Monday, January 5, 2015

PERSONALITI DIRI

Walaupun aku tak tahu benda ni betul ke tidak.
Aku suka je nak try.
Macam ala- ala additional tools untuk lebih kenal diri.
Bukan apa, kadang tu kita ni senang nak over react terhadap sesuatu.
So meh layan, kenal siapa diri aku..Ha ha suka-suka je kan..
Bila aku buat, saja je aku memang tak share dekat fb. Fb pun macam hidup segan mati tak mahu.
Suam-suam kuku.


Antara dua, paling aku suka, age test.
Kalau ikut tahun, 2015 umur aku 31 tahun.
Tapi ikut tarikh lahir, aku baru je genap 30 tahun bulan disember yang lalu.
Nampak kan? Lepas jawab semua soalan, nampak sangat aku ni betul-betul setahun lebih muda.. 
Ayat nak sedapkan hati. 

Am I easy going person? 
Aku rasa yes. In terms of friendship. Sekali lagi puji diri sendiri. Aku harap orang yang kenal dengan aku pun bersetuju dengan statement ni la kan.. Erk..

Personality test yang pertama tu. Aku tak sure dah pernah share dalam blog atau belum. 
Lama dulu aku buat. Aku huraikan..

1. Jealous.
Dulu kala, aku memang kuat jeles, ha ha kisah dulu-dulu kan.
Contoh yang paling aku ingat: takde siapa pun boleh usik hak aku. Makk aii, ego tinggi melangit.
Bila masa berlalu, umur pun dah meningkat. Aku pun da belajar kawal diri. Sekarang ni, redha je la dengan apa yang ada. Kita terapkan konsep bersyukur..Ubah diri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu adalah yang terbaik,bagi kamu"
Pegang ayat tu.
Agaknya sebab tu jealous cuma 47% je sekarang. 

2. Creative.
Ooooh ni entah la, sebab aku akui, aku memang tak kreatif langsung.
Orang kata tak seni. Aku minat seni, tapi bidang muzik. Aku suka lagu-lagu. Tradisional, Balada, Rock.
Bab seni kreatif yang macam lukis-lukis, buat-buat...Tak reti.
Aku tak pandai hias-hias, buat apa-apa art. Tengok je la rumah aku ni, hambar je. Ha ha
Tapi aku kreatif selesaikan masalah. Aku kreatif dengan fakta. Tapi tak bermaksud aku pandai menipu yer. 

3. Intelligent.
Hmm pada aku, sederhana.
Zaman belajar aku bukan la cemerlang bijak pandai, tapi tak bermakna aku ni bodoh-bodoh alang.
Sederhana je.. Nasib ada kerjaya yang boleh dikatakan bagus. Walaupun keje kat kilang je.
Tapi gaji ok la, boleh bagi mak ayah sikit, lepas hutang-hutang semua. Syukur..

4. Attractive.
Tak pasti apa yang buat aku attractive.
Tiba-tiba teringat, someone pernah kata kat aku, bunyi ketawa aku menarik.
Huiiii someone tu ialah encik suami..So bajet aku kene ketawa hari-hari la untuk nampak menarik. 
Memang tak. Aku cepat hot temper, tu masalah.

5. Trustworthy.
Yes. This is me. Bukan puji diri sendiri. InsyaAllah, aku boleh dipercayai. Tak nak la tulis lebih lagi. Kang kata aku up diri sendiri.

Dah. Tulis entry pagi-pagi hari.
Sambil layan tv. Rasa da nak kene tidur ni, nak charge diri untuk kerja pulak..
Awal tahun 2015, mentaliti kene ubah.
Ok semoga kebaikan sentiasa mengiringi diri kita sentiasa yer..
Sekian.

No comments:

Post a Comment