Thursday, December 12, 2013

RUMAH BARU- PASANG GRILL.

Lama tak update blog yer.. Kurang rajin tiba2. Ok sebab mood nak buat keje pun kelaut, gara2 selsema yang mula nak melanda..


Maka meh la kita chit chat pasal rumah baru yer.. Ooo progress rumah baru aku: Grill da hampir siap pasang. Tapi ada beberapa tingkap still pending sebab kedai tu silap ukur. Yang ni encik suami cakap la. Aku kan buat donno je. Memang tak amik tau. heheh yang penting rumah ada ada grill. Ko bole macam tuh?

Ni ada la gambar encik suami share kat aku. Sebab waktu dorang pasang grill, aku sedang bekerja! Choi btol la.


Ni grill bahagian pintu.


Yang ni bahagian tingkap ruang tamu.


Ni pulak tingkap area tangga. Waktu pasang grill ni, tengok tu meter TNB pun tak pasang lagi. Haih.. 

Untuk grill kitorng pilih kaler putih. Pattern macam tu la. Segaris2... Kedai ni pun buatan nampak macam ok..

Bab grill hampir settle. Lepas ni plan nak pecah dapur pula. Ok update next entry. Daa

Wednesday, December 4, 2013

MUSIM HUJAN.

Lately ni kan musim hujan. Hujan renyai2 yang berterusan. Macam malam tadi,hujan tak berhenti sampai pagi ni. Bila hujan macam ni, nak drive kereta
pun kena dua kali berhati2 dari biasa. Penglihatan terhad. 

Dan setiapkali hari hujan, ayah aku akan sms aku: 


Sangat menyentuh hati aku ok. Walaupun aku tak tinggal serumah lagi, dia akan tetap sms aku just to inform that. Kasih ayah memang tak ternilai.

Monday, December 2, 2013

KALAU TERTINGGAL HANDPHONE, NOMBOR SIAPA YANG PALING DIINGATI.

Pagi ni kan hujan renyai2. Kalao sambung tidur alangkah damainya. Ha ha. Tengah drive pergi kerja, terdengar topik kat radio- seandainya handphone tertinggal kat rumah, nombor siapa yang paling di ingati?

Ramai pemanggil jawab- memang tak kan tinggal handphone punya la. Sebab handphone zaman sekarang ni ibarat nyawa. Kalau tak belek2 setiap masa, tak senang duduk dibuatnya. Sedar tak sedar je kan.. aku sendiri pun sama, buat kerja kat opis, sambil2 mata jeling2 handphone- macam skang pun update blog sambil buat kerja.. haih.. ada tak orang yang sama perangai macam aku..

Tapi seandainya aku sendiri tertinggal handphone, nombor yang aku ingat mesti la no ayah aku. Hehehe walaupun ayah aku ada banyak nombor, mungkin sebab aku dah terbiasa dari kecik menghafal nombor dia, jadi aku memang senang ingat nombor ayah aku. Nombor encik suami? susunan nombor dia agak pelik pada aku jadi mintak maaf la abang yer.. tak ingat nombor. Tapi aku boleh kenal nombornya kalau aku nampak. Hah  gitu la kalau situasi macam ni terjadi ke aku..

Apa sebab aku kurang ingat nombor? Sebab dulu2 setiapkali nak dial aku kene tekan2 button nombor. Dulu aku tak de handphone sendiri. Hanya pakai telefon rumah atau pun public phone. Sekarang ada handphone, bila nak call, just select nama, terus dial. Memang la tak kan ingat nombor punya. Beza kan hidup dulu dan sekarang? Tiba2 je.. ok la.. 

Sekian saja update kali ni. Sambung buat kerja pulak. Da nak dekat waktu balik baru la bersemangat. Apa daa.. Semangat nak balik kot. 

Sunday, December 1, 2013

BULAN BERAPA.

Kawan aku share picture ni dalam group whatapps.. Bulan berapa korang lahir??


Saturday, November 30, 2013

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE.

Aku selalu risau bila aku ada tanda2 nak selsema. Time tu la cepat2 aku standby vita c plus shaklee. Waktu vita c plus ni blom ada kat pasaran, aku makan vitamin c cosway. Satu lagi yang penting yang mesti ada pada aku- performance drink shaklee. Meh aku share info pasal performance drink shaklee.

Performance drink shaklee ni ialah minuman hidrasi, membantu bendalir dalam tubuh kita supaya tidak hidrat (kering) dengan terlalu banyak. Selain bantu mengelakkan dehidrasi, dalam masa yang sama ia juga membantu mengawal paras cecair dalam badan, sekaligus mengelakkan masalah badan kurang air.

Fakta nutrisi:
1. tidak mengandungi lemak atau kolestrol
2. hanya mengandungi sodium, potassium, karbohidrat
3. tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna dan pengawet tambahan

Antara kebaikan Performance Drink
1. meningkatkan daya ketahanan badan
- beri tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
- gantikan air yang hilang
- meningkatkan daya tahan otot, membantu memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh (khususnya atlet sukan)

2. mencegah penyahidratan
- kurangkan rasa haus
- elak hidrasi
- melembabkan kulit
- membuat kita rasa kurang penat

3. mengekalkan paras gula.
- memelihara paras gula dalam darah, penting bagi tenaga otot
- kekal stabil paras gula untuk mempercepatkan proses penyembuhan akibat kecederaan otot

4. membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal.
- mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh
- mengimbangi metabolism dalam tubuh untuk kekal sihat cergas seharian

Performance drink ni sesuai untuk:
• mereka yang aktif bersukan
• mereka yang berpuasa, di ambil semasa sahur dan berbuka.
• ibu yang menyusukan anak
• ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat morning sickness dan tiada selera makan
• mereka yang kurang minum air
• mereka yang kerap sakit kepala
• bila rasa nak demam atau sedang demam
• mereka yang menghidap gout


Aku biasa minum performance drink dengan ESP pagi2 tiap2 hari. Kekal bertenaga sampai waktu lunch. Tapi bila waktu demam atau selsema, just bancuh dengan air sejuk saja. Memang sedap. 

Ok itu je perkongsian. Kalao nak cuba, pm/whatapps. Daa..
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

PELANGI, BUBUR KACANG, PAMERAN HARTANAH & AYAM BAKAR.

Semalam balik kerja hujan panas. Tiba2 jer.. Separuh perjalanan nak balik rumah. Lepas je tol skudai, aku ternampak pelangi. Eh eh cantiknya. Jakun sekejap. Lama aku tak nampak pelangi.. Kagum betul. Ingat nak berhenti kereta, tangkap gambar. Tapi bahaya ok. Sebab kereta banyak... Jadi sambil drive sambil aku jeling2 tengok. Suka pulak rasa. Malam tu, kakak aku whatapps gambar pelangi dari area rumah dia.


Serius cantiknya.. wow...Ciptaan Allah.. jarang nampak.. ok tutup cerita pelangi.

Aku sebenarnya tengah fikir. Tau tak, setelah setahun lebih aku dok rumah sewa ni, pertama kali jiran sebelah pintu bagi makanan- bubur kacang dengan durian.


Siap bagi pakai mangkuk kaca lagi. Nampaknya aku kene fikir hidangan untuk membalas. Dah la aku jarang jumpa jiran ni. Sebab kebanyakan masa dia macam tak ada rumah saja. Mungkin kalo nak bagi, kene tunggu waktu malam or hujung minggu.. Isk2..

Ooh ye. Start semalam, ada pameran hartanah bumiputera dekat persada.


So kepada warga johor yang masih tercari2 rumah, bole la datang pameran ni..Harga rumah pun makin lama makin mahal skang. Moga2 ada la rumah mampu milik untuk golongan pertengahan(pada pendapat aku rata2 golongan bumiputera ni adalah golongan pertengahan). Kaya sangat pun tidak, miskin tegar pun tidak. Cukup2 makan saja. Struggle untuk cari duit nak beli rumah.

Hari ni aku tak de idea nak masak apa. Jadi aku just panaskan lauk sambal tumis  semalam. Lepas tu bakar ayam.


Ada juga aku masak lauk tauge tumis air letak telur puyuh dengan tahu. Ni update blog sambil tunggu encik suami balik nak makan. Hihihi

Gaji da masuk. I like.. Tapi bila buat kira2 budget bulanan terus jadi I don't like.. haih.. sabar je.. Ok stop dulu. sambung next entry. Layan cerita P. Ramlee jap- Masam2 manis.. Daa

Thursday, November 28, 2013

CHECKLIST RUMAH BARU.

Lama tak update blog. Macam tak guna je nak salahkan konon takde masa. Sedangkan masa tu cukup je 24 jam sehari, cuma nak tak nak saja..

Ok lately ni fokus memang lari sikit, sejak dapat kunci rumah baru, weekend memang busy. Pergi survey sana sini, baca review blogger..konon nak yang terbaik utk rumah la kan.. memang patut pun. Kitorang pun dah check condition rumah, mana yang boleh kita highlight and complain, kita buat la. Just tanda that area guna marker and masking tape. After one week, developer akan betulkan or perbaiki defect tu semua. 

Sampai hari ni, meter api dengan air blom pasang lagi. Tapi tak sure la minggu macam mana,sebab kitorang belum sempat tengok lagi. Bila datang rumah sana, tengok ada beberapa rumah pun da start renovate, buat beranda la, pecah tingkap la...Oooooo tambah2 tak sabar rasanya. Ceh.

Ada banyak checklist yang aku da prepare untuk rumah baru:
1. Grill- da confirm. Aku minta dia pasang bulan 12.. hehe
2. Kornice hall, dining, master bedroom dengan bilik air master bedroom - da confirm. Dorang akan start keje bulan 1 tahun depan. 
3. Kipas - untuk hall, dining dengan master bedroom, kitorang survey kipas panasonic. Nami series.. Encik suami yang gigih survey. Aku layan saja lah. Tapi aku yakin kualiti panasonic. Ex-employee, memang da faham sangat kualiti or standard jepun nih.
4. Pecah dinding dapur, pasang tingkap,buat table top..Yang ni da survey2 tukang rumah yang diyakini boleh buat..Kitorang pun da ukur2 dimension table top.. 
5. Kitchen kabinet- Mula2 plan dulu, lepas masuk rumah baru buat kitchen kabinet. Tapi rasa tak bole tahan maa.. sudah alang2 renovate, buat sekali one shot..Setelah amik kira idea encik suami dengan aku, bentuk dapur kitorang nanti lebihkurang macam nih..


Gigih ok encik suami dok buat sketch ni. Nampak lagi konfident dari pada sketch aku yang hanya guna pensil dengan kertas. Hmm..Harap2 la dapat buat design macam ni. Ooh satu tips, kebaikan kalau kita ada lakaran design yang kita nak, kita boleh try mintak quotation and compare harga. Kebanyakan kedai boleh bagi free quotation. Info yang dorang perlukan adalah lakaran design dan juga ukuran. Tapi kena juga amik tau apa material pilihan. Sebab tu akan effect pada harga. 
6. Hood, hob dengan oven. Sekarang tengah pening, brand apa jadi pilihan. Review banyak blogger, kata Rubine ok. Check kat kedai, katanya Leben dengan Rubine adalah brand yang customer selalu cari. Dua2 pun ok. Haih... Leben ada promosi sekarang.. Takpe, tunggu nanti homefair 6-8Dis kat Persada. Kita survey habis- habisan.
7. Plaster ceiling dapur dengan bilik air - ini pun akan double confirm again dengan kontraktor yang buat kornice hall, dining dan master bedroom.

Itu adalah checklist yang dah ada progress, maksudnya da start survey, da allocate budget (hopefully).
Still ada lagi checklist yang kitorang belom start apa pun.
1. Langsir, rail langsing, kain langsir - yang ni belom pergi ukur tingkap sana. Maybe hujung minggu ni kot. Kedai langsir pun tak terjah lagi.
2. Window blind untuk tingkap dapur - pun pending, tak survey kedai sebab nak tunggu tingkap belakang siap.
3. Gril tingkap belakang - pun pending sebab nak tunggu tingkap belakang siap.
4. Untuk area yang belom confirm nak renovate macam bilik2 lain tuh, plan just pakai lampu kalimantang dulu, so tak confirm lagi berapa biji lampu kene beli.. 

Eheh cerita pasal progress rumah baru, excited.. Harap2 semua berjalan lancar. Sambung nanti next entry. Daaa...