Sunday, November 27, 2011

AZAM BARU TAHUN BARU HIJRAH...

Hari ni aku duduk rumah jer, tak keluar jalan2 pun..hebat x? he he
Baru habis separuh baca buku hlovate: contengan jalanan. Kisah I-Fend. Mula2 agak pening juga nak baca buku ni. Sebab cerita dia separuh2..Lepastu terbalik2 pulak..Erk..boleh imagine tak? Kalau tak bole, sila beli buku tu yer..(aku pun pinjam jer dari member)

'The man who decided to change on the 12th hour dies on 11th'

Ayat ni yang aku baca banyak kali dalam cerita ni. Kerapkali aku jumpa.. Buat aku terfikir2. Apa maksud yang tersirat yang boleh aku dapat.

Ada tak sipi2 kene dengan diri aku.. 'The man who decided to change...' Semua orang nak berubah..Berubah kearah kebaikan yang pastinya..Dan bila kita mula berniat nak berubah, kene juga ada effort..Takkan main pakai niat jer..Pastu kau buat bodoh jer..Tak berguna juga..
Kene ada driving force dia..Supaya ko bersungguh2 nak berubah..Paling utama sebab apa kau nak berubah..Berubah la kerana Allah..Sebab kalau kita ikhlas, ganjarannya besar...

'on 12th hour dies on 11th' Erk...seseorang yang ada niat untuk berubah tapi tak sempat melakukan perubahan tu? Serius, aku tak nak jadi macam tu.Harapnya aku tak la jadi macam tu..Terkilan nanti..Tapi takdir Allah siapa yang tahu kan...

Tulisan hlovate ni, memang membuka mata aku. (tiba2 jek..) Dalam cerita ni dia memang tak tinggal sisipkan tafsir qur'an atau hadis2.. Sungguh, enjoy reading it..Banyak makna yang aku dapat..

So, sempena maal hijrah ni, Aku pun nak berjanji pada diri sendiri..Nak listkan satu azam..yang tak perlu la aku nak huraikan berjela kat sini..kang nanti ada yang kata aku menunjuk2 pulak..Biar aku je yang tahu..Yang penting ikhlas untuk berubah..InsyaAllah..so..keep move on nani...

No comments:

Post a Comment