Aku sebenarnya kurang jelas apa motif perhimpunan bersih dari bersih 1.0 sampai la sekarang heboh bersih 3.0. Tapi berdasarkan apa yang dilapor kat tv,paper, sebagai rakyat malaysia, aku malu tengok orang merusuh,lawan polis,terbalik kan kereta polis,ketuk cermin semua. Tindakan yang macam ni seolah2 macam dorang ni dirasuk. Dah tak ada langsung akal pertimbangan yang waras. Macam bukan manusia.
Bersih menuntut pilihanraya yang adil. Tapi perhimpunan yang dianjurkan tu adil ker? Sampai menjejaskan perniagaan pusat membeli belah,pemandu2 teksi,kedai2 kecik kat jalan TAR sana.
Kita negara ada undang2. Kalau kita menuntut sesuatu,guna la cara yang betul. Saluran yang betul. Jumpa pihak yang berkenaan,dan berbincang. Bincang sehabis baik. Bukan dengan cara demonstrasi(udah macam negara jiran pulak aku tengok) merusuh kepungan polis,mengeji,provokasi..orang yang buat atau join bersih ni,orang yang tak hormat pada undang2. Polis pun dorang boleh perlekehkan.
Ni pihak pembangkang la punya agenda. Nak buruk2 kan kat media luar pasal keadaan politik semasa malaysia. Oppss aku dah tercerita bab politik pulak. Tapi seriously aku muak dengan politik ni. Masing2 ada kepentingan masing2.
Da jadi macam ni,siapa yang nak bertanggungjawab atas kerosakan dan kecederaan anggota polis?? Paling aku tak boleh blah,bila nampak golongan perempuam berpurdah duduk join sekali perhimpunan tu. Korang semua paham ker apa yang diperjuangkan?? Itu ke wanita muslimah? Ada lagi. Aku juga nampak kanak2 siap pakai baju kuning ada tulis 'bersih' lagi. Simpati betul aku. Dorang semua mangsa ibu bapa yang terikut2 untuk mencari publisiti murahan.
Kesian aku. Entah2 lepas ni ada sambungan bersih 4.0 5.0 seterusnya.
Lepas ni kalau ada perhimpunan haram lagi,cadangan aku,panggil angkatan tentera suruh jaga dan bersiap sedia. Orang yang buta undang2 ni takpayah kita nak layan baik2. Lawan cara keras.
Oh lupa nak cakap, kat berita melaporkan mereka2 yang ditahan polis tu semua dibebaskab atas jaminan polis. Satu lagi,sepanjang tempoh tahanan polis,mereka2 tu diberi makanan dua kali!!!!! Korang2 yang makan tu. Ahli bersih tak nak persoalkan ke 'keBERSIHan' makanan yang korang makan?? Menyampah aku. Kalau aku,tak payah diberi makan lansung. Biar kebulur. Heh.
Monday, April 30, 2012
BERSIH 3.0
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko memang suke ea jadi penyokong pembunuh altantuya??? ish2 kesian.. ngok ngek betulla balaci kerajaan ni.... xpham xpyh ckp!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete