Wednesday, February 25, 2015

NILAI YANG BAIK.

Hari ni aku dapat satu pengajaran. Sebenarnya yang kedua. Oleh orang yang sama. Tersentak, bila fikir dengan waras. Ada betul nya, jadi jangan nak banyak bunyi. Kene ubah sikap.

Latar persekitaran: di tempat kerja.
Seseorang telefon aku tanya bila masa lapang untuk berjumpa. Aku terdiam. Tangan masa tu sedang sibuk cari email sambil mata membaca sesuatu. Ditanya adakah aku sibuk? Ya. Jawapannya aku memang tengah sibuk sikit. 

Kemudian aku ditanya lagi, kenapa setiapkali semua orang pun akan kata dia sedang sibuk bila dicari??
Aku pun erkk... terkedu tak tahu nak kata apa.. Ketawa saja.

Dan disambung lagi. "Kalau orang lain cari saya, saya akan kata ok apa yang saya boleh bantu?"
Nampak tak nilai moral kat sini?

Di ketika yang lain. Dalam mesyuarat.. Aku bagitahu nak tamatkan perbincangan awal. Sebab aku belum solat zuhur. Aku ditanya "mengapa masih belum solat? saya dah solat awal-awal lagi." Masa tu jam pukul 3.30 petang. Hmm aku senyum-senyum saja.

Oooh apakah???
Pengajaran:
1. Solat sebolehnya di awal waktu.
2. Sila layan orang dengan sebaiknya, bila berkerjasama.

Ok itu jer nak cerita. Bye.

Tuesday, February 17, 2015

HUJUNG MINGGU.

Last weekend aku dengan encik suami pergi jalan-jalan-takde-arah-tujuan. ha ha Jadinya decide jalan-jalan area puteri harbour. Tengok-tengok apa yang ada. 
Kat sana tengah rancak pembangunan. Yang pastinya aku nampak macam banyak kondominium la yang tengah dibina. Harga tak tahu la berapa tuh.

Takde gambar sangat pun yang aku amik. Sebab motif utama pun sekadar jalan-jalan. Aku cuma amik gambar boat ni jer..


Masa pergi team building last year, hanya dapat ambil gambar dari atas hotel je. Kali ni depan mata. Rasa macam tenang juga lepak sini.


Area sini kedai tak banyak pilihan. Aku nampak old town white coffe je yang sesuai. Kenny roger pun ada kot. Yang lain-lain, diragui statusnya untuk orang islam. 

Lepas tu nampak la ada pasangan tengah buat pre wed photoshoot. Sekarang kan musim. Buat pre wedding photoshot. Ikut trend la katakan.

Habis jalan area sana, terus kitorang decide pergi pasar malam larkin. Sebab malas masak dinner. Ok jadi kita beli jer la. 

Buku baru beli: Allah tempat meminta. 


Semoga lebih rajin membaca dan dapat manfaat. Daa..

Saturday, February 14, 2015

SOFINA3

Ni cite akhir bulan Januari hari tuh.. 
Beg ni start launching hari rabu pukul 11. Ngam-ngam waktu aku habis meeting pagi. Tahan nafas dulu sambil doa. Moga-moga tak semua sold out.

Tepat pukul 12, waktu rehat. Cepat-cepat on ipad, terus grab satu. Time tu semua dah sold out. Kecuali Grey dengan Blue. Aku pilih Grey. Tapi sold out juga. Last-last amik juga Blue. Ingat tak lawa kaler ni.. Tapi sebab nak sangat aku klik juga la.

Finally.. Bila barang da dapat.. ooohhh myyy.. Sangat best ok.. Sofina3. Bagi aku sangat best, sangat selesa. Beg besar, boleh isi macam-macam barang..
Thanks to Vivy Yusof sebab design beg yang memenuhi keperluan aku. I really like it. 


Dalam dia kain..


Datang siap dengan tag lagi.


I'm proud to have this as one of my collections. Hmm harap-harap nanti ada la kot second batch ker.. Pre order ker...Aku nak aim kaler nude la.. 

Ok bye.

Tuesday, February 10, 2015

AKTIVITI MALAM TADI.

Kisah semalam.
Ni je makanan untuk dinner.
Dalam schedule tulis nak masak kurma ayam. Tapi pengakhirannya masak nasi goreng dengan ayam goreng jer la. Encik suami request. Aku tak kisah. Asalkan bukan aku yang goreng ayam. Motif sangat. 


Lepas makan. Siap-siap kemas meja, dapur, basuh pinggan. Mula la aktiviti- buat kek. Barang kek lama dah beli. Cuma belum buat sampai la malam tadi. Kene cepat-cepat siapkan adunan sebelum drama start. Ok drama sangat- Suamiku Encik Sotong-

Kali ni kek menjadi. Setelah 3 kali percubaan, syukur, kek menjadi dan boleh dimakan. 

Ok meh tulis resepi sebelum aku lupa:

RESEPI KEK MARBLE.

1 cawan gula- aku pakai gula castor
1 cawan mentega/butter- aku pakai margerin daisy
1 1/2 cawan tepung naik sendiri- aku guna brand nona.
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Pewarna

Ok cara-caranya:
1. Pukul margerin dengan gula sampai sebati
2. Masukkan telur sebiji, pukul lagi. Ikut lagi sebiji, pukul. Ulang sampai 5 biji telur
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar lagi. Sampai sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Pukul beberapa minit supaya semua adunan betul-betul sebati dan sempurna
6. Bahagikan kepada dua adunan dan letak pewarna.
7. Sapukan margerin ke seluruh loyang. Tuang adunan dalam loyang
8. Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 1jam, guna api atas bawah.


Tu kek selepas dibakar.. Masa ni aku berdoa la moga-moga kek menjadi. 


Lepas dikeluarkan dari loyang..
Masa untuk memotong.. yeay..


Alhamdulillah. Ada improvement dari dulu. Lepas ni bole la buat lagi.. Senang jer. Hihihi

Friday, February 6, 2015

BEKAL.

Ni gara-gara facebook dan blog.
Gigih cuba nak ber'bento' untuk hari ni. 
Daging burger goreng hancur, telur hancur dengan bangkit cheese sikit. Tapi aku rasa tambah sedap kalau bawak sos sikit ahahha..


Weekend nak beli macaroni la. add new menu: makaroni goreng. Harap2 ok. mana tau if rajin boleh masak lagi.

Double job la. Kene arrange menu untuk bekal dan menu untuk dinner. Semoga dipermudahkan. Aku pun tak nak la hangat-hangat tahi ayam jerk.. 

Thursday, February 5, 2015

HAI...

Banyak masa digunakan untuk benda lain. Aku rajin je blogwalking, membaca. Tapi nama nak update entry malas bukan main. 

Nak buat kenangan punya pasal..
Ni lauk aku masak Jumaat lepas.
Nasi putih, fish fillet sour, sawi goreng.


Lepas tu entah bila pulak aku goreng isi ayam. Aku rasa time ni makan dengan mihun goreng kot..



Hari ni sarapan, aku goreng cucur saja..


Hmm lately ni aku banyak baca pasal bento, tak kira la bento untuk anak atau untuk suami ker.. Nampak macam menarik. Jimat duit pun yer gak. Tapi persoalannya gigih tak gigih saja la nak berhias bagai. 

Tapi mungkin aku nak try juga satu hari bawak bento pergi kerja. Cuba dulu sehari. If ok slowly proceed. Weekend ni la pergi cari barang2..sambil2 berangan berbento.. hihihihi