Sunday, August 5, 2012

SALAH SIAPA? PEMANDU LORI ATAU TUAN PUNYA KERETA?

Bulan ramadan ni,kilang aku bagi kelonggaran waktu bekerja. Ko boleh pilih, masuk pukul 7 balik pukul 4, masuk pukul 8 balik pukul 5, atau masuk keje macam biasa,pukul 9 balik pukul 6. Bagi yang beragama islam,memang semua rebut nak balik awal la kan...balik awal, boleh jalan2 pasar ramadan..huh dasar kaki jalan rupanya.

Jadi sepanjang bulan puasa ni,aku masuk kerja pukul 7 balik pukul 4 petang. Oppss lupa pulak nak tulis,untuk hari jumaat boleh balik satu jam awal yer. Hari jumaat aku balik pukul 3. Ok..ini baru nak masuk cerita yang aku nak tulis dalam entry ni..fuh...panjang btol mukadimah.

Ada satu hari tu...aku nak balik kerja. Biasala..persekitaran kilang...banyak pekerja parking merata2. Bersepah2. Untuk kilang yang tak sediakan parking pekerja,memang patut la parking merata. Tapi kilang aku yang memang ada sediakan parking,masih ada juga yang parking kat luar. Kat depan satu kilang ni,aku nampak satu lori tengah adjust position. Mungkin nak angkat barang ker...atau nak turunkan barang. Elok jer lori tu nak reverse...tiba2 aku nampak dia langgar kereta!! Habis jatuh bumper kereta tu!!! Dahla nak raya....kereta kene langgar pulak. Tumpang simpati aku pada pemilik kereta. Kereta tu parking ditempat yang btol pulak. Dalam lot parking. Tak pasal2. Aku tak pasti driver lori tu perasan ke tak. Yang aku pasti, time tu semua orang yang nampak,macam terkedu. Tak sangka boleh terlanggar. Ko bayang la lori yang besar tu compare dengan kereta yang kecik..alahai..aku memang fobia dengan lori2 nih.

Dulu2 awal ramadan, aku selalu juga parking luar. Konon nak sampai kereta cepat. Penat nak jalan jauh2. Lagipun datang awal,lepastu ada kosong. So memang bole la. Tapi bila aku nampak dengan mata kepala aku sendiri,huh aku lagi sanggup parking belakang,jalan jauh sikit. Daripada biarkan lori langgar kereta aku. Hmm...tak dapat aku bayangkan..

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Post a Comment