Tuesday, May 20, 2014

AIR, AUTOGATE, ANJING

Malam tadi aku dengan encik suami, pergi isi air.. Beli air kat mesin Dr.Sukida. Sebab rumah skang belom install penapis air.. Selama ni aku belom pernah beli air kat mesin ni, semalam bila beli tu rasa best pulak..Ooh boleh beli air, isi dalam botol.. hahaha jakun sket..harga air rm0.10/500ml.. Senang cakap seliter rm0.20 la....mahal ke murah.. layan saja- selagi belom install penapis air, mungkin kene terus membeli air kat mesin. PASRAH.(habis syiling dalam tabung power of dream encik suami-guna buat beli air. he he)

On the way balik tu, nampak la rintik2 hujan.. Oooh ada kilat juga, memang tanda nak hujan tu.. Elok je punggah masuk botol2 air ke dalam rumah, memang hujan turun dengan lebat. Fuhh selamat kitorang da masuk rumah, da balik rumah, dibuatnya tengah isi air tu hujan, tak ke parah nak loading botol dalam keta lepas tu nak unloading lagi untuk bawak masuk rumah. Sudah la rumah aku tu blom ada future plan nak pasang awning.. Memang basah la..

Time2 hujan ni la, baru terfikir. Nampak kepentingan autogate. Banyak blog yang aku baca- autogate skang ni da jadi satu keperluan. Ye la.. setiapkali nak keluar kereta, kene buka gate, lepastu nak perking depan rumah, nak kunci gate, merbahaya sebenarnya.. Tu kalau hari tak hujan. Apa cerita kalau hari hujan? Nak kene pegang payung, lepas tu mesti basah sikit..  Ada juga kes jenayah macam rompak ke, curi kereta ke time orang tengah kunci pagar, sebab biasanya time ni, enjin kereta tak dimatikan, so easy untuk pemilik rumah nak kuar kereta-kunci pagar-masuk kereta dan drive. Tapi easy juga untuk perompak nak masuk kereta dan bawak lari. Bahaya sungguh, moga2 aku dijauhkan dari bahaya ni..amin...Jadi autogate masuk dalam wishlist untuk rumah..Bekerja keras nak arrange duit untuk purpose ni. Ohoi.. tutup mata saja.

Ooh lupa. Semalam ada anjing, besar juga, tak pasti anjing bela atau anjing liar. Yang pasti aku siap bawak payung kuar dari kereta time nak buka mangga pagar. What is.... hmmm encik suami kata itu macam anjing bela. Tapi sampai hati ke biar je anjing ni merayau2.. Lepas tu paling tak tahan, sibuk je nak menyalak2 kat orang. Of course la aku takut.. Anjing tu.. mana tau dia gigit dari belakang ke. Tak paham kan?

Kepada orang yang bela2 binatang ni, harap la sangat tolong berfikir jauh kedepan, jangan la biarkan binatang anda merayau2 dan mengganggu orang lain. Jangan marah kalau binatang anda dilanggar kereta sebab kadang2 orang geram, asik la menggang je, amik kau, terus kene langgar.kuikuikui.. Pandai bela, pandai la jaga..

p/s: Rumah sebelah aku tu yang renovate tak siap2 tu, rumah orang cina.. Harap la dia tak bela anjing..Kalau tak....hmmm...

2 comments:

  1. pada kaka, memang autogate ni satu keperluan, terutamanya dari segi keselamatan. Umah akak memang pakai autogate. Hari hujan pun selamat x basah... sampai umah, tunggu gate tutup baru kluar kereta... Tukar la autogate dik...better...

    ReplyDelete
  2. #‎Tips‬ percuma: Jika buat renovation rumah untuk bahagian porch kereta (memasang tile dsb.) atau buat tembok bagi menggantikan pagar, adalah lebih baik ditanam sekali kabel bagi sistem gate automatik walaupun tiada cadangan lagi mahu memasang sistem tersebut ketika itu. Ini adalah kerana cost yg akan ditanggung akan lebih mahal jika mahu memasang sistem tersebut dikemudian hari apabila tiada kabel yang tersedia, kerana:

    1. Harga kabel meningkat dr masa ke masa.
    2. Upah untuk 'hacking' bg menanam kabel ini mengikut jarak kabel yg hendak ditanam, boleh mencecah Rm300-400 bg jarak rumah biasa.
    3. Jika terpaksa pecahkan tile bermakna akan ada kecacatan pada bahagian yg telah direnovate dahulu.

    Kuantiti kabel yg hendak ditanam berbeza mengikut jenis sistem autogate sliding/swing dan hrga kabel juga berbeza mengikut kuantiti.

    ReplyDelete