Wednesday, June 11, 2014

KERJA, HANDPHONE, INTERNET

Aku ni pekerja biasa je. Bukan bos. Tapi kadang2 time buat kerja terfikir- senangnya jadi bos: bole minta itu ini. Arah itu ini. Sebagai orang yang kuat protes, aku kene faham sesuatu dengan lebih mendalam sebelom accept kerja. Makin lama aku kerja makin cepat fikiran aku kata jangan buat double work kerja. Jangan buat benda yang tak kritikal related to one issue. Jangan buat benda yang bukan2.. Sebab apa aku terfikir benda ni- sebab aku rasa makin lama aku di bidang ni, jobskop aku tak lari ke mana. Buat benda sama- cuma terms saja yang beza. Jadi bila aku rasa aku kene buat kerja yang bukan2, aku rasa menyampah. Siap salahkan procedure.

Macam aku sorang saja yang bagus la kan.. Tapi sebenarnya procedure ni menyusahkan. Membebankan.. Aduhai sampai bila aku nak terbelenggu dengan rasa ni, betul2 kene keluar tengok benda lain. Bidang lain. Sekurang2nya lega sikit hati dan perasaan aku. Ok habis bab kerja. Sebenarnya tak berapa selesa nak tulis hal kerja kat sini. Tapi sikit2 ok la kot.. Release tension sekejap.

Hari ni internet connection dekat ipad aku too slow! Aku rasa better lagi iphone. Kenapa dengan line celcom ni? Atau memang patut line ok dekat telefon, ipad kan mana bole buat call. Tetiba teringin nak beli handohone baru. Survey2 jenama Sony. Teringin nak pakai handphone yang screen besar. Samsung awal2 da reject sebab tak tahan nanti asyik kene kutuk dengan encik suami. Tunggu la. Saja survey2 dulu. Lagipun lama dah rasa tak beli handphone baru. Tambah plak, pengaruh drama korea la ni. Semua pakai handphone besar2. Hihihi

Last beli 2012- Sony experia. Lepas kahwin terus pakai iphone, tu pun encik suami punya. Dia beli iphone baru, iphone lama bagi wife pakai. Ikut saja la. Tapi kali ni memang teringin tahap da nak pakai handphone baru. Lepas raya kang baru decide. Lately ni duit mengalir macam air. Sejak masuk rumah baru- ada je benda nak dibeli. Tak pe. Pelan2 kayuh.

Set in mind, tahun ni raya: edisi jimat. Ok sambung kerja dulu. Daa 

p/s: Teringin nak buat spageti aglio olio. Tapi tak pernah makan kat mana2 pun. Macam mana nak tau rasa yang kita masak tu sedap ke tak?

7 comments:

  1. sila jimat..haha..
    aku pun tension, rasa nk berhenti kerja nk jadi bos..tp aku takut bankrap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye PB. Tahun ni raya edisi jimat. Laaa jgn pikir negative. Jadi boss tak semestinya akan lingkupkan syarikat. hehehe

      Delete
  2. nani, ubah prosedur kalo rasa prosedur membebankan... sometimes, management nak control in place, tapi excessive bukan main... kalo x applicable, ubah ja la prosedur...penambah baikan... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nina... macam mana nak ubah kalao xde support dari org keliling.. semuanya style "I Follow"... Isk2

      Delete
  3. Nani...samsung dgn aku takleh dipisahkan. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. tapi laki aku tak bape suka samsung. jadi aku pun tak bape suka nak beli benda yang dia tak suke, hehe sony ok tak?

      Delete
    2. Sony ntah..tak pernah beli...oppo oppo oppo. Setiap hari ada kat tv3. Lenovo okay tau. Specs dia bagus...

      Delete