Aku kata April bulan yang istimewa..Kenapa? kerana di bulan inilah aku telah tekadkan diri untuk ber'blog'. Dengan ertikata lain, serius menulis dalam blog. Macam aku pernah beritahu dulu, sebelum ni aku pernah tulis satu blog..Tapi aku rasa aku xmampu nak teruskan sebab..tut tut..
Jadi bila aku fikir2 balik, aku kata elok aku wujudkan blog baru..dan try to stick with it. And inilah hasilnya..Mula2 nama blog ni aku letak 'Realiti tak seindah fantasi'.. Setelah beberapa lama, aku tukar pula tajuk dia kepada 'Cerita Hari Ini' Sebab apa? sebab apa yang aku nak/bakal tulis adalah cerita aku. Tentang aku. Kisah aku..Memang tak ada kene mengena dengan orang lain pun..Fokus utama adalah aku( ye ye jekk)
Apa tujuan aku menulis blog...Haaaa ni aku nak cerita. Pertama sekali aku tertarik dengan blog masakan. Time aku search2 internet dulu..Aku jumpa banyak blog yang tulis pasal resepi masakan..Hari2 aku gembira dan teruja,pasal apa? Pasal hari2 ada entry baru tentang resepi baru..Memang best la aku rasa..Aku pun bukan la pandai masak sangat, jadi aku selalu la refer kat blog2 mereka ni..Oleh kerana aku tak nak hilang/lupa link ke blog masakan, maka aku pun tekad la nak buat blog, then letak blog dorang dalam bloglist aku..Senang nanti aku nak refer resepi..
Hmm Yang kedua..AKu suka juga baca cerita2 orang..Ye la pengalaman..Bercuti ke...Petua2 ler.pendapat..apa2 jer yang boleh dan sesuai dibaca..Untuk tambah pengetahuan...Tambah kenalan juga..lagi banyak membaca, lagi banyak benda kita tahu..
Yang ketiga...AKu ni suka juga menulis sebenarnya..Walaupun skill tulisan tak la sehebat novelis..Tapi aku menulis sukahati aku...Kalau mood geram tulisan berbaur geram la..Kalau happy..Hmm senyum2 sudah..time menulis..
Dan lagi...bulan april ni juga kira genap setahun aku aktif tulis blog..Walaupun aku tak la update blog hari2 tapi hari2 bila aku online time balik kerja, mesti blog aku dulu aku bukak..Tengok2 ada sapa yang update ker..Hehehe..
Setelah setahun, dari zero follower sampai sekarang ni dah 11follower..Kepada mereka2 yang ada letakkan link blog aku dalam bloglist mereka..kepada silent reader or kepada semua yang sudi membaca tulisan aku (kalau ada yang baca la) THANKS a lot...Thank you very much....Kepada mereka yang kadang2 meninggalkan komen..Thank you..AKu sangat2 menghargainya...
Salam perkenalan dan sama2 lah kita memeriahkan dunia blog..
No comments:
Post a Comment