Friday, May 23, 2014

PANTUN DI JUAL PANTUN DI BELI

Rancangan pantun dijual pantun dibeli kat radio pagi tadi. Aku hanya ingat dua pantun je..

"Baju JDT warna biru merah,
Baju pahang warna kuning,
Nak ditegur serba salah,
Apa nak buat supaya kepala tak pening?"

"Suami seprang kelasi, 
Isteri seorang jururawat,
Macam mana cara nak atasi,
Kalau suami sering balik lewat?"

Kelakar juga dengar jawapan pemanggil yang awal tu. Pantun pilhan pemanggil mesti lah yang pasal suami sering balik lewat. Antara jawapan- full pantun aku tak ingat. Tapi ada mention, kalau suami balik lewat sediakan pangkin kat luar rumah sekali bantal tilam selimut suh tdo je kat luar, hahahah.. Gurau2 saja kan.. Nak ceriakan pagi.. 

Ok la sambung kerja.. hmm ngantuknya...

Wednesday, May 21, 2014

KERETA DAN PERANGAI.

Hari tu waktu pergi home and furniture fair kat persada ada nampak satu kereta lexus tengah adjust parking kat tepi jalan. Parking sempit pun still nak try masuk lagi. Bak kata encik suami- harap kereta je besar, mahal tapi nak bayar duit parking: kedekut. Driver dia Melayu.

Pagi ni, sambil aku drive keta, terpaksa brek mengejut sebab ada satu kereta bmw, masuk line tanpa bagi signal. Harap kerete je besar, mahal tapi tak de adab punya driver. Tak bagi signal. Aku slow2 potong, tengok driver : Melayu.

Klise kan bunyi. Asal drive kereta mewah, kereta mahal, dan kebanyakan nya kereta import, driver mesti ada satu sifat: angkuh dan bongkak. Walaupun tak semua. Tapi aku notice kebanyakan orang memang macam tu. Ingat dia raja kat jalan raya. Semua benda buat ikut sukahati dia.

Biarla orang macam tu. Dia belom sedar diri tu. Satu masa nanti sedar la dia. Kereta mewah kereta mahal tak bawak kita kemana. Itu harta dunia. Sila la beradab bila berada dia jalan raya.

Tuesday, May 20, 2014

PARKING KAT RUMAH.

Dulu masa aku kecik2 aku duduk rumah kecik kat satu kawasan tanah lot. Tapi dibina rumah banyak2 kat situ. Kira rumah style banyak pintu. Lepas tu landlord ada bela ayam la angsa la monyet la kambing la. Jadi walaupun bukan budak kampung, merasa juga la tengok binatang2 ni. Lepas tu rasa juga la main tanah. Ada pokok2. Ingat lagi dulu blakang rumah aku ada pokok manggis, pokok jambu, pokok durian. Time musim durian memang malam2 asal dengar bunyi "bukk" sah la. Durian jatuh. eeheh.

Lepas aku besar sikit.. masa umur aku awal 20an, mak ayah aku decide untuk pindah. Tempat jatuh lagikan di kenang. Inikan pula tempat membesar kan.. So bermula la life baru, duduk rumah teres..Beza rasa rumah teres dengan rumah lama dulu. Rumah teres batu, rumah dulu kayu.. ahahah budak sekolah sangat.

Dulu kat rumah family aku - yang teres tu. Kitorang da start beli kereta. Dari kancil ke myvi skang gen2. Masalah utama adalah parking. Terutama bila ada sedara mara datang. Mula la parking merata. Tumpang depan rumah orang. Lepas tu hati pun jadi tak tenteram sebab takut2 tuan rumah nak keluar ke. Jadi masalah sebab ada kereta lain block. Rumah family aku berhadapan dengan rumah orang. Parking memang terhad. 

Ini adalah kriteria yang aku tengok masa developer suh aku pilih rumah. 


Rumah aku duduk dalam area merah tu. Ia setentang dengan bahagian corner lot rumah blok depan. Point yang aku nak cakap ialah: aku ada kelebihan kalao sesiapa nak datang rumah so dorang tak perlu susah payah nak pikir parking. Jadi boleh parking setentang dengan rumah aku. Sebab tu corner lot rumah orang lain. Tak mengganggu sangat..

Dan akhirnya bersyukur aku dapat apa yang aku nak. So hari sabtu ni time kenduri harap2 senang la orang yang nak datang tu. Parking tak menyusahkan. Ok daa..

AIR, AUTOGATE, ANJING

Malam tadi aku dengan encik suami, pergi isi air.. Beli air kat mesin Dr.Sukida. Sebab rumah skang belom install penapis air.. Selama ni aku belom pernah beli air kat mesin ni, semalam bila beli tu rasa best pulak..Ooh boleh beli air, isi dalam botol.. hahaha jakun sket..harga air rm0.10/500ml.. Senang cakap seliter rm0.20 la....mahal ke murah.. layan saja- selagi belom install penapis air, mungkin kene terus membeli air kat mesin. PASRAH.(habis syiling dalam tabung power of dream encik suami-guna buat beli air. he he)

On the way balik tu, nampak la rintik2 hujan.. Oooh ada kilat juga, memang tanda nak hujan tu.. Elok je punggah masuk botol2 air ke dalam rumah, memang hujan turun dengan lebat. Fuhh selamat kitorang da masuk rumah, da balik rumah, dibuatnya tengah isi air tu hujan, tak ke parah nak loading botol dalam keta lepas tu nak unloading lagi untuk bawak masuk rumah. Sudah la rumah aku tu blom ada future plan nak pasang awning.. Memang basah la..

Time2 hujan ni la, baru terfikir. Nampak kepentingan autogate. Banyak blog yang aku baca- autogate skang ni da jadi satu keperluan. Ye la.. setiapkali nak keluar kereta, kene buka gate, lepastu nak perking depan rumah, nak kunci gate, merbahaya sebenarnya.. Tu kalau hari tak hujan. Apa cerita kalau hari hujan? Nak kene pegang payung, lepas tu mesti basah sikit..  Ada juga kes jenayah macam rompak ke, curi kereta ke time orang tengah kunci pagar, sebab biasanya time ni, enjin kereta tak dimatikan, so easy untuk pemilik rumah nak kuar kereta-kunci pagar-masuk kereta dan drive. Tapi easy juga untuk perompak nak masuk kereta dan bawak lari. Bahaya sungguh, moga2 aku dijauhkan dari bahaya ni..amin...Jadi autogate masuk dalam wishlist untuk rumah..Bekerja keras nak arrange duit untuk purpose ni. Ohoi.. tutup mata saja.

Ooh lupa. Semalam ada anjing, besar juga, tak pasti anjing bela atau anjing liar. Yang pasti aku siap bawak payung kuar dari kereta time nak buka mangga pagar. What is.... hmmm encik suami kata itu macam anjing bela. Tapi sampai hati ke biar je anjing ni merayau2.. Lepas tu paling tak tahan, sibuk je nak menyalak2 kat orang. Of course la aku takut.. Anjing tu.. mana tau dia gigit dari belakang ke. Tak paham kan?

Kepada orang yang bela2 binatang ni, harap la sangat tolong berfikir jauh kedepan, jangan la biarkan binatang anda merayau2 dan mengganggu orang lain. Jangan marah kalau binatang anda dilanggar kereta sebab kadang2 orang geram, asik la menggang je, amik kau, terus kene langgar.kuikuikui.. Pandai bela, pandai la jaga..

p/s: Rumah sebelah aku tu yang renovate tak siap2 tu, rumah orang cina.. Harap la dia tak bela anjing..Kalau tak....hmmm...

Monday, May 19, 2014

JIRAN DAN SAKIT TEKAK.

Pagi ni sampai2 opis, aircond tak on. Pelik. Lepastu ada la dengar cerita tak sedap pasal building opis aku. dengarnya lab terbakar, entah la.  Ok lupakan.

On the way pergi kerja, sempat aku singgah petronas beli strepsil. Beli dua paket. Sampai kat opis, makan roti dulu- ingat nak makan vitamin lepas makan roti, sekali tak pun. Terus makan strepsil sebab da rasa sakit tekak. Lepas tu batuk- sakit tekak- makan strepsil- batuk- sakit tekak..Tak bole jadi. Fokus da lari. So decide nak halfday.

Lagipun semalam aku tak boleh tdo sangat, melayan sakit tekak, batuk dan selsema. Ingat ni balik rumah bole la tdo sekejap. Sebelom balik, sempat la aku tapau bubur ayam mcD, dengan satu set fillet o fish..ni da kenyang makan.. sambil2 duduk2 sandar kat happy brown beam bag, konon2 supaya mata terlelap..

Rupanya rumah sebelah ni, dorang still buat kerja2 renovation, drill sana sini! Macam mana aku nak lelap ni... Kalau aku still dok opis pun aku tak leh fokus kerja, ini dok rumah pun tak leh tdo. Encik jiran, bilakah rumah anda mau siap?

Mood: tengah bersabar sangat2..

SELSEMA, DAN KERJA.

Rasa tak syok betul.. Hari ni bole terkena selsema pulak. Aku kalao setakat selsema ok lagi la. Paling aku risau selsema pakej sakit tekak.. wooo pening tu... sakit tekak. Tekak perit, pastu xtau nak kurangkan macam mana. Biasanya aku telan strepsil banyak2. Once habis kat mulut,keep makan lagi sampai tertdo. Dan akhirnya memang aku tdo dalam keadaan strepsil ada dalam mulut. Bayangkan.. 
Tapi at this moment, harap tak la, sebab aku xde bekalan strepsil dalam rumah ni.. 

Esok kene kerja dalam keadaan tak selesa la.. Duduk opis ber- air cond, lepas tu hidung tersumbat. Jangan la tetiba badan terasa panas.. ish3 serius, susah nanti esok.

Sempena duduk rumah baru, sabtu ni aku plan nak buat kenduri sikit. Sebab aku pun tak berapa kenal jiran sini, jadi kenduri ni, aku angkut kumpulan yasin mak aku ke sini. First time buat kenduri kat rumah sendiri, dengan bantuan mak la. Mak aku pesan, sediakan air masak dengan kordial ribena je.. Ok mak, saya yang menurut perintah.. Harap2 urusan berjalan lancar la.

Hmm mata da ngntuk, tadi siang sempat la aku pergi home and furniture fair kat persada. Aku rasa tiap2 tahun pun aku pergi pameran ni.. Jadi kali ni kitorang datang, cari and survey apa yang nak saja. Tengah survey2 pintu belakang atau autogate. Harga dua benda tu bole tahan juga.. Tak apa. Sila lah kumpul duit. 

Ok, tdo dulu la. Esok nak bangun pergi kerja. Dalam dilema la. Nak teruskan datang kerja awal ke atau nak arrange balik masa follow time duduk rumah sewa dulu? Tapi ada member kata kat area depan rumah aku ni, elakkan lalu situ time kol 8 lebih, sebab akan banyak kereta dan maybe akan lambat sampai opis..Aku rasanya tak berani lagi amik risiko..

Ok la, bye. Esok je fikir.. Tdo dulu..

Thursday, May 15, 2014

UPDATE.

Hah lama tak menulis. Sejak pindah rumah baru rutin harian pun dah baru. Tak sama macam dulu. As usual, ada pro and cons. Tapi antara yang paling ketara. Sekarang aku sampai kilang, awal. Masa bekerja aku start pukul 9 pagi. Time duduk rumah sewa dulu aku masuk ofis pukul 9 ok. Kadang2 9 lebih sket. Hahah. Pukul 830 bergerak dari rumah. 

Duduk rumah sendiri ni, gedebak gedebuk siap2 semua termasuk breakfast. Pukul 8. So takde benda buat sangat, terus la aku drive pergi kerja. Lepas tu aku perasan juga. Masa aku nak ber online pun da kurang. Dulu kat rumah sewa, pukul 630-730 adalah sempat juga aku nak baring2 sambil online. Sekarang 630-730 adalah masa aku nak bersiap lepas tu tutup semua suis tingkat atas kemudian turun bawah, untuk breakfast. Fuh...

Tapi best. Ha ha ha. Yang tak best nya tu memang jarang la aku dapat update blog ni. Isk2. Kalau nak update pun time rehat kat opis jer la..

Kerja aku as usual- da tak tahu nak kata macam mana, so layan saja selagi terdaya..Aku pun dah cukup dua tahun kerja sini, rasa sampai masa untuk aku reconsider balik apa achievement aku selama dua tahun ni.. Sambil2 fikir future plan..

Semua orang pun ada future plan kan. Tinggal lagi nak fikir macam mana nak merealisasikan nya.

Ok la time rehat da habis. Masa untuk sambung kerja. Daa..