Belum sempat nak baca lagi.. Tapi moga2 boleh memotivasikan diri sendiri. hehehe ok bawak buku ni pergi ofis, time rehat kang sila start baca yer.. Daaa
Monday, September 30, 2013
KAMI WANITA SUPER.
Terjumpa ada orang cerita pasal buku ni dekat group fb.. Terus teringin nak cari..
Sunday, September 29, 2013
MAGIS-RAMLEE AWANG MURSHID.
Kalau novelis lain punya buku baru, aku still boleh tahan nak beli. Boleh berfikir dua tiga kali. Tapi bila Ramlee punya novel.. Sentap tau kalao tak beli..
Jumpa buku ni pun secara kebetulan. Masuk Badan Cemerlang Angsana, belek2 teringin nak check bahagian buku alaf21. Tup2 nampak Magis ni. Eh eh eh capai satu terus pergi kaunter bayar..
Dari sinopsis belakang, ada 5 watak dalam novel ni- semua dari buku2 Ramlee yang dulu: Saifudin aka Laksamana Sunan/Tombiruo/Ryu-Watanabe/Mikhail/Carlos..
Semua watak tu aku familiar cuma Mikhail dan Carlos aku tak sure watak dari buku yang mana. Mungkin buku yang aku tak beli kot. Opps ada juga buku Ramlee yang aku tak beli. Mungkin sebab aku rasa plotnya biasa saja.. Maklum la Ramlee selalu tulis cerita yang plotnya luar biasa macam kisah Laksamana Sunan dengan Tombiruo.. Sekarang banyak drama adaptasi novel. Aku tunggu juga tak ada ke drama adaptasi dari salah satu novel Ramlee.. Hehehe Modal besar tu kalau nak buat...
Ok sambung baca buku. Sementara ada masa ni kan..sambil layan rancangan JJCM kat tv3.
p/s: Tak tahu apa pasal aku bole up entry lebih dari satu, hari ni.
TERLEBIH RAJIN.
Semalam aku terlebih rajin- macam biasa la sesi menghabiskan stok makanan. Jadi aku masak sambal tumis udang..
Lepas tu aku masak juga sotong kicap. Tapi kicapnya kurang pekat sikit..
Sayur pun aku masak juga: sayur sawi tumis air..
So pergi pasar terus restock bahan2 baru. hehehe semoga bersemangat untuk masak the next next day..
Saturday, September 28, 2013
PINDAH OFIS BARU.
Opps ni bukan cerita pindah kerja baru yer, cuma pindah ofis jer.. Ada niat nk pindah kerja baru- tapi slow2 yer haha..
Aku pun tak berapa sure kenapa kene pindah maybe company nak restructure pekerja atau nak expand business...
Bangunan baru ni nampak ok, semua serba baru, semangat pun baru (kononnya).. so layan picture ni:
Pemandangan belah kanan aku. Bole nampak pokok2 kat luar..Paling suka kalau hujan.. Bole nampak rintik2 hujan.. best2.
Pemandangan belah kiri: Time ni meja tu belom ada yang duduk lagi. Tapi Jumaat lepas ada group da start masuk. So ada orang la sebelah ni..
Dan ini adalah meja aku:
Hehehe tak leh nak amik gambar penuh pulak.. sebab aku malas nak berdiri..
Tak lupa juga gambar aku. Sejuk betul kat ofis ni.. Sabar je la..
Ok da takde apa nak tulis.. Daaa..
Wednesday, September 25, 2013
BUKAN SALAH AKU.
Semalam kisahnya aku makan kat luar- kes malas masak- sebab sampai rumah dah lambat. Lepas tu biasa la jalan jem, kaki pun penat.. fuh..Terus decide makan luar. Tapi hari ni aku akan masak- mihun goreng dengan ayam goreng. Tak lalu nak makan luar- duit mengalir macam air.
Makan dekat restoren biasa je. Dan seperti biasa, duduk saja di meja, pelayan akan datang untuk ambil order. Aku order nasi goreng seafood, encik suami order nasi goreng pattaya.
Tak lama kemudian, satu hidangan sampai, pelayan tu just letak je atas meja. Selang beberapa minit kemudian satu lagi hidangan sampai. Aik, aku da start confuse. Betul ke ini hidangan yang aku order. Tapi dalam diam aku da makan satu keropok dari hidangan yang pertama kali sampai. Nasi tak using langsung, just amik keropok je.
Tanya dengan pelayan- apa da jadi? Mana satu menu yang betul? Dorang double confirm, rupanya hidangan yang aku order adalah yang kedua sampai tuh. Yang pertama sekali adalah hidangan untuk orang meja sebelah. Kata budak pelayan tuh, mulanya dorang duduk kat meja yang aku tengah duduk, tapi last sekali dorang pindah meja. Maka budak pelayan tu pun confuse..
Opss lepas tu pelayan hantar hidangan ke meja orang sebelah. Tak lama kemudian, hidangan encik suami pun sampai. Dan aku nampak hidangan orang sebelah pun semua da sampai. Gugup juga sebenarnya sebab nampak hidangan yang aku dah makan keropok tadi tu ada kat meja orang sebelah. Dorang nampak tak aku da makan keropok tuh? Aku makan pakai sudu ok, bukan pakai tangan.. Nasib baik aku belum sempat usik nasi lagi.. Aku pun tak sangka pelayan bole salah hantar hidangan. Dan aku juga tak tahu apakah bentuk atau rupa hidangan yang aku order sebab sebelom ni aku tak pernah order pun.
Tengah2 aku makan, aku terdengar orang meja sebelah komplen apa tah. Aku curi2 pandang juga tapi tak dengar dengan detail apa benda yang di cakapkan. Lepas tu tiba2 dorang terus pergi kaunter pembayaran. Aku nampak lama juga dorang dok berbincang. Habis cakap jer terus dorang keluar dengan muka masam.
Rasa aku tahu apa yang dibincangkan..Mungkin tak puas hati sebab makanan dorang silap hantar ataupun lambat sampai. Serius kalo aku pun akan rasa bengang dan sakit hati. Aku nampak makanan dorang cuit sikit jer, macam tak luak langsung. Ok fine, sebagai orang yang ada perasaan, aku pun terasa gak- tak sure pinggan yang sama (yang aku da makan keropok dia tu-sekeping je kot-) yang pelayan hidang ke meja sebelah tu atau dorang buat pinggan baru. Bila dah jadi macam ni, aku agak dorang nampak aku da makan keropok dari hidangan tu.
Ok fine walaupun dorang tak kata apa2 dekat aku-sekali lagi nasib baik- tapi bukan salah aku kan sebab aku pun tak sure apakah itu hidangan aku atau tak? Plus siapa suruh dorang tuka meja lepas order makanan??Pengajaran yang aku dapat (in future kene apply asap) bila order makanan, bila makanan sampai, tanya siap2 apa nama hidangan tuh. Da yakin baru makan.. Hmm macam2 hal kan...ok end of story.
Ni nak cerita semalam aku sempat lagi beli karpet baru dekat kipmart tampoi.. hahaha Nampaknya cantik.. Tapi gambar takde pulak nak share.. kumpul duit lagi la, beli untuk rumah baru.. ok daa..
Sunday, September 22, 2013
BEBELAN DI PAGI HARI-TERJAGA DARI TIDUR-
Tiba2 terjaga dari tidur, mimpi pasal kerja!! Nightmare betul. Aku memang selalu macam ni, kerja memang banyak effect pada life aku even diluar waktu kerja pun. Hmm bangun tenangkan hati...
Tak tahu la apakah aku ni kuat sangat bekerja atau efficiency aku makin lama makin kurang??? Sekarang bila dah terjaga, mata pula tak nak lena..
Ok sebab kurang ngantuk, meh kita tulis sesuatu dekat blog. Malam semalam aku ikut encik suami ke KSL City, encik suami memang kaki games- so nak download games baru katanya. Layankan saja lah. Sampai je sana terus cari lot parking, sebelom2 ni memang biasa parking basement level1, tapi aku tak tahu apa kena dengan area situ, bau kurang menyenangkan!!!! Macam bau loji kumbahan!!! Memang tak tahan dibuatnya.. Sampai sesak nafas. Siap kena tutup hidung.. Tak faham dengan sikap pengurusan bangunan, tak de ke apa2 tindakan nak menangani masalah ni?? Payah2.. Memalukan betul. Sudahnya kitorang parking dekat level5. Selesai urusan, cepat2 keluar, perut pun da lapar, singgah restoren angah DC pekena chicken chop satu.. kuikuikui
Ni nak cerita pasal internet pulak. Aku dengan internet tak dapat dipisahkan. Sekarang kan zaman maklumat di hujung jari jadi celik je mata aku memang akan capai ipad lepas tu online apa yang patut, ehehe buruk perangai aku rasa. Tapi aku takde la addict sangat macam nak ber twitter or instagram bagai..just blogging saja.. Makanya kalau line internet tiba2 jadi slow, memang hangin la satu badan..Yang jadi masalah- bila terlalu asyik online kadang2 tak sedar masa berlalu.. tup2 eh da pukul 7, eh pukul 8, eh pukul 9.. Nak2 kalau hari cuti, tak tengok tv tak apa, janji bole layan online.
Untuk elakkan aku terlampau leka, so aku disiplinkan diri aku tiap2 cuti hujung minggu. Sabtu ahad lain sikit berbanding hari biasa, waktu ni la dapat buat aktiviti kemas rumah, cuci toilet dan sebagainya.. Cara yang paling berkesan adalah off terus internet waktu aku buat2 kerja rumah. Kerja rumah didahulukan, siap semua baru on balik.. Dan nampaknya cara ni agak berkesan pada aku.. haha
Aik banyak benda da tulis ni tapi mata makin lama makin segar pulak.. Nak kene tido ni.. ok stop bebel dulu, kang sambung lagi..
Saturday, September 21, 2013
MAKANAN TENGAH HARI.
Hari ni aku masak kobis goreng, daging masak kicap dengan sup ayam. Yang ada dalam gambar cuma daging dengan kobis je, sebab time aku snap picture ni, sup tengah reneh dalam periuk. So snap je apa yang ada.
Ni kes nak habiskan stok dalam fridge la ni. Tu ada lagi ikan 2-3 potong, udang sotong. Walaupun aku tau dinner aku skang dah tak makan nasi bagai, tapi still juga aku beli barang2 basah macam biasa.. Hujung minggu mula la gelabah nak habiskan stok. Padahal makan dua orang je.. konon2 aku nak masak pagi2 sebelom pergi kerja- nak bawak bekal la. Tapi takde nya. Sebab ngantuk. Kadang2 aku rasa malas nak makan nasi kat kantin sebab bila aku makan jer, terus sakit perut. Cettt. menyesal sungguh.
Kobis goreng hari ni takde letak telur. Sebab tengah2 masak check2 rupanya telur da habis.. Masak je la tanpa telur.. letak suhun. Dengan lada sulah sikit. Jadi la...
Esok plan nak masak sotong dengan udang, alamak baru teringat ada isi ayam sekali..Isi ayam masak masam masis pun ok gak rasanya.. Ish2 kalao cerita pasal makan, memang tak habis la.. Stop sini dulu, nanti kang sambung bebel lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)









