Friday, May 11, 2012

JANGAN CEPAT MENGHUKUM

Training da habis untuk hari ni. So aku pun tidak la ada benda nak buat. Jadinya aku duduk2 jer la. Depan komputer (nasib ada komputer) kalau tak, keras kayu la aku disitu.

Perut pulak terasa lapar. Eeee bukan ker tadi aku baru makan lunch? Cepat betul makanan hadam. Sekarang sudah lapar balik. Perut spesis apa tah. Huhu mengada2 betul. Nak makan biskut..tengok air bekal macam dah nak habis. Kurang separuh da. Aku dah la kuat minum air. Opss sekarang aku bawak air guna botol 1 liter jer. Dolu dolu kan bawak botol 2 liter siap. Tapi nampak gaya minggu depan kena juga bawak 2 liter. Biar lebih, jangan tak cukup.. Sebenarnya bole jer amik air dekat pantry. Tapi... I kan adalah pemalu so nak masuk pantry pun muka tebal rasanya. Normal kot untuk budak baru macam aku. Haa kau tunggu la setahun dua nanti.. Baru keluar taring.

Rasa macam lama aku tak menulis eh. Sekarang ni issue hot kat fb,tv pasal video perempuan yang dera anaknya tu. Aku tengok pun kesian. Apa la salah budak tu sampai mak dia dera begitu sekali. Dan polis pun dah bagi penjelasan yang si pelaku tu sudah pun menerima hukuman.. Sama2 la kita berdoa agar si ibu tu insaf. Banyak juga komen2 yang aku baca sama ada dalam facebook or blog2. Memang rata2 orang mengutuk tindakan si ibu. Semua tak berpuas hati.

Kalau diikutkan logik akal fikiran yang waras, memang tak patut seorang ibu buat macam tu pada anaknya. Tapi kita bukan siapa2 yang layak untuk jatuhkan hukuman. Sebab kita tak tahu pucuk pangkal cerita. Sampai paper metro hari ni ada keluarkan laporan tentang pengakuan orang yang merakam video tu. Dia mengaku merakam untuk tujuan bukti laporan polis. Dia nak bersihkan nama dia. Betul juga tindakan dia. Sana sini orang dok sibuk mengutuk. Bukan sahaja si ibu yang dikutuk,malah si perakam video juga turut terkena tempiasnya.

Kesian kan..

Moral of the story..jangan cepat jatuhkan hukuman. Fahami dulu jalam cerita. Sebab nasib semua orang tak sama. Aku ada dengar banyak versi pasal kisah si ibu. Tapi malas la nak tulis. Cuma satu jer.. Aku berdoa agar si ibu tu insaf dan berubah. Serta tabah hadapi cercaan masyarakat. Dan juga semoga anak nya tu..membesar dengan sihat dan tak trauma dengan apa yang terjadi.

Pergh..sedap pulak mengupdate blog sambil makan biskut..ish2...


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment