada ESP + Performance Drink sahaja or ESP + Meal Shakes. 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Berminat nak cuba, bole SMS/ WhatsApp.

Sunday, January 5, 2014

VITAMIN SHAKLEE UNTUK ATASI MASALAH GOUT.

Berikut adalah cadangan vitamin shaklee untuk mengatasi masalah Gout.

ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox.

PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox.

OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.


Sedikit info mengenai Gout:
Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Pengambilan supplemen tambahan adalah sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesihatan diri. 

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Berminat nak cuba produk shaklee, bole SMS/WhatsApp segera.

Saturday, January 4, 2014

DAGING TERIYAKI.

Hari tu aku ada try chicken teriyaki. Kali ni guna resepi sama tapi apply dekat daging. Pagi2 pegi pasar beli daging. Lepastu aku hiris kecik2.

Bahan2 perap seperti biasa: halia dengan bawang putih diparut, kicap manis, madu, gula perang dengan garam sikit..
Hasil perapan:


Lepas tu macam biasa juga guna pemanggang ajaib. Kita bakar daging..


Akhirnya...


Sikit je kot rupanya bila dah siap. Haih. Cukup la makan dua orang je pun... Layan...Tapi lain kali aku nak potong daging banyak sikit. ehehehe

**aku macam perasan harga bahan basah dah naik la..sabar je kan.. 

BUKU TAHUN BARU.

Ooh waktu2 macam ni sambil layan tv, teringat nak update blog. Meh kita update. Aku beli buku baru. Yeay...


Dan juga buku ini:


Suka baca travelog. Sebab bila baca seolah2 kita berada di tempat yang diceritakan. 

Umur pun da makin meningkat. Aku perasan lately aku jarang belek novel2 melainkan penulis favourite je. Tu baru aku beli. So start tahun ni, nak tambahkan pengetahuan dengan lebih membaca buku ilmiah. 

Ok nak bersiap keluar ni. Sambung nanti.

Wednesday, January 1, 2014

CHICKEN TERIYAKI.

Entry ni patut aku publish semalam. Konon entry last 2013. Malangnya aku bole tertido time karang entry guna phone. Dan terjaga kol 1245 pagi 1 Januari 2014. Haih terus jadi first entry this year.

Gara2 tengok masterchef. Ada group yg buat chicken teriyaki. Aku pun teringin nak cuba buat juga. 

As usual google sahaja resepi, terus jumpa.. ni rupa chicken teriyaki sebelom digrill.. 


Meh aku share bahan2.
- kepingan isi ayam
- halia di parut
- bawang putih di parut
- kicap manis
- madu
- gula perang
- garam sikit.

Sukatan semua bahan adalah sukahati. Secukup rasa. Agak2. Campak2.

Cara membuatnya:
- perap semua bahan dengan ayam
- panaskan pan grill. Aku pakai pemanggang ajaib je.
- grill ayam sampai masak
- masa grill, curah lebihan perapan bagi sedapkan rasa.

Ni rupa sedia dimakan. hehe


Cuma lepas ni mungkin aku akan potong nipis isi ayam. Lagi sedap aku rasa. Kuikuikui. Ok menu hari ni rasanya mihun sup. Tapi tak sure lagi. Hari ni aku ada banyak agenda nak buat. ehehe...