Monday, November 30, 2015

PROMOSI SEQYBEAUTY (30/11/15-7/12/15).

Okey Disember bulan yang SUPER BEST!!
Seqybeauty ada promotion.
Eh hari tu ada promotion, now ada lagi.
Haa ni menunjukkan HQ sangat bermurah hati dan sangat-sangat hargai semua customer terchenta. La la la.

Perlu di ingat. Promosi ni start 30/11-7/12 saja.


Promosi untuk loose item skincare.
Satu set skincare yang macam kat bawah ni, tahan dalam sebulan setengah. Lepas tu kene beli lagi.


Now ada promosi set besar terus. Haaa Murah wei.. Jimat pun ya juga. Lai lai lai.

Another promo...


Kalau tak nak beli set skincare size besar punya. Nak beli any loose item pun boleh juga. Takde masalah.


Toner habis ke...


Serum habis ker...


Atau day and night cream yang da habis ke.. Ha ni la masa nak restok disamping dapat jimat berganda. Beli any of 2 loose item yang mana total harga retail lebih RM100 akan dapat diskaun 10%.

Oh promosi ni didatangkan dengan FREE POSTAGE ya.
Diulangi FREE POSTAGE.
Haa siapa tak nak kan.

Okey cepat wassap 0197627358.
Semua item ready stok.
Jom "Swap and be beautiful"
La la la la

Sunday, November 29, 2015

DINNER DEKAT COOKIES & GINGER.

Ini kisah minggu lepas.
Dah bertahun restoren ni bukak.
Aku baru nak try.
Tu pun lepas baca cadangan orang ramai kat fb.
Restoren ni dekat Adda Height.

Total harga makanan seperti di bawah: boleh la kan..sekali sekala.


Smoke 1/4 chicken with blackpepper sauce:


Sedap sos blackpepper dia.

Cheese burger: ni encik suami punya.



Air pulak:


Overall. 
Makanan ok.
Servis takde la lambat.
Cuma tips dia, kene datang awal.

Sebelum kitorang BERJAYA makan kat sini, ada la beberapa kali kitorang datang tapi tempat penuh.
Ramai sangat orang. Kitorang lalu je. Lepas tu pergi makan dekat tooplate.
So memang kene datang awal la.
Lepas tu pastikan perut lapar. Ha ha
So nanti tak rugi la. Sebab portion dia banyak..
Ok. Stop sini dulu.
Tengok gambar makanan, jadi lapar pulak.

Saturday, November 28, 2015

MEMORI.

Lambat betul nak tunggu hujung bulan.
Lebih tepat, haribulan terakhir setiap bulan.
Mesti la tunggu gaji wei.
Weekend takde makna kalau takde gaji.
Boleh macam tu??
Merapu je.
Padahal banyak je kerja boleh buat dekat rumah ni.

Ni segmen terowback: jumpa kat FB.


Ok rumah lama aku dulu pakai suis ni. 
Takde suis tekan-tekan macam sekarang.
Tiba-tiba rindu masa lalu.
Eh rindu rumah dulu. 
Membesar kat situ kot.
Kad pengenalan pun pakai alamat situ.

Dari zaman tandas dekat luar, sampai la buat tandas dalam rumah.
Lawak bila teringat.

Zaman bergaduh dengan anak jiran.
Paling sadis. Entah kat mana la keluarga tu sekarang.
Ah lupakan. Hidup kene pandang ke depan.

Dah takde benda yang kita boleh ubah walau kita ingat-ingat balik pun.
Eh kenapa nada melankolik ni.
Sebab cuaca kot.
Ni mendung macam nak hujan ni.
Okey. Biasa hujan aku akan tidur.
Takde benda buat kan. Tidur je la.
Mimpi yang indah-indah.
Okey bye.

Wednesday, November 25, 2015

PROMOSI SEQYBEAUTY.

Quick update pagi ni.
Seqy Beauty ada promosi set kombo.
Promosi 3 hari je ye. 
Harus diingat ni.


Honey combo:


VIP combo:


Adalah jimat berbaloi-baloi kalau terus grab set kombo ni.
Boleh beli pakai sendiri atau share dengan kawan-kawan.

Dua-dua set promosi ni aku bagi free postage.
So pada sesiapa yang nak cuba Seqybeauty product atau pengguna Seqybeauty yang nak jimat.. Jangan lepaskan peluang ni tau.
Wassap cepat-cepat.
Stok da menyusut ni.

Monday, November 23, 2015

Tips kurangkan sembelit.

Ok pagi-pagi ni meh la kita share tips nak kurangkan sembelit.
Rasanya ramai yang ada masalah ni tapi tak tahu atau blur nak buat apa.
Ok ni dia antara tips:

1. Makan sarapan pagi- ia membantu merangsang pembuangan air besar. So jangan sesekali tinggalkan sarapan.

2. Luangkan masa pergi ke tandas- sebelum sarapan atau 30 minit lepas sarapan adalah masa yg terbaik untuk membuang air besar. Sebab usus besar bergerak dengan cepat pada waktu pagi.

3. Jangan abaikan keinginan membuang air besar- ini boleh sebabkan bahan buangan terkumpul dan akhirnya kita akan mudah sembelit. Maka, bila terasa nak membuang je, cepat-cepat la ke toilet. Tak payah tahan-tahan.

4. Minum banyak air- sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Untuk pastikan najis lembut.

5. Banyakkan pengambilan serat dalam makanan. Makan 5 hidangan buah atau sayuran setiap hari.

6. Bersenam selalu- 30 minit berjalan cepat setiap hari dapat bantu kurangkan sembelit.

7. Jika ada buasir, dapatkan rawatan segera. Buasir adalah menyakitkan dan berdarah. Buasir boleh halang seseorang dari membuang air besar dengan kerap.

Ok sekian. Semoga bermanfaat. 

Sunday, November 22, 2015

RAJIN.

Dah kenapa aku sampai dua kali up entry ni. Ok kalau ikut plan, kejap lagi aku nak basuh shawl(yang melambak tu). So ada masa meh la kita tulis sesuatu.

Semalam aku masam ayam masak merah. Resepi baru. Letak santan. Encik suami jumpa resepi dekat blog. Kene la ikut. Dah dia nak rupa itu.


Baru ku tahu, macam ni pun boleh. So next time bole la cuba lagi.

Opsss tetiba teringat kek.


Jumaat lepas, sempat pergi cabut makan  kek dengan crime partner. Nak buat kek sendiri alahai. Tak tau apsal malas sangat nih.. Adoi adoi adoi. Mak aku da bising ni nak kek marble. Nanti la check bahan dulu.

Nah bagi sekeping gambar lagi.
Nasi goreng Nani.


Now goreng nasi kira cincai da. Sebelah mata je siap..Rajin tak rajin je la..
Okey aku nak makan longan dulu sebelum basuh shawl. Bye.

HORMAT LA PRIVASI ORANG.

Ni gara-gara kes lisa surihani yang katanya terkilan dengan gambar anaknya yang dimuat naik oleh seorang peminat secara curi-curi!!
Zaman sekarang ni dah jadi macam satu trend. Apa je perkembangan pasal selebriti, semua orang nak tahu sangat dan berlumba-lumba jadi yang pertama nak upload di laman sosial.
Even though mereka-mereka ni selebriti kesayangan ramai, cuba la bagi peluang pada mereka. 
Dorang ni pun insan biasa. Sama macam kita-kita.

Setiap apa yang dorang buat mestilah ada reason yang logik. Lagi pun tak perlu la kita nak desak.. Ooh cepat la share gambar anak.. Setiap ibubapa kat dunia ni, tahu apa yang terbaik untuk anak dorang. So HORMAT la pendirian dorang.

Macam kes siti nurhaliza yang dikhabarkan pregnant, kita doa je la yang terbaik. Walaupun takde pengesahan dari yang tuan punya badan. Jika benar, syukur alhamdulillah. Again, dia pun orang biasa, jadi tak perlu la nak desak-desak dia suh buat press conference ke, suh mengaku depan wartawan ke..Semak sangat la wei. 
Kita nampak ke siti tu luaran nya senyum saja depan wartawan.
Tapi disebalik nya? Hati dan perasaan dia, ada kita tau??

Sibuk sangat masyarakat kita ni nak tau hal-hal peribadi artis.
Sampai sanggup langgar hak privasi dorang.
Henti-hentikan la. Bagi la mereka-mereka ni ruang.

Banyak lagi kerja lain yang kita boleh buat.

Wednesday, November 18, 2015

MASAKAN SENDIRI.

Lama tak tayang masakan sendiri.
Walaupun tak la semegah blogger masakan.
Macam mana kerap makan dekat luar, sampai satu masa, aku teringin gak nak makan masakan sendiri.
Jimat dah satu hal.
Lepas tu lebih puas hati.

Bulan depan nak bayar roadtax kereta.
Bulan depan juga plan nak bercuti-cuti.
Meh la kita berjimat (sangat).

Hari tu goreng meehoon.


Gagah kan diri goreng.
Padahal dahulu kala bole je goreng mee hoon selang sehari.

Weekend pulak. Kadang-kadang aku gantung kuali (tanpa sedar- ooohhhh patut weekend la kene rajin masak).

Lupa pulak hari ni hari apa.
Aku syak hari ahad.
Sebab sabtu lepas, aku pergi training.
Balik bergegas, semata-mata nak cuba air fryer baru.

So keesokkan harinya. Beli lagi ayam dekat pasar.
Decide masak kicap je.
Wow sizenya tak berubah. Compare kalau aku goreng guna minyak banyak.
Ayam pasti mengecut.
Now ayam dia besar dan moist.


Terkejut juga. Canggih rupanya masak guna air fryer. Baru ku tahu.

So lawan dengan sayur air bayam. Bantai saja. Asalkan kenyang.

Okey. Hari ni aku plan nak datang kerja awal. Walaupun mood nak kerja tu tak berapa nak ada. Terpaksa gagah (nangis)..

Sampai bilakah ku harus begini??

Monday, November 16, 2015

KENAPA SAYA JADI FOREVER BUSINESS OWNER DI FOREVER LIVING COMPANY.

Entry kali ni nak cerita kisah bisnes yang baru aku join.
Forever Business Owner di Forever Living Company.

Almaklumla. Kita kene mencuba pelbagai jenis bisnes.
Untuk kepuasan (diri yang tak pernah puas).
Sejak terjebak ke dunia bisnes online.
Aku sentiasa nak lebih.
Nak explore lebih, nak ilmu lebih.
Sebab nak challenge diri.
Tengok sampai mana boleh pergi.

Masa mula-mula aku nak join.
Disebabkan aku tengok tak banyak info dekat carian internet.
Maka meh la aku tulis serba sedikit kat sini.
Supaya dapat bantu serba sedikit mereka-mereka kat luar sana (yang tengah cari info) tentang FOrever Living Product.

Apa keistimewaan Forever Living Company (FLC)??
1. FLC merupakan penanam alovera terbesar di dunia. FLC ada kilang pemprosesan alovera sendiri dan boleh menghasilkan 400 ribu botol alovera gel sehari.
2. FLC juga merupakan penternak lebah terbesar di dunia iaitu di Gurun Sonaran. Sebab tu, produk lebah Forever adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan pengawet, perisa tiruan dan pewarna tiruan. FLC juga ada 5 jenis paten untuk pemprosesan produk lebah Forever.


Konsep bisnes di Forever ada 3:
1. Tak mahu orang tengah.
Disebabkan, FLC ada kilang sendiri, ladang alovera sendiri, ladang ternak lebah sendiri, maka keuntungan adalah direct dia bagi dekat pengedar. Tak macam sesetengah company MLM lain, yang mana dia kene bayar kos kilang, kos orang tengah, sebelum sampai ke pengedar.
2. Tak de PV,UV
Bonus dibayar dari harga asal produk.
Keuntungan runcit boleh dapat dari 15%-30%.
Indirect bonus pulak, dari 5%-18%.
3. Takde pairing.
Walaupun kita ada satu je downline yang aktif buat sales, bonus tetap dikira dari sorang downline tu saja. Takde nak tunggu sampai ada dua or tiga downline yang aktif buat sales.

Okey kenapa aku join sebagai Forever Business Owner?
1. Sebab konsepnya yang mudah, cuma perlu duplicate apa yang orang atas kita buat. InsyaAllah. Kita pun boleh berjaya.
2. Produk berasaskan makanan sunnah. Aloevera gel dan Madu adalah makanan sunnah. So aku rasa terpanggil untuk sama-sama tingkatkan kesedaran pada orang ramai tentang kebaikan makanan sunnah untuk kesihatan.

Many thanks to akak senior aku.
Yang banyak guide pasal bisnes forever. Takde tinggal pun okey. Closely bagi guidance sampai kita berjaya buat sales dan gerak sendiri.
Hopefully aku pun boleh sama-sama berjaya macam dia.
Gambar ni belum pernah publish dekat mana-mana.
Special up dekat blog ni.
Masa ni dah selesai sign up jadi FBO.



Ok dah. Nanti bila senang aku up entry pasal product pulak.
Doakan aku rajin je.
Now nak masak dinner. Bye.

Sunday, November 15, 2015

PAKAI SAMPAI JEMU.

Meh la kita coretkan sesuatu selagi ada masa.
Sambil-sambil layan gegar vaganza.
Woi terpegun sekejap aku tengok fesyen didi alias ni.

Tengok-tengok gambar kat handphone.
Hmm nak tulis pasal apa ya.
Oh okey. Shawl.
Aku ni jenis pakai sampai jemu.
Tapi harap korang takde la jemu tengok gambar selfie aku ya.
Dek terlalu suka dengan kualiti kain, aku borong semua color yang ada untuk tudung ni.

Makanya aku ulang pakai. Siapa yang perasan mesti terdetik kata. Eh eh eh asik tudung sama jer. Padahal kaler je lain kan.






Kain mudah bentuk, tak perlu iron pun.
Ok sila la beli dekat fleurbymrshim.
Bye.

Saturday, November 14, 2015

HARI YANG PADAT.

Hari ni ada masa nak update blog.
Sambil-sambil layan tv ni kan.
Pagi tadi pukul 10 ada training.
Pasal Touch of Forever. 
Nak tambah knowledge pasal product.


Schedule kata start pukul 10.
Aku ingat aku dah lambat. Rupanya non  hado.
So far, input training ni bagus. Sangat membantu.
Tak sabar nak join next training.

Dalam training.
Encik suami wassap gambar.
Ooh myyy...
Air fryer????? 
Nak terbuntang bijik mata aku tengok.
Dia beli senyap-senyap.
Isk-isk.


Lalu aku pun bergegas masuk giant lepas habis training.
Jalan-jalan beli ayam, tepung, milo nugget. 
Hari sabtu takde plastic bag. So tak boleh beli banyak.
Dah teringat-ingat nak test goreng ayam guna air fryer.


Keluar giant kene tunggu center bukak pulak. 
Sebab nak register new member.
Hoi berpanas-panas aku jalan sana sini.
Berpeluh-peluh dibuatnya.
Bawak air masak pun tak cukup.
Topup dengan cool blog.


Eh panas-panas pun muka tetap maintain.
Sebab pakai bbcream by seqybeauty.
So siapa nak, boleh wassap aku cepat ya. Atau tinggalkan no phone. Meh aku yang wassap korang. 

Ok tengah-tengah taip entry. Nampak iklan. Ok esok malam ada cerita hindustan. Kene tengok schedule laki, ada siaran bola ke tak. 

Sejak bila Nani layan hindustan??
Sooo confuse.


Ok. Banyak gambar pulak dekat entry ni.
Dah. Stop dulu. 
Sambung nanti.


Thursday, November 12, 2015

SENYUM SIMPUL

Tadi sempat keluar pergi pos kita ahli.
Da jadi kebiasaan, kalau ada postage, aku akan keluar pergi pejabat pos waktu lunch.
Keluar awal. Balik opis pun awal (kononnya)

Jadi sampai pejabat pos dalam 1140 mcm tu.
Ramai la pulak orangnya.
Plus ada yang banyak tanya. 
Adoi la.
Berbuku betul hati.

Dalam pada tu sempat gak la perasan.
Ada 2-3 orang yang sama kilang dengan aku. Hantar parcel.

Senyum sendiri.
Sekarang masing-masing dah ada bisnes online. 
Aku fikir masing-masing tengah merencana masa depan.
Takkan la selamanya nak kerja kilang.
Kerja makan gaji.

Tadi sebelum balik kerja, rasa macam nak kene selsema.
Betul da. Sah selsema.


Okey. Nak baca novel Tuan Anas Mikael.
Tengok jalan cerita lembab sangat. 
Meh maraton. Daa...

Wednesday, November 11, 2015

SENDU

Nak merepek lagi kat blog.
Hari ni sendu betul.
Kepala mcm berat. 
Macam nak kene selsema.
Ok now aku da tahu siapakah punca penyebar virus.

Kene start amik vitamin c dengan gigih.
Dan standby strepsil berpaket-paket.
Macam ada feeling nak kene sakit tekak juga.
Adoi la.

Mata pun agak mengantok.
Aku kan. Hari-hari mengantok.
Tak bagus betul.
Ok kene pastikan cukup tdo ni.

Sambil fikir, malam nak masak apa eh.
Hmm lately ni ada kesedaran tinggi sikit.
Sebab da plan nak bercuti-cuti.
Ala-ala release tension gitu.
Nak release semua tension yang terpendam tahun 2015.

So nak kene berjimat.
Masak la.
Tapi ikut juga. Kalau besar M, memang tak berasap la dapur.
Harap gigih nanti. Tolak M jauh-jauh.
So menu??? kene start planning dari sekarang.

Okey bye.
Boss tengah meeting sekarang.
Boleh la pegang handphone lama sikit.
Daaa..

PANGGILAN TELEFON.

Nampak post ni dekat newsfeed aku.
Taktik terbaru penyamun katanya.
Nak charge duit kita.
Risau kan sekarang ni macam-macam boleh jadi.


Macam aku pulak.
Mana-mana nombor yang takde dalam contact list aku.
Once appear dekat skrin.
Memang totally aku tak akan jawab la.
Tak kira la siapa.
Lagi la sejak terjebak ke bisnes online.
Memang tak jawab langsung.
Apa-apa hal, aku prefer whatsapp saja.
Atau sms, telegram, wechat, Line.
Sekarang kan ada banyak option.
Kerapkali juga aku dapat call dari tak tahu siapa.
Asik la call berulang kali.
Semak la kan.
Orang tak angkat sekali tu, paham-paham la yang kita tak berminat.
Ni gigih betul kau nak repeat call banyak kali.
Still aku tak de kuasa nak menjawab.
Lantak la situ.

Ada pro dan cons.
Kekadang risau juga.
Kot-kot emergency ke hapa kan.
Kita mana tau.
Tapi doa la mintak jauh.

Okey mata da mengantuk ni.
Nak tdo.
Bye.

Monday, November 2, 2015

RAGAM CUSTOMER.

Mata belum mengantuk lagi.
Jadi meh la kita menulis sikit dekat blog.

Bulan november baru start.
Jadi untuk biz, mesti la kene set target baru.
So far aku happy sejak terjebak ke dunia biz online ni.
Cumanya kene tahan tak tahan dan rajin tak rajin je nak buat.

Bila terkenang ragam customer haih.
Boleh tersenyum simpul dibuatnya.
Antara ragamnya:

1. Customer yang suka tanya benda sama setiapkali pun. Harga.
Contoh nya ada je iklan yang aku dah letak harga siap-siap. Tapi customer minta pm sekali lagi.
Haih fening akak. Aku buat je skrip harga yang standard. Copy paste je untuk semua orang. Amik kau. Bacalah di situ.

2. Customer yang style tak sabar.
Aku pos banyak parcel. So memang take time la nak check satu-satu punya consignment notes.
Biasanya aku akan bagi tracking number malam-malam. Lepas aku settle semua kerja- masak, makan,   kemas dapur, basuh pinggan bagai. Ada customer tu, bank in pukul 130 petang, Pukul 6 petang dah mintak tracking number. Tak sabau nau. Kihkihkih.. Sabar yea.. Aku paham, dorang mesti risau. Insya Allah. Aku bagi service terbaik punya.

3. Customer tanya macam la aku ni lulusan perubatan.
Okey ni sejak aku jadi Forever Business Owner yang mana hot item dia Aloe Vera Gel, banyak la sangat soalan yang pelik-pelik dari customer. Ada pulak tu siap tanya details, penyakit itu, penyakit ini.
Seperti yang sedia maklum, alovera gel ni cumalah supplement yang boleh membantu. Bukan confirm oh ini ubat untuk sembuhkan penyakit. Kita cuma ikhtiar dengan alternative way, cuba makan supplement. Habis group wassap diskas pasal penyakit. Or if kritikal sangat, boleh (digalakkan) email kepada nutritionis FLP.

4. Customer yang mintak murah.
Ni pun ada beberapa senario:

Mintak murah dengan tak nak bayar postage cost.
Yang ni, depends, kalau total harga yang aku quote termasuk postage RM272, ok bayar RM270 sajalah. Aku boleh absorp sikit kos postage. Tapi kalau absorp semua.. hmmm tak boleh. Noktah. Kene la win-win situation.

Mintak nak belli dengan harga murah sebab pernah beli dengan seller lain, dapat harga murah.
Ok jadi silakan kau beli dengan seller yang dulu. Sebab aku tak nak main harga. Nanti market terjejas.
Orang lain, pi lantak la kan. But not me.

Ha macam tu la serba sikit ragam customer.
Ada lagi beberapa contoh. Tapi aku dah lupa. Hi hi.
Bila ingat kang tulis next entry.

Ok sempena JDT menang piala AFC, tak sure la esok kerja ke tak ni. 
Semua da tertanya-tanya. Tak de ke cuti ganti??
Mode mengantuk da tiba ni. Stop dulu. Daa..