Dah 5hari masuk bulan February baru aku terkial2 nak update blog..Hmm pemalas betul aku lately ni..Klise. Bila nak jadi rajin ni..Ha ha ha
Banyak benda aku buat, banyak cerita nak update blog, tapi..nak menulis tu berat..Pemalas disitu.
So persiapan kawen, aku dah booking bridal, setelah aku survey sana survey sini...Last2 encik tunang biarkan aku decide sendiri..Ha ha Dah fikir masak2, tolak campur bahagi darab, aku decide booking Rozaini Bridal.
Gigih la semalam, aku pergi pameran pengantin sekali lagi dekat angsana tu..(hari ni kan last) So aku booking terus tarikh siap2. Hmm pekak telinga aku nak dengar explanation dari wakil bridal(aku dah dengar 3kali explanation termasuk kali ni) so aku dah faham serba sikit...Bayar terus la booking. Lagipun time tu, ada show apa tah dekat pentas utama, dah la booth bridal ni betul2 sebelah pentas utama. Ok selesai sudah satu perkara. Cuma aku kene confirmkan pasal color lagi sekali. Tunggu encik tunang punya reply sampai skang dia tak reply2 lagi checklist aku..Tak pe. Aku sabar. Ada masa lagi kan...
Photographer juga in progress.. Tengah survey, dan minta quotation, bila dah dapat harga, ingat nak booking terus juga..Senang.Tak payah pening kepala, nak fikir2 nanti..Sekali lagi, perangai malas aku terserlah..Ok habis cerita pasal kawin ni.
Hari ni aku pergi mydin anjung dekat nusajaya. Saja jalan2..Nak tengok2 apa yang ada..Aku pergi lalu highway nusajaya, maka lalu la aku dekat area puteri harbour, kota iskandar sana,ledang height...Masuk kawasan medini iskandar sana..Hmm Memang giat pembangunan kat sana. Bole maju kawasan tu..
Rupanya besar juga mydin anjung tu. Bila aku masuk dalam,rasa macam masuk pasaraya giant pulak..Hehe, dari segi harga, ada barang yang murah, ada juga yang mahal..Pro & cons la kan...Macam sabun,coklat,murah la...So memang aku tiga beradik, membeli sakan la..Conclusion kitroang, lain kali boleh datang beli kat mydin anjung lagi..
Dah puas berbelanja, time for makan2..Gila tak makan..Lapar betul..Sudah la time nak membeli, barang dah la banyak..Lepastu aku tak nampak pulak disediakan bakul...Yang ada bakul yang bole tarik2 tu..Aku pandang adik tengah aku, dia pandang aku..'Malu la nak tarik' dia cakap..Cis aku juga yang kene tarik.. Sampai nak terbalik bakul tu aku tarik..HA ha dasar jakun disitu..Hmm
Habis makan, perut kenyang..Balik la...Lalu jalan lima kedai...Tapi jalan tak elok sikit..Ala2 kampung...Elok lagi lalu highway..Condition jalan baik..hmm
Ok penat menulis dah. Mata pun da mengantukk ni..Tunggu masa jer nak melelapkan mata. Cuti ada lagi dua hari ni..Apa nak buat....
No comments:
Post a Comment