Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, August 10, 2016

MEE GORENG MUTTON.

Lama dah tak update blog.
Rasa lepas ni boleh jadi rajin sikit lah. Semangat. Konon.
Aku da up gambar ni dekat instagram. Tapi lagi best kot kalao coretkan sesuatu dekat blog. Tambah kenangan gitu.

Disebabkan menu malam aku asyik la makan mihun mihun dan mihun. Selera kitorang laki bini da bertukar la. Nak masak kue teow atau mee kuning goreng. Dan aku pun da cuba banyak resepi. Ini normal. Sebab terlalu banyak cuba, then bila da rasa sedap dekat tekak, nak repeat masak, confuse eh pakai resepi yang mana eh. Hah sampai macam tu sekali. Jadi sejak bape minggu lepas, aku suh encik suami pulak try masak.

Baru ku tahu, berbakat jugak dia.
Boleh tahan sedap. Erk lebih kepada manja kot. Sebab bahan semua aku sediakan, dia cuma tukang campak2 dan kacau, even aku jugak yang merasa makanan. Tapi tak kisah la kan. Janji dia masak. So selama dia boleh diharap bab-bab goreng mee or kue teow, aku memang tak pernah la nak tengok in details sangat-resepi apa dia guna. Yang aku tahu makanan da ready by the time nak makan. Divaa la pulak.

Encik suami pun lebih kurang aku je. Setiapkali masak, setiapkali tu la belek resepi. So semalam aku nampak la apa dia buat, jadi aku agak, baikla aku tulis siap-siap dekat blog. So nanti boleh buat reference, just in case dia balik lambat ke so aku boleh la masak. Tapi take note ya- air tangan suami tak sama air tangan ister. Mata naik ke atas. Bling bling bling.

Tayang gambar makanan dulu. Menu dinner semalam. Mee goreng mutton dengan popia.


So bahan-bahan:
Mee kuning.
Bawang besar hiris halus-halus.
Cili boh- cili kisar
Telur 1 biji
Taugeh, Sawi
Daging yang dah di rebus.
Gula dan garam.

Bahan sos pulak:
2 sudu sos cili, sos tiram, kicap manis
1 sudu sos tomato

Cara masak:
Panaskan minyak, tumis bawang merah sampai wangi.
Masukkan cili kisar, masak sampai garing.
Masukkan bahan sos, kacau sampai mendidih.
Masukkan daging. Tambah air rebusan sikit.
Rasa, kalao tawar, adjust guna garam dan gula.
Lepas dah ok, masukkan mee kuning, kacau sampai sebati.
Ketepikan mee, masukkan telur, bila da masak, gaul sebatikan dengan mee, lepas tu masuk taugeh, sawi, sebatikan lagi. Siap.. Yeay.

Rasanya sedap dan manis, maybe sebab aku nampak encik suami tambah lagi air rebusan daging.
Walaupun tak setanding mee goreng mutton dekat Skillet, tapi ada improvement dari previous rasa mee goreng yang aku masak dulu.

p/s: lepas ni kene standby daging untuk masak mee or kue teow.

Saturday, January 2, 2016

PERMULAAN TAHUN BARU.

Salam tahun baru. 2016.
Harap-harap tahun ni memberi sinar kebahagiaan dalam hidup aku.
Amboi kemain ayat.

APPRECIATE YOURSELF.
Tiba-tiba terfikir nak jadikan motto hidup tahun ni.
Entry tahun baru dimulakan dengan gambar lauk yang baru je aku siap masak tadi. Haaa..
Resepi yang tengah viral dekat facebook sekarang, dari Aisha Shukor: Ayam Sambal Bali.

Aku da dua kali cuba masak.
Thanks la dekat Aisha ni sebab share resepi. Mohon aku nak copy resepi masuk blog ni ya. Bukan apa. Senang nak scroll in future. Pertama kali je aku masak, siap tulis step bagai. Kali ni aku main ingat-ingat je..Harap sama la dengan resepi asal.


Ayam potong ikut suka. Gaul dengan garam dan kunyit. Lepas tu goreng.

Kisar- Lada kering, bawang merah, bawang putih, halia, belacan.

Sediakan 6 batang serai dan 6 tangkai daun kari. Garam, gula dan kicap.

Cara masak senang jer: panaskan minyak, masukkan serai, goreng sampai bau, lepas tu masukkan daun kari. Goreng sampai garing.
Da garing semua, masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Letak garam gula dan kicap sikit, Masak sampai sebati, rasa, if okey, boleh terus masuk ayam. Siap..
Makan dengan nasi putih, terangkat okey..

p/s: aku da plan nak buat menu raya ni. heheheh

Monday, March 2, 2015

RESEPI: AYAM MASAK BIJAN.

Falsafah india kuno ada mengatakan:

Jika anda mendapatkan rumah sebagai tempat tinggal, anda beruntung.
Jika anda mendapatkan sesuatu yang dapat menampung hidup, anda cerdik.
Jika anda mendapatkan orang yang boleh hidup bersama dengan saling berkongsi cinta, anda bahagia.
Jika anda memiliki semua itu, bererti anda orang yang paling kaya.

Itu hanyalah falsafah ok. Kaya ni terpulang la pada definisi setiap individu. 
Ok tutup cerita falsafah. Semalam aku mencuba resepi baru. Sebelum lupa, baik la aku tulis siap-siap.


Ayam masak bijan.
Mudah dan senang saja rupanya.
Meh la kita kongsi resepi.

Bahan-bahan:
1. Ayam potong kecik-kecik
2. Minyak bijan
3. Halia hiris-hiris nipis
4. Air sikit
5. Garam jika perlu
6. Kicap

Cara masak:
Aku guna pemanggang ajaib. 
Tumis halia dengan minyak bijan.. Time ni da terbau-bau ala bubur ayam mcD.
Bila da harum, terus masukkan ayam.
Balik-balikkan ayam.
Tutup kuali. Lepas 15 minit, check ayam, tambahkan sikit air supaya ayam tak kering. Tutup kuali lagi. 10 minit kemudian check ayam. Tambah kicap. Kemudian masak la sampai ayam empuk sepenuhnya..Tambah garam bila perlu.


Aku lawan dengan sayur air sawi letak carrot. Sejak akhir-akhir ni, semua sayur pun aku campurkan dengan carrot. Tapi kene hiris nipis-nipis. Saja nak bagi warna. Bagi menarik sikit. Almaklum la, da tua baru nak berjinak-jinak makan sayur. Tahap kesedaran da makin tinggi, terhadap kesihatan. Jadi silalah makan sayuran dengan banyak.

Ok done, siap la satu entry. Jumpa lagi nanti.

Tuesday, February 10, 2015

AKTIVITI MALAM TADI.

Kisah semalam.
Ni je makanan untuk dinner.
Dalam schedule tulis nak masak kurma ayam. Tapi pengakhirannya masak nasi goreng dengan ayam goreng jer la. Encik suami request. Aku tak kisah. Asalkan bukan aku yang goreng ayam. Motif sangat. 


Lepas makan. Siap-siap kemas meja, dapur, basuh pinggan. Mula la aktiviti- buat kek. Barang kek lama dah beli. Cuma belum buat sampai la malam tadi. Kene cepat-cepat siapkan adunan sebelum drama start. Ok drama sangat- Suamiku Encik Sotong-

Kali ni kek menjadi. Setelah 3 kali percubaan, syukur, kek menjadi dan boleh dimakan. 

Ok meh tulis resepi sebelum aku lupa:

RESEPI KEK MARBLE.

1 cawan gula- aku pakai gula castor
1 cawan mentega/butter- aku pakai margerin daisy
1 1/2 cawan tepung naik sendiri- aku guna brand nona.
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Pewarna

Ok cara-caranya:
1. Pukul margerin dengan gula sampai sebati
2. Masukkan telur sebiji, pukul lagi. Ikut lagi sebiji, pukul. Ulang sampai 5 biji telur
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar lagi. Sampai sebati.
4. Masukkan esen vanila.
5. Pukul beberapa minit supaya semua adunan betul-betul sebati dan sempurna
6. Bahagikan kepada dua adunan dan letak pewarna.
7. Sapukan margerin ke seluruh loyang. Tuang adunan dalam loyang
8. Bakar pada suhu 160darjah celcius selama 1jam, guna api atas bawah.


Tu kek selepas dibakar.. Masa ni aku berdoa la moga-moga kek menjadi. 


Lepas dikeluarkan dari loyang..
Masa untuk memotong.. yeay..


Alhamdulillah. Ada improvement dari dulu. Lepas ni bole la buat lagi.. Senang jer. Hihihi

Sunday, January 18, 2015

RESEPI: DAGING MASAK PEDAS.

Aku nampak kawan aku share resepi dekat facebook. Sekarang ni apa pun semua dari facebook. Tapi pandai-pandai la pilih. Ada buruk baiknya.

Ok lauk hari ni daging masak pedas.
(Gigih upload entry lepas habis masak)


Cara masak:
1. Rebus daging sampai empuk. Terpulang la daging untuk berapa orang makan. 
2. Kisar sebiji bawang merah, 4 ulas bawang putih, halia, kunyit, cili padi (aku pakai 10 batang-pedas woo) dan setengah sudu serbuk ketumbar. Resepi suruh tumbuk. Aku takde lesung. Pakai blender kisar saja sudah.
3. Tumis bahan kisar tadi sampai wangi. Letak garam gula secukup rasa. Tambah air sikit buat kuah. Kalau nak.
4. Rasa dah sedang elok, masukkan daging yang direbus tadi. Gaul sekata dan hidangkan. Yeay siap.

Ok tu kisah lauk hari ni. Aku hidangkan dengan lemak labu. Tu tak payah letak kat blog la. Lauk biasa masak je pun.

Dah jom makan..

Wednesday, December 24, 2014

RESEPI KEK BUTTER MUDAH.

Disebabkan hari ni aku ambil halfday leave,jadi aku masuk kerja sebelah pagi. Tu pun sekejap saja sebab pukul 1030 am dah janji nak pergi buy off golden machine. Ini kira macam sample untuk production reference. 

Boleh pulak aku rasa macam eh betul ke jalan ni ke kilang supplier.. Sebab perasaan nya lain macam, cepat-cepat on waze, pusing balik baru lah jumpa. Haih, macam baru pertama kali pergi kan. Bijak sangat. Berangan sambil memandu. Eh atau memandu sambil berangan. Entah.

Habis kerja terus balik rumah. Perasaan nak menyinggah memang kuat, fikir balik, elok la hala ke rumah terus, kang kalo menyinggah, banyak duit keluar ni, Aku kadang berbelanja tak ingat. 
Balik rumah terus, selamat duit.. 

Takde apa nak buat, meh la kita mem'baking'. Aha..Search resepi paaaaaaaling mudah. Jumpa kat blog namee, sorry aku tak boleh nak insert link. Tak pandai, update guna blogger ipad ni, as usual, limited function dia.

Meh aku cerita resepi dia.
1 cawan gula halus- aku guna gula castor
1 buku mentega buttercup tu yang 250g
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu besar perisa ros
1 sudu teh pewarna hijau
1 kepinh coklat cadbury

Cara-cara:
1. Pukul mentega, telur dengan gula sampai kembang. Aku belom ada stand mixer, pakai hand mixer, bole tahan juga lenguh.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil pukul lagi..
3. Masukkan perisa ros, putar sampai sebati lagi, harum baunya, hihihi
4. Panaskan oven 180darjah celcius
5. Sapu minyak pada permukaan loyang. Keliling pun sapu juga tau.
6. Tuang adunan, ratakan, pastu letak kepingan coklat..Habis satu keping coklat aku kerjakan, hihihi
7. Baki adunan, aku letakkan pewarna hijau. Lepas tu gaul biar warna sebati, kemudian tuang habis ke dalam loyang.


Bakar dalam oven selama 30 minit.
Tu gambar atas adalah yang belum bakar, yang bawah tu, after 30 minit bakar. Tak pasti hangus ke apa. Nampak ada kesan cucuk kat permukaan kek, aku check lidi bersih je, tu tanda kek dah masak.
Jadi terus keluarkan dan sejukkan..

Masa entry ni ditulis, kek tak potong lagi. Tunggu encik suami balik baru aku potong. Hihi. Rasa sama-sama, alololo sweet kan.. wekk wekk.. ha ha ha

Sekarang ni musim hujan, simpati dekat penduduk pantai timur yang dilanda banjir, harap bersabar, dan jaga diri jaga family. Kawasan rumah aku pun tengah hujan juga ni. Harap-harap encik suami, tak la terperangkap dalam jem bila dia balik nanti. Ok daaa.. 

Mata rasa mengantukk. Persoalannya, adakah patut aku tidur? Ha ha, lelap mata 5 minit je kan...

Sunday, November 2, 2014

KOPI, SARAPAN, MAKANAN TENGAH HARI.

Kopi. 
Ni la dia kopi yang buat aku lambat tidur.


Yang bestnya tu bila aku bangun pagi, badan takde pulak rasa letih lesu. Tak pasti ni penangan kopi yang aku ambil waktu maghrib atau penangan shaklee bcomplex dan ostematrix yang memang dah jadi rutin aku untuk makan sebelum tidur.

Pagi ni sebelum prepare sarapan, aku buat lagi secawan kopi. Huh. Cari pasal. He he


Ok hari ni sarapan, buat yang senang saja sudah la. Kepala memang tak terfikir apa- cucur bilis..


Dulu-dulu sebelum kawen, aku suka bila mak aku masak cucur bilis. Sebenarnya aku lebih suka panggil jemput-jemput bilis. Tapi encik suami asik sebut cucur-cucur, aku pun dah terikut. Nah sedari aku tak pandai buat, sampai sekarang aku da expert. Da pakar da. 

Lauk lunch hari ni- Sayur sawi putih goreng dengan ayam panggang.. Sempat snap ayam je. Sebab time ayam da ready sayur belom goreng lagi. Hihi


Meh share resepi. Senang je tau.
Sediakan 4 ketul ayam. Macam aku tu.
Campurkan dalam satu bekas
- Bawang putih dan halia yang dikisar
- Dua sudu serbuk lada hitam
- Dua sudu sos cili
- Dua sudu sos tiram
- Dua sudu sos black pepper
- Garam secubit
- Dua sudu olive oil
- Dua sudu gula perang

Bila dah siap. Gaul rata dengan ayam. Perap sejam. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180degree selama 1 jam.

Ok rasa entry ni dah panjang. Aku pun nak bersiap keluar. Banyak tempat nak pergi ni. Sambung nanti.

Monday, September 15, 2014

KARI DAGING

Aku dah lama tak meng'kari'. Sejak aku rasa kari yang aku masak ni macam kurang sedap. Jadi aku lama dah tak buat kari. Sehingga semalam. Aku masak  kari daging. 


Tu pun lepas aku godek-godek resepi. Pilih punya pilih. Akhirnya masak style macam ni.

Bahan-bahan:
1. Bawang merah bawang putih halia blender separuh halus. Agak-agak la kan. Rumah aku tak ada lesung batu. Semua benda pakai blender. 
2. Sediakan rempah 3 sekawan tu- kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih.
3. Rempah kari babas. Aku beli dua sekali- adabi dengan babas ni. Tak sure nak pakai yang mana. Tapi lastly decide pakai babas. 
4. Daging yang dihiris nipis. Aku kalao potong daging, suka potong besar. Sekali makan. Tapi sebab nak masak kari, gigih potong sekecik mungkin. Senang empuk katanya.
5. Air 600ml. Sukat agak-agak jer.
6. Santan pekat. Aku guna santan S&P. Senang. Beli paket-paket. Nak pakai, sila bancuh dengan air.
7. Garam secukup rasa.
8. Kentang potong kecik.

Cara masak:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masukkan daging, kacau rata.
3. Masukkan rempah kari babas, kacau rata lagi. Biar sebati dengan daging.
4. Masukkan air. Masak sampai mendidih dan daging empuk.
5. Masukkan kentang dan santan pekat tadi. Masak lagi dalam 5 gitu.
6. Rasa kuah. Tambah garam. Kemudian kari daging siap..

Makan dengan nasi panas dan sambal belacan adabi. Ooh.. aku beli sambal belacan adabi yer. Yang siap tu. Ready to eat. Senang dan mudah. Rasa pun bole tahan. 

Ok tu dia cerita semalam. Cerita hari ini- aku keje tapi encik suami tak keje. Moga-moga petang nanti ada keluar email bole balik awak due to public holiday esok. Berharap ni. Ha ha ha

Aku suruh encik suami masak pizza je kat rumah. Kang kelaparan pulak dia tak makan. Tu dia send picture: tergoda gak ni. Nak balik rumah sekarang, bole tak??


Thursday, September 11, 2014

SPAGETTI AGLIO OLIO.

Hi. Baguskan aku maraton update blog, masuk ni da entry ke 3. Tu tanda apa- tanda aku da makin kurang kerja kat opis  ni. Semua pun da tinggal nak follow up je jadi adalah sikit masa free (banyak juga la). 

Tambah pulak. Aku dan blog memang susah nak berenggang. Hahaha walaupun jarang update. Tapi selalu je aku jalan-jalan blog orang. Cari informasi yang berguna. Sharing is caring kan..Orang kata.

Semalam aku masak spageti aglio olio lagi. Kali ni with improvement resepi. Kita kene sentiasa berani mencuba resepi baru. He he Dan rasanya, lebih baik dari percubaan yang dulu. Ok meh cerita pasal bahan-bahan. Senang je.

- Spageti yang telah direbus untuk 2 orang makan
- Minyak zaitun
- 1/2 kiub pati ayam
- 4 ulas bawang putih yang dicincang halus. Lagi banyak bawang putih, lagi sedap katanya.
- Udang dengan sotong yang dah dibersihkan dan direbus
- Serbuk lada hitam

Cara masak:
- Tumis bawang putih hingga naik bau
- Masukkan sedikit air rebusan seafood tadi
- Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada hitam, kacau rata. Masukkan sotong dengan udang tadi
- Masukkan spageti dan gaul rata.
- Tambah minyak zaitun supaya bahan semua sebati.

Siap. Bole makan. Ni gambar.

Ok selamat mencuba.

Thursday, August 28, 2014

TOM YAM KUNG

Semalam dinner aku masak tom yam kung.. Sempat la borong sotong dengan udang dekat @mart kempas. Kuikuikui

 
Tu dia barang2 untuk masak tom yam kung ni. Pakai pes adabi jer. Aku suka masak2 style senang macam ni. Jimat masa dan tenaga. So campak semua dalam periuk- follow instruction dekat paket. Kemudian tunggu sampai mendidih. Sambil tu masak nasi. Bila encik suami balik kerja, dia kene goreng telur dadar. Manja kan. Goreng telur pun harapkan suami. Ahahah bukan apa. Telur dadar nanti jadi telur hancur je nanti.


Tom yam kung siap.... Yeay boleh makan..Semalam makan awal.. Lepas tu malam sikit makan lagi puding custard..


Ok duduk rumah kerja makan saja. Tak boleh jadi. 
Moral of story: Elok bekerja.
Bye.

Wednesday, August 27, 2014

RESEPI: PUDING CUSTARD JAGUNG.

Ini barang lama dah aku beli. Sejak ramadan lagi. Konon nak buat dessert makanan raya. Sekali tak dak. Tak buat. Hari ni baru buat. Aku cuti. Reason... la la la la

Ok bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung custard
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin jagung creamy
1 tin susu cair
3 cawan air

Cara masak: Satu kan semua bahan dalam kuali.


Masak atas api sederhana. Kacau hingga likat. Lepas tu masukkan dalam bekas. 


Ini je bekas yang aku ada. Bantai je. Asal ada bekas. Tengok la surface dia. Senget-senget. Aku main tuang je. Sejuk kan sekejap. Dah sejuk baru masuk freeze. Lepas tu bole makan.. Ok senang je kan, lain kali boleh buat lagi. Daaa..

Monday, August 25, 2014

RESEPI: NASI AYAM LAGI.

Hari isnin sinonim dengan Monday Blues. .. Opss da janji dengan diri sendiri untuk elakkan bercakap perkara negative. Ok banyak benda nak kene follow up hari ni. Hampir kesemua urgent.. 

Ni ha nak juga letak gambar nasi ayam tak seberapa aku tu. Ha ha ha


Resepi meh aku tulis lagi. Nak kuatkan ingatan katanya. Nanti takde la lupa.

1. Tumis bawang merah bawang putih halia sampai naik bau. Masukkan rempah sekawan- kayu manis, buah pelaga, bunga lawang. Masukkan air. Biar sampai mendidih.
2. Masukkan garam gula, serbuk kunyit.. Lepas tu kacau sikit. Masukkan ayam. Rebus sampai empuk.
3. Bila ayam dah empuk, keluarkan ayam, sejukkan seketika kemudian sapu dengan sos tiram. Lepas tu goreng macam biasa.
4. Masak nasi macam biasa, guna air rebusan ayam. Tu aku tak pandai masak guna rice coocker, jadi masak pakai periuk jer. Opss ada hangus2 sket kat keliling tu..
5. Cara masak sambal pulak. Just blender saja cili merah dengan bawang putih, letak sikir air rebusan ayam. Kemudian masak atas api kecil. Sambil tu masukkan garam gula dengan cuka. Rasa sket, kalao ok, bole la matikan api.. He he yeay nasi ayam versi simple siap.

Sunday, August 24, 2014

RESEPI: IKAN SIAKAP SWEET SOUR.

Tayang-tayang lauk semalam. Ikan siakap masak sweet sour dengan sayur sawi tumis telur. 


Itu ikan siakap, encik suami yang goreng. Aku kan penakut goreng style letup-letup ni. Tapi ikan ni sebelom aku goreng, aku da salut tepung tebal-tebal. Tepung jagung dengan tepung gandum. Bantai je kan.. Asal salut tepung. Dan nampaknya takde de pun adegan letup bagai. I is penakut okey..

Resepi sweetsour dia pulak. Tumis bawang merah bawang putih, masukkan sayur campur, tumis lagi. Masukkan sos tomato dengan sos cili. Kacau lagi. Baru masukkan setin nenas. Termasuk airnya sekali. Siap. Jirus ke atas ikan. He he he
Meh close up lagi..


Semalam petang ada berita menyedihkan. Makcik aku meninggal dunia. Dia memang sakit. Dah sampai ajalnya. Jadi petang semalam bergegas la balik kampung. Tak dapat duduk lama kat sana, sebab ayah aku kene kerja hari ni. So kitorang gerak balik sebelum maghrib. Jenazah akan dikebumi hari ni. Sebab semalam nak tunggu adik beradiknya sampai. Apapun harap keluarga pakcik aku tabah. Alfatihah.

Ok menu hari ni ulang masak nasi ayam. Adik aku sampai tanya-sedap sangat ker? Ha ha ha resepi simple je kot. So rasa takde masalah nak repeat. Dah macam mak aku punya style- masak sampai jemu. Oh keh.. Jom la kita prepare barang. Cepat masak cepat la makan. hihihi Kalau sempat aku snap gambar. Nak ganti entry lepas yang tak bergambar tu... Ok sambung nanti.

Sunday, August 17, 2014

RESEPI: NASI AYAM.

Entry kali ni tak bergambar, tapi aku tetap nak tulis juga, untuk rujukan di kemudian hari. Mana la tau kan.. Ada masa kita ni boleh jadi pelupa sikit. Hari ni masak nasi ayam. Refer dekat youtube saja. Tapi bila kita dah buat dan terus tulis, akan bertambah la ingatan. Tak bole jadi, lain kali aku kene juga letak gambar.

Ok bahan yang diperlukan: ayam, bawang merah, bawanh putih, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, garam,gula, serbuk kunyit, daun pandan, beras, sos tiram, lada merah, cuka

Cara membuat: ni aku tulis step yang paling mudah.
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, diikuti bawang merah, halia. Bila naik bau, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang.
2. Masukkan air.. Kacau rata. biarkan sampai mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, serbuk kunyit, kacau lagi- kemudian masukkan ayam, Masak sehingga ayam empuk,
4. Bila ayam da empuk, keluarkan dari sup tadi.
5. Masak nasi macam biasa, tapi campurkan dengan sup rebusan ayam dan daun pandan.
6. Ayam di sapu dengan sos tiram. Kemudian goreng macam biasa. Berhati-hati sebab ayam ni meletup bila digoreng. Goreng sekejap je, ayam pun da masak bila direbus tadi.
7. Kisar lada merah, bawang putih bersama air rebusan ayam tadi, masak atas kuali, sehingga pekat. Jangan lupa campurkan garam, gula, dan cuka. 

Ok siap.. yeay bole makan.. he he

Friday, August 8, 2014

RESEPI: SPAGETTI GORENG

Pernah mencuba masak spagetti goreng sebelum ni, kali ni aku buat lagi tapi guna resepi lain. Rasanya, ini lah resepi yang paling ok.


Bahan- bahan kisar: bawang merah, bawang putih, lada kering yang direbus.

Spageti direbus untuk dua orang makan. Udang dan sotong sikit. Garam, gula, sos tomato sikit.

Cara masak yang sangat la senang.
Tumis bahan kisar, sampai garing. Masukkan garam, gula dan sos tomato. Bila rasa dah ok, masukkan udang dan sotong. Biarkan seketika. Kemudian barulah masukkan spageti yang da direbus. Gaul rata. Yeay siap. hehe

Thursday, July 31, 2014

JUADAH RAYA

Ini menu raya tahun ni. Nasi tomato (lagi), ayam masak merah (biasa), rendang daging (baru try). Tu da siap2 packing nak bagi family dan mertua rasa sikit. 


Sebelum terlupa, meh la kita share resepi. Kang bila2 masa nak masak lagi bole la check balik. 

Resepi Rendang Daging.
Bahan- daging setengah kilo, potong kecil. Bahan kisar- bawang merah, bawang putih, halia, serai. Rempah rendang adabi, santan, garam dan gula. Daun kunyit dan daun limau purut di hiris halus.

Cara masak- masukkan daging dalam kuali. Masak sampai airnya kering. Bila dah kering, masukkan minyak sikit, dan bahan tumis. Tumis bahan, sekali gaul dengan daging yang dah kering airnya tu. Bila da sebati dan naik bau, masukkan rempah rendang. Kacau2 lagi.. lepas tu masukkan santan, garam gula dan daun yang di hiris. Kemudian biar dan tunggu sampai airnya kering. Bila da kering, bole la angkat dan makan. he he

Resepi ayam masak merah- ini da pernah buat dulu, tapi kali ni resepi lain sket.
Bahan- kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, tomato, cili kering secukupnya. Ayam potong kecil2 ikut suka, gaul dengan garam dan kunyit. 

Cara masak- senang je. Goreng ayam hingga setengah masak. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Masukkan gula dan garam. Kalau suka, bole tambah sos cili. Bila rasa dah ok, masukkan ayam yang di goreng tadi. Gaul rata. Siap. 

Resepi nasi tomato.
Sila lah beli perencah segera. Masak ikut arahan yang diberikan. Ha ha. Sampai hari ni aku fail kalo masak guna rempah. Tapi ni bila masak pakai perencah.. so-so la ha ha. 

Ok itu je nak tulis.
Hari ni patut hari gaji. Sob sob sob..baru nak dapat gaji kan.. Sabar je la.

Thursday, July 24, 2014

RESEPI: TOMYAM CAMPUR

Ni cerita bape hari lepas. Lately ni da makin kurang idea nak masak apa untuk berbuka puasa. Selalu singgah kedai time balik rumah, berfikir banyak kali. Apa menu nak masak. Yang ni, aku decide masak tomyam dengan telur dadar jer. Take note that itu telur dadar encik suami yang masak. Hehe aku? Scramble egg je jadinya nanti. 

Aku baru try resepi tomyam yang rasanya ok setakat ni.. Hasil dari search kat pakcik google, resepi as below:

Bawang putih 3 biji diketuk, bawang holland setengah biji dihiris. Cili padi 5 biji, daun limau purut, serai 2 batang di ketuk. Kiub tomyam 2 biji. 

Sotong, udang or isi ayam. Ini terpulang bape banyak. 

Cara nak masak sangatlah simple. Tumis bawang putih sampai naik bau. Lepas tu masukkan serai. Masukkan air secukupnya, tambah kiub tomyam 2. Masukkan cili padi, daun limau purut. Tunggu sekejap agak2 kiub semua da hancur, masukkan seafood. Tapi sebelom tu masukkan garam sikit, gula sikit. Biar je sampai mendidih. Kemudian siap. Boleh makan panas2. Nah layan gambar sket:

 
Siap beli karipap giant lagi. Ha ha. Ok bye.

Wednesday, July 9, 2014

RESEPI: SPAGETI AGLIO OLIO & ROTI SARDIN.

Aku kan dari sebelum puasa lagi teringin nak makan spageti aglio olio. Sebelum ni tak pernah order lagi kat mana2 restoren. Jadi decide nak buat sendiri. Gigih cari resepi- padahal pilih resepi yang mudah je. Risiko juga masak benda ni dalam bulan puasa. Sebab biasa kalau aku masak spageti. Aku mesti test rasa 2-3 kali nak make sure mee tu da betul2 masak ke belum. Bulan ramadan ni agak2 saja le. Tips dia: pastikan air betul2 mendidih baru masukkan spageti dalam periuk.

Ok bahan2 spageti aglio olio:
Spageti yang direbus dan di toskan.
Bawang putih yang di cincang2. Aku pakai 4 biji. Cincang halus ok.
Serbuk lada hitam yang kasar2 tu.
Minyak zaitun.
Serbuk paprika. Nak pakai cajun pun bole. Ataupun lada kering yang digunting2 nak bagi rasa pedas2 sikit. Stok cajun kat rumah aku expired bulan 8 this year. Hmm sebulan lagi- ke tong sampah la jawabnya.
Udang sikit, sotong sikit.

Cara2:
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih yang dicincang halus tadi. Jangan biar sampai garing pulak. Letak garam sikit. Masukkan seafood- dalam kes aku ni, udang dengan sotong la. Beli udang besar2 10 ekor je aku amik. Mahal. RM35/kg. Demi spageti aglio olio. kuikuikui
Lepas tu da agak2 masak, masukkan spageti, gaul rata. Kemudian tabur la lada hitam dan paprika. Gaul semua terus gaul sampai sekata. Siap la. Bole hidang.. 


Side order kene ada ok. Kat kedai ke kat rumah ke tetap sama- kene ada. Mula2 aku fikir nak buat roti telur je. Lama dah tak makan. Tup2 encik suami nak roti sardin pulak. So tu roti sardin encik suami yang buat. Nak resepi juga?

Ni dari google search. 
Sardin tu masak dulu. Hancurkan semua
isi ikan sardin tu.
Roti leperkan sikit.. kemudian letak inti sardin tadi dan gulung.
Buat bancuhan: tepung gandum 4 sudu, tepung jagung 1 sudu, garam sikit, dan telur sebiji.. Kacau2 letak air. 
Salutkan roti dengan bancuhan tu tadi. Kemudian goreng.. Goreng sampai kekuningan. kuikuikui Sedap juga rasanya. Lain kali bole buat lagi. Ok. 
Kat opis ni, tadi pagi hujan. Rasa sedap je kalau tidur ni. Kerja kerja kerja. 

Thursday, July 3, 2014

RESEPI: MEE GORENG MAMAK

Semalam teringin makan mee goreng mamak. Nak keluar beli kat bazar, agak susah sikit. Jadi decide to cook. Google search resepi. Jumpa. Nak kata mudah, tak mudah. Nak kata susah, tak susah. So-so je.. 

Ok meh share resepi. 

Bahan2: mee kuning, daging hiris nipis, sosej hiris nipis, udang. Sawi sikit, telur dua biji, serbuk maggi cukup rasa, air sikit. Sos tiram, sos cili, kicap.

Bahan tumis: bawang merah sebiji, bawang putih 3 biji, lada kering 6 tangkai yang di rebus. Semua ni di kisar lumat.

Cara memasak:
Tumis bahan kisar, sampai garing, lepas tu masukkan daging. Masak sampai air kering. Lepas tu masukkan udang, sosej.. masukkan maggi cukup rasa. Tambah air sikit kalau terlalu kering..Kacau2 lagi.. lepas tu masukan sos tiram sos cili kicap. kacau lagi.. kemudian masukkan sayur..

Sekarang bole la masukkan mee. Kacau rata. Da agak2 sebati. Ketepikan mee, tuang telur dalam kuali. Kacau sampai agak2 separuh masak, terus gaul bersama mee tadi.. Haaa senang je rupanya ni..

Next time bole la cuba buat lagi.. Rasanya? Cuba sendiri baru tau.. ha ha
Nah tepek gambar...


Itu je nak share. Ok bye. 

Saturday, June 14, 2014

RESEPI: ISI AYAM MASAK BLACKPEPPER.

Ada orang kata- makan berdua, lebih baik masak jer. JIMAT.
Ada juga orang kata- makan berdua, beli je la. JIMAT.

Tengok keadaan, jimat yang macam mana. Kalau masak sendiri, jimat duit. Daripada membayar sejumlah harga, kalau dibandingkan dengan kos raw material untuk memasak, berapa je kan..Dan kalau makan luar pulak, jimat tenaga, jimat masa. Daripada kelentang kelentung kat dapur, lepas tu nak mengemas membasuh segala periuk pinggan, cepat lagi kalau kita start enjin kereta, parking, order makanan.

Kata kunci sebenarnya rajin atau malas.
Ada hari kalau aku rajin, penat ke tak penat, aku masak sendiri. Ada juga hari kalau aku penat sangat, kita makan luar je. Tak pun order. Bak kata encik suami, aku atleast sekali seminggu mesti nak makan luar. Eheheh sentap I tau, bila nak tercapai hasrat untuk hari2 masak ni..uhuhuh

Nadlene, ko tanya aku napa aku lama tak up resepi baru kan? Sebeb aku lama dah tak cuba sangat resepi baru. Biasa pakai resepi recycle je.. Ulang2. 

Ni menu aku malam tadi. Masak weii tak larat kerja mengorder je..


Kali nak share resepi isi ayam masak black pepper. Tu yang kaler macam gelap2 tu..

BAHAN2: Isi ayam potong kecik2, bawang merah bawang putih, lada merah lada hijau, hiris halus2, sos blackpepper, sedikit air.

Bahan2 nak salut dengan ayam: dua sudu tepung gandum, dua sude tepung beras, garam sikit, lada sulah sikit. Gaul semua campuran sampai sebati. Isi ayam tu salut telur kemudian salut campurang tepung ni. Panaskan dua cawan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Kemudian ketepikan. 

Tumis bahan hirisan, bila dah naik bau, masukkan serbuk maggi cukup rasa, lepas tu tuang sos blackpepper. kemudian kacau.. Tambah sikit air.. Adjust rasa. Bila da ok, masukkan balik isi ayam yang dah digoreng tadi.. Gaul sebati. Bole la dihidangkan. Makan dengan nasi panas.

Ok tu je. Senang kan. Lauk satu lagi tu sayur goreng style campak2 jer. Asal ada. Heheh 

Aku sebenarnya baru balik dari pasar ni. Hujan lebat kat rumah- tido best. Nak start masak lunch. Encik suami kerja hari ni. Halfday katanya. Aku masak dulu. Ok Bye.