Friday, June 8, 2012

ADA YANG SAMA DAN ADA YANG TAK SAMA

Aku tengok drama Ameera yang sekarang ni tengah ditayangkan kat tv3... Teringat pula aku pada drama Isteri buat Suamiku yang pernah ditayangkan kat tv9 satu masa dulu. Sebab plot cerita dia lebihkurang sama.

Kisah pengorbanan isteri yang sanggup berkorban untuk suami. Sanggup mencarikan perempuan untuk suami kahwini semata2 nak lahirkan zuriat suami. Ini semua gara2 mak si suami yang terlalu mendesak nak kan cucu. Faham sangat...setiap pasangan yang berkahwin,pastinya inginkan zuriat. Tapi jikalau masih belum ada rezeki,walaupun pelbagai usaha dibuat...sabar sajalah. Teruskan berdoa..insyaAllah.

Ok berbalik pada cerita drama tv. Ada perbezaan sikit la.. He he nanti kalau sama jalan cerita bole jadi kene saman pulak. Sudah la drama isteri buat suamiku tu ada musim kedua pulak. Drama kalau panjang sangat cerita dia,makin mengarut jalan cerita dia. Letih emosi nak melayan.

Daripada sinopsis yang aku baca, drama Ameeraa ni macam ada pergolakan or konflik. Maybe perempuan yang diupah tu tamakkan harta or apa2 la..aku pun tak tahu. Nanti tengok jer la drama ni sampai habis. Drama isteri buat suamiku pulak..ala2 keislaman. So memang isteri dia redha..lepas tu akhirnya mereka hidup sebagai satu family. Aku pun tak berapa ingat sangat. Sebab da lama,dan aku tak layan sampai habis pun.

P/s: selalu tak sempat nak tengok drama Ameera kat tv. Balik kerja tiap2 hari terpaksa layan episod semalam kat tonton. Nasib baik internet aku laju..tak tersekat2.. I like..


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment