Saturday, September 29, 2012

KARNIVAL NUSAJAYA- LALU JER...

Walaupun cerita ni da lama. Tapi aku nak juga letak dalam blog. Promosi besar2 karnival nusajaya hari tu, ada iklan kat tv. Kat paper pun ada. Teringin la juga nak pergi kan. So decide nak pergi hari ahad. Sebab sabtu suami kerja. So nak jalan pun kene juga tengok time table dia.

Ahad kitorang pergi dalam kol 2 lebih juga. Sekali amik kau.. Punya la ramai orang.  5km lagi dari tempat karnival da jem teruk. Pergh.. Memang ramai la orang datang.. Da la tersangkut dekat sejam dalam jem tuh! Last2 decide tak payah singgah la. Sebab terlalu banyak kereta dan kalau kitorang dapat masuk pun...confirm nanti susa nak keluar. Sebab banyak orang park ganding2... Memang menyusahkan la..

Geram pulak aku sebab,tak dapat masuk.. Tengok dari luar je..hmm

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, September 17, 2012

LAST DAY CUTI2. ESOK START KERJA

Hari ni last day cuti2 malaysia..hehe sekali cuti kawin. So esok da start bekerja semula. Macam tak cukup je cuti ni. Best2.. Kuikuikui...

Semalam jalan2 legoland. Husband(janggal la pulak nak tulis husband) ada belikan annual pass. Wow. Memang cantik dan best. Serius memang sesuai untuk family yang ada anak2 bawah 12 tahun la. Sayangnya aku takde picture nak upload. Sebab ingat nak pakai picture dari kamera husband. Dan dia pun blom transfer lagi. Nanti la. Semalam aku pun tak de la main apa pun. Sebab ramai benar orang yang menunggu. Jadinya suggest kat husband kita just jalan2 nnti kita pegi main weekdays.. Oppss cuti time keje then pegi main legoland. Baru la puas hati sket. Orang pun tak ramai.. Ye ye jekk..

Berbangga juga sebagai rakyat malaysia..kita ada legoland. Nusajaya pun bakal membangun dengan rancaknya. Wow aku dah bercita2 nak main kat legoland ni.. Nanti try cari masa...daaa

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 16, 2012

RINDU NAK MENULIS, DIY SIREH JUNJUNG

Lama betol aku tak menulis. Terasa rindu pulak. Tapi pada masa yang sana terasa macam masa tak cukup.. Setelah bergelar isteri...wow..

Yer.. Tepek gambar sekeping.. Saat bersiap untuk majlis pernikahan...syukur semua majlis berjalan lancar. Walaupun pelamin ada sikit kekurangan (lampu tak hidup) tapi ok la.. Aku puashati..

Kali ni aku nak tulis pasal DIY sireh junjung. Dulu waktu tunang aku guna daun sireh hidup. Tapi pada aku....agak susah nak jaga sireh hidup ni. Dia senang layu. Jadinya aku decide kali ni, time nikah, guna sireh plastik pula.. Senang je rupanya diy sireh junjung ni. Tambah pulak dengan bantuan pakcik google.

Mula2 search image kat google. Yang mana berkenan. Kemudian prepare barang2 macam dulang,sireh plastik,lidi,tape,manik2 ker...peniti...lepastu berpandukan image google tu..gubah la sireh junjung. Dan terhasillah gubahan sireh junjung aku yang tak seberapa tu..senang kan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 9, 2012

SIKIT GAMBAR HANTARAN

Nak juga letak sikit gambar hantaran.. Sejadah plus qur'an dengan tuala plus mandian...style campak2 biasa la aku kan.. 

Ok layan tu dulu.. Ni semua diy. Jimat dan cepat. Cuma kena tahan telinga la kot2 dengar orang komplen ke hapa. Senang jer buat dia ni.. Tuala ikat dengan riben. Sejadah n qur'an pun ikat dengan riben...main ikat2. Lepastu campak dalam dulang. Opss qur'an tak boleh campak yer...letak elok2. Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.9

BEBERAPA JAM LAGI..

Tinggal beberapa jam jer lagi.. Tapi aku masih tak tdo2.
Baru siap berinai tangan.. Perasaan nak jadi isteri....hmm tak terkata..semua ada. Harap2 esok berjalan lancar la...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 1, 2012

HANTARAN BAJET

Tarikh nikah cuma tinggal beberapa hari jer lagi ni. Tapi rasa aku semua preparation dari segi bridal,aturcara,hantaran sudah hampir siap la. Tinggal lagi preparation dari segi emosi, macam mana perasaan aku setelah selesai akad nikah nanti. Aku pun tak tahu. Sekarang ni rasa kosong,kosong kosong.. Haha ngada2...

Cakap pasal hantaran ni. Bajet aku memang tak besar pun untuk hantaran. Ikut hati aku, ada pun tak pe, tak ada pun tak apa juga. (tapi lebih baik tak ada kan...haha) tak bagus juga. Nanti apa orang kata. So buat juga sikit2. Gigih aku memikir gaya mana nak buat bab2 hantaran nih, nak sewa ker, nak beli diy sendiri ker.. Fikir punya fikir, last2 decide nak diy. Tu pun fikir lagi.. Diy yang simple2 je sudah.. Sebab pengakhirannya, buang juga segala hiasan tu nanti. Isk2..tambah pula bila aku compare harga diy dengan sewa, elok lagi diy. Walaupun mungkin hasilnya tak secantik kedai,bole la....(sila hargai usaha sendiri yer nani...)

Maka berbelanja la aku lat kedai hiasan beli apa yang sepatutnya. Kali ni hantaran dari aku ada 7 dulang. So pihak lelaki adalah 5 dulang. Dulu waktu tunang,aku terima 3 dulang. So aku just recycle jer balik 3 dulang tu,tambah hiasan sikit2. Balance yang 4 tu, aku pakai bakul,lekat atas polisterin gabus. Jimat tak jimat juga la. Habis dalam RM500 beli barang2 riben,gabus,bakul,gam,bunga dan segala barang hiasan. Nasib aku beli 4 jer. Fuh.. Lap dahi sekejap.

Sebelah pihak lelaki, tak de masalah rasanya sebab aku pun suruh recycle jer dulang hantaran tunang dulu. Jadi untuk hantaran aku akan letak sirih junjung,buah,coklat,kek,kek lagi,mungkin sejadah plus Qur'an...dan juga tuala.. Saja nak cukupkan dulang.. Buat ada2 jer..barang tu semua belum beli lagi. Takpe... Aku akan beli nanti. Lepas balik kerja,singgah la jusco ke...

Pengalaman diy bakul hantaran. Aku bukan la seorang yang kreatif mana pun. Sekadar lekat2 tampal bole la.. Time aku pegi survey barang..kat kedai tu juga ada display gubahan hantaran.. Hmm dari situ la aku cedok idea sikit2.. Tapi susa juga bila sampai bab2 gam2 nih. Terutama gam kain satin tuh. Kena pegang betul2.. Kene iron dulu untuk elak kedut.. Layan jer la.. Bila lagi aku nak merasa buat ni semua..eheh dan aku da faham kenapa charge sewa atau beli siap gubahan hantaran ni mahal. Berbaloi la dengan cara penghasilannya...masa yang diperlukan lagi...memang patut la..huhu. Ok la...malam pun da makin lewat ni. Esok ada beberapa urusan yang penting kene buat. Stop dulu. Next time sambung lagi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

SIMPLYSITI PERFUME

Aku saja jer mencuba tester simplysiti perfume dekat watson. Eu de perfum.. Sedap juga baunya. Last2 aku beli juga. Simplysiti memoire. Lepas test pakai, baunya macam lebihkurang miracle dari lancome.

50ml harganya RM60.80, mahal ker murah?.. Affordable la kan...bole jer kalau nak terus guna. Rekaan botol pun menarik..sekali beli memang terpikat.

Sekarang aku terpaksa la gilir2 guna perfume bodyshop dengan simply siti ni..layan picture perfume,tapi abaikan background picture.. Eheh

Published with Blogger-droid v2.0.9