Sunday, October 27, 2013

PERKONGSIAN INFO TENTANG KOLAGEN.

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
1. Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
2. Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
3. Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
4. Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
5. Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI KOLAGEN
  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan  tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan
KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN
  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleMbabkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

BELI RUMAH MAHAL, TAK SEMESTINYA PAKAI BARANG RUMAH YANG MAHAL2.

Ada seseorang tanya aku, berapa harga rumah yang aku beli. Jujur je aku jawab, total harga. Orang sebelah sana pun-wow rumah mahal, mampu beli.. So barang2 dalam rumah kene la pakai yang mahal2 baru lah meletop.

Persoalannya apa pengertian mahal pada kau? Aku rasa mentaliti yang sebegini memang harus dihapuskan dari minda orang2 kita. Sebab orang yang macam ni, seperti tak bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki dan nikmat yang diterima depan mata, dia tak nampak. Sibuk nak tengok apa yang orang lain ada.

Memang mahal harga rumah yang aku beli- ini pendapat aku sendiri. Kalau ada pilihan lain, andai ada rumah yang jauh lebih murah, lokasi yang sesuai, memang aku akan pilih rumah murah. Tapi apakan daya, memang tak ada. Malah sepanjang proses pencarian rumah (sebelom aku kahwin dulu) harga rumah memang dalam range harga yang aku beli sekarang. Dan berita mengejutkan yang aku terima dari staf developer, harga sekarang untuk lot bumi memang lebih tinggi, malah tinggi dari rumah aku!! (rumah aku international lot)

Aku macam tak boleh terima (sampai saat ni) bila mana dia describe, rumah mahal, takkan la nak pakai barang murah.. Eh eh eh ada aku kisah ke pakai barang mahal ke murah?? Asalkan boleh guna, selesa dan aku suka. Aku dah cakap, kalao ada pilihan rumah yang lebih murah, memang aku beli saja yang murah, kurang sikit beban kewangan. Tak dek takde pilihan, sebab rumah adalah keperluan, pejamkan mata saja lah membayar ansuran tiap2 bulan.

Tahu tak betapa aku gigih tahan sabar bekerja untuk dapat gaji nak bayar hutang rumah tiap2 bulan? Jadi tak perlu la nak judge aku- compare harga rumah dengan barang yang aku pakai. Ini tak adil ok. Kalau sesekali ternampak aku pakai barang mahal- which is impossible sebab semua barang kegunaan aku memang style yang murah jer..anggap la tu satu reward pada diri aku sendiri atas apa yang aku dah kerjakan.. Aku pun perlu manjakan diri dengan beli barang sebegitu, sekali sekala ok la kan...Asalkan tak mengganggu monthly expenses aku. 

Lumrah dunia, manusia ni ada macam2 ragam. Silap cakap boleh terjadi silap tanggapan pulak pada aku. Moral of the story, jangan jadi jujur sangat. Diam ada lah  lebih baik dari bercakap. 

Ok, panjang da luahan aku hari ni, sekian..

MOTIVASI HARI NI.

Kata2 motivasi,copy dari fb Freedom Ladies..


SHAKLEE: LAGI TENTANG ESP

Lagi kebaikan Shaklee ESP..









Saturday, October 26, 2013

SHAKLEE: KEISTIMEWAAN ESP DAN SIAPA YANG PERLUKAN NYA.

Antara keistimewaan ESP Shaklee adalah
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Ia di proses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.
Siapa yang perlukan ESP?
1. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : Sebagai energy booster jika diminum pagi2 terasa energetic dan tak rasa lapar sangat. Ini pengalaman aku sendiri. Setiaphari aku akan bancuh dua sudu ESP shaklee dengan ribena, kemudian minum serta makan 2 keping roti kosong. Consider breakfast la tu. Time start buat kerja, memang rasa energetic, takde lapar sampai la ke waktu lunch. Hari aku memang tak akan lengkap kalao tak minum ESP pagi2.
2. Lelaki : Melindungi daripada penyakit
3. Ibu mengandung : For a healthier pregnancy, membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil.
4. Ibu yang menyusu : Membantu menggalakkan dan mengekalkan pengeluaran susu. Pengambilan ESP secara konsisten sepanjang penyusuan susu ibu dapat membantu perkembangan fizikal bayi secara sihat.
5. Wanita : Untuk mengekalkan keanjalan kulit. Lebih elok kalau add in kolagen.. hehe awet muda..

Ok setakat tu saja perkongsian kali ni.. 

BEBEL LAGI.

Lama sudah rasanya tak update blog. Baru2 ni aku sempat la karang satu entry. Sekali entah macam mana, entry tu hilang tanpa sempat di publish.. Ok.. tu memang malang. Kuikuikuikui

Hari tu aku repeat order shawl hana bella.. Sekali waktu barang sampai, tak de orang pulak kat rumah mak aku. Makanya kene amik dekat pejabat pos laju la jawabnya. Terfikir nak wakil kan adik aku.. Busy kerja kan, tak ada masa nak pergi sendiri.. Pelik juga sebab aku repeat order shawl ni, tetiba aku rasa ooh mudahnya pakai shawl, lilit2 pin kan saja.. (baru la terasa mudah kan) Sebelom ni dok fikir, alahai susahnya nak pakai.. Tapi sekali cuba, rasa ok jer rupanya.

Baru berapa hari bulan, adoi lambatnya nak gaji nih.. Apa la kilang aku ni, bayar gaji ngam2 hujung bulan, kilang dulu, 25hb je gaji dah masuk, lepas tengah bulan pokai balik, hahahah..Dalam fikiran dah terbayang list barang2 yang nak dibeli.. Opps tapi sekarang ni kene utama kan keperluan untuk rumah baru..Hmm pening2.. Fikir positif.. harap2 semua urusan dipermudahkan nanti..

Bajet 2014 yang baru2 ni, aku tak dapat dengar keseluruhan. So aku download teks ucapan bajet, sekarang tengah gigih baca.. Nak check ada tak benefit untuk aku.. Kalo tak ada... haaa memang la....ceh..

Ok stop sini dulu. Next time aku bebel lagi. Daa..

Sunday, October 20, 2013

BEBELAN BILA DITINGGAL PERGI.

Encik suami pergi training dekat Melaka 3 hari, jadi aku balik rumah mak aku. Tdo sana terus, tak nak la kan aku tinggal rumah sorang.. Duduk rumah mak adalah lebih baik, makan senang, ada orang bole ajak borak2..Lepas tu tak de la sunyi sangat. Ni paling best aku rasa, dapat tidur balik atas katil dalam bilik sebelum aku kahwin dulu..wowo..Adik aku siap cakap- tak bole blah bila nampak aku datang sambil angkut 4 biji bantal!! (2 besar 2 kecik).

Tapi miss encik suami, ha ha kawan borak, kawan berangan, kawan mengusik..kuikuikui.. Oooh cepat la hari rabu...

Aku dah dapat kunci rumah, dah masuk tengok2 rumah. So far, syukur akhirnya dapat juga kitorang pegang kunci rumah sendiri, selama ni dok pegang kunci rumah sewa jek..uikuikui.. Tapi banyak urusan yang kene selesaikan sebelum dapat pindah rumah baru ni.. Target: tahun depan mesti da pindah.. So skang ada masa dalam 2 bulan gitu kalau nak renovate apa yang patut...Harap2 semua berjalan lancar nanti...InsyaAllah..

Esok da hari Isnin. 3 hari dalam minggu ni nampaknya aku berbaju kurung la. Sebab aku malas nak angkut banyak2 baju balik rumah mak ni. Kang satu hal pulak nak berangkut balik rumah sewa..Kene tahan sikit je sejuk aircond tuh..Kasut pun da prepare siap2.

Ooh lupa, balik rumah mak ni, makan sedap kan.. hari ni mak masak laksa penang.. Terbaik la.. memang sedap... Kenyang perut, mata pun ngantok.. baring2 ni, kang mesti tertdo.. Nasib baik dalam bilik ni ada tv adik aku- siap astro lagi.. Ok waktu nak layan tv sambil berangan rumah baru.. yuhuuu...zzzz... Daaa....