Sunday, August 17, 2014

RESEPI: NASI AYAM.

Entry kali ni tak bergambar, tapi aku tetap nak tulis juga, untuk rujukan di kemudian hari. Mana la tau kan.. Ada masa kita ni boleh jadi pelupa sikit. Hari ni masak nasi ayam. Refer dekat youtube saja. Tapi bila kita dah buat dan terus tulis, akan bertambah la ingatan. Tak bole jadi, lain kali aku kene juga letak gambar.

Ok bahan yang diperlukan: ayam, bawang merah, bawanh putih, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, garam,gula, serbuk kunyit, daun pandan, beras, sos tiram, lada merah, cuka

Cara membuat: ni aku tulis step yang paling mudah.
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, diikuti bawang merah, halia. Bila naik bau, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang.
2. Masukkan air.. Kacau rata. biarkan sampai mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, serbuk kunyit, kacau lagi- kemudian masukkan ayam, Masak sehingga ayam empuk,
4. Bila ayam da empuk, keluarkan dari sup tadi.
5. Masak nasi macam biasa, tapi campurkan dengan sup rebusan ayam dan daun pandan.
6. Ayam di sapu dengan sos tiram. Kemudian goreng macam biasa. Berhati-hati sebab ayam ni meletup bila digoreng. Goreng sekejap je, ayam pun da masak bila direbus tadi.
7. Kisar lada merah, bawang putih bersama air rebusan ayam tadi, masak atas kuali, sehingga pekat. Jangan lupa campurkan garam, gula, dan cuka. 

Ok siap.. yeay bole makan.. he he

5 comments:

  1. Senang je tu. Antara rajin dengan tak rajin je kan nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu uni, kalo tak rajin pun kene rajin kan juga.. he he he bila lagi nak try kan..

      Delete
  2. ha... baca os ni, memang kena la ngan akak... malam ni ada tetamu nak datang umah...senang masak nasi ayam je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. os=pos... typo plak... hehehhe

      Delete
    2. ye kak nina, memang mudah je masak. rasanya... InsyaAllah sedap.. hehehe

      Delete