Monday, October 26, 2015

TUKAR PELAN LAGI.

Semalam pergi update pelan celcom.
Selama ni pakai mbasic38.
Tapi kene beli additional 2GB data RM30.
Sebab tak cukup.
Bil range RM80-90 juga akhirnya.

Review lagi.
Ok jom tukar pelan.
So kali ni aku pakai First Basic RM85.
Monthly komitment RM85.

Dalam plan ni dia ada pakej internet 2GB+2GB complimentary wifi.
Lepas tu ada 100 minits call +100 SMS to all network.

Jika da habis pakai antara dua yang kat atas tu,
boleh pilih sama ada nak:
3GB internet + 3GB complimentary wifi atau 600 minutes + 600 SMS to all network.
Aku mesti la pilih internet package kan.
Tak bole la kalo takde plan data.
Hua hua hua hua.

So sebab baru je register semalam, dan baru nak mula pakai.
Tak ada apa sangat la yang boleh di review kat sini.
Tunggu la beberapa bulan lagi ker, kot-kot aku nak komplen ke kan.

Okey hari isnin, biasa la, first day kerja, klise sangat.
Buat je la apa yang termampu.

Sambil pikir malam ni nak makan apa ya?
Mood JIMAT sila ON...
Okey goreng mee saja la.
Bahan rasanya ada tu.
Senang je kan. Sap sap soi, siap.
Daa.

p/s: tak sabar nya hujung tahun. nak jalan-jalan release tension.

Sunday, October 25, 2015

LEMAH LEMAU

Ahad biasanya hari bermalas-malasan.
Sebelum datangnya hari isnin keesokannya.
So hari ni, aktiviti aku, fokus biz online.
Basuh shawl. Eh esok nak pakai shawl baru la.
Free gift dari mak stokis. hehe

Pos barang, update page, update IG.
Gitu je la.
Petang pulak ada COD.
Aku yang kene COD sebab adik aku tak sempat.
So takpe la. 

Pagi, sarapan roti jala, beli dekat pasar. 
As usual.
Sarapan dah pukul 9 lebih, so aku boleh masak lambat.
Rehat-rehat, siap basuh shawl semua.
Golek-golek depan tv.
Tup-tup lapar.

Tengok jam pukul 210 ni. 
Kang petang pukul 4 da janji nak cod.
Perut lapar ni.
So???
Golek lagi.
Pertimbangkan pro dan cons.
Makan luar atau masak sendiri.
Kalo makan luar, nak bersiap lagi.
Nak gerak lagi.
Okey pikir lagi.
Tengok jam 215.
Cepat-cepat.

Last-last.
Okey masak nasi, goreng bayam, goreng fish nugget.
Tung tang tung tang.
Pukul 3 da siap makan.
Cepat kan.
Paling penting, dapat berjimat.
Jimat cermat amalan mulia.
Dan dan.
Bye.

Saturday, October 24, 2015

DEMAM KEPIALU, HATI-HATI

Lately ni ada issue pasal demam kepialu.
Demam kepialu ni disebabkan oleh bakteria yang mencemari makanan dan minuman.
So aku gelabah juga.

Sebab aku skang ni da masuk mood malas masak.
Kalau dulu seminggu sekali makan luar.
Now boleh sampai 3 hari straight makan luar.
Amboi, duit, silakan mengalir macam air ya.

Kekadang rindu rasa nak makan masakan sendiri.
Macam rasa sedap sangat kat tekak aku.
Eh tapi makan luar pun sedap juga.
Tepuk muka sendiri. Bye.

Jadi aku cuba la gigih balik pada keadaan dulu. Masak.
Malam tadi dinner, aku masak mee hoon singapore dan popia goreng.
Hari ni lunch, aku masak kurma ayam dengan sawi goreng.
Itu je yang ada dalam peti ais. Okey tak pe.
Janji ada bahan nak masak.
Malam ni pulak, tak tahu nak makan apa.
Tengok draft plan, oit.. PASAR MALAM??

Ooh so da memang plan nak beli dekat pasar malam.
Choiii mengada sangat.
Kata nak masak tadi kan.

Okey kat sini nak share sket info maybe berguna untuk kita semua.

Simptom demam kepialu:
Keletihan
Demam
Cirit birit
Muntah
Sakit perut
Sembelit
Sakit kepala

Kaedah penyebaran demam kepialu: melalui pengendalian makanan dan minuman.

Komplikasi akibat demam kepialu:
Pendarahan dan kebocoran saluran penghadaman
Keradangan otak
Psikosis

Antara langkah pencegahan:
Minum air yang dididihkan atau dibotolkan
Elakkan makanan yang tak dimasak
Amalkan kebersihan tangan yang baik.

Aku sangat memahami la, keadaan orang yang rasa mcam tak sempat je nak masak.
Dengan beban kerja hari-hari. Penat lagi. 
So kalo nak beli makanan dekat luar tu, hati-hati.
Dan doa banyak-banyak.
Moga-moga kita tak de terkena demam kepialu ni.

Okey da panjang entry ni.
Hari ni ada aktiviti lain lagi..
So nak kene bersiap. Sambung nanti. Bye.

Thursday, October 22, 2015

KAD DAN RUMAH LAGI.

Kesian tengok blog ni.
Makin sendu.
Segan je.

Beberapa hari lepas, masa lalu plaza tol.
Touch touch kad, palang tol tak naik.
Aik pelik ni. Cuba lagi.
Tak naik juga.

Tengok balik, owh rupanya kad petron.
Bukan kad touch n go.
Cis...
Keliru sudah.

Ada satu kisah ni, aku da lupa bape lama.
Tapi takde lama mana pun. Baru je.
Exact time tu, aku jadi lupa.

Nampak lori berhenti dekat depan jiran selang dua buah rumah.
Eh nak buat apa ni. 
Ok rupanya tukar gate sey..
Cantik-cantik..(dalam hati)

Beberapa hari lepas tu.
Jiran sebelah rumah.
Tanya encik suami.
Boleh ke kalau dia nak pasang awning.
Okey awning.
Hmm takde masalah rasa.

Lepas tu da bape hari ni.
Aku nampak ada satu rumah dekat jalan depan sana.
Pakai gate baru.
Kegilaan apakah ini??
Dok tengok-tengok rumah orang plak.
Takpe takpe.
Rezeki. Turn dia dah sampai dah.

Abang, bila agaknya turn rumah kita??
Okey bye.