Thursday, April 21, 2011

OBESITI DIKALANGAN BUDAK2? MAKANAN DI SEKOLAH DISALAHKAN

Sekarang ni sana sini heboh pasal nak jaga pemakanan budak2 sekolah..Nak elakkan obesiti dikalangan pelajar2.. Sampaikan jenis makanan yang dijual di kantin sekolah pun nak ditentukan..Siap war2kan nasi lemak memang tidak digalakkan makan selalu(uiiii terbantut impian aku nak makan nasi lemak setiapkalipun..ha ha)

Bila aku fikir2..aku rasa tak mungkin la faktor pemakanan budak2 kat sekolah yang menyumbang kepada obesiti. Sebab?? Sepatutnya gaya hidup dari rumah yang banyak mempengaruhi corak pemakanan. Tengok la zaman sekarang ni...restoran2 makanan segera tumbuh bak cendawan...Ha ha Sana sini ada cawangan...

Dan juga zaman sekarang ni mak ayah semua kaya2..Erk bukan kaya2..tapi kebanyakan mereka sibuk cari rezeki..banyak tanggungan kan..Hidup zaman sekarang, nak bayar itu bayar ini..So jalan mudah...Bagi jer duit dekat anak2..Lepas tu tak amik tau langsung apa yang anak2 buat dengan duit tu..contoh check la makanan apa yang dibeli...Tu la yang menyebabkan penjaja kat luar sekolah tu suka datang jual makanan..Jualan diorang dapat sambutan dari budak2..Tak ada yang kawal...Alahai...

AKu rasa sekarang ni pihak pengusaha kantin pun pening kepala nak sediakan makanan untuk budak2..Mesti segelintir pengusaha kantin terdetik kat hati dorang, dah malas nak amik tender kan sekolah..Sebab nak masak apa pun kene ikut apa yang boleh dan apa yang tak..isk2

Kalau jadi cikgu pun..Mesti rasa macam tak tahu nak kata apa la..Sebab beban kerja dorang dah bertambah pulak, bukan setakat kene catat ukuran tinggi dan berat, malah kene siap isikan BMI setiap budak2 lagi..Hmm dalam hati nasib baik aku tak jadi cikgu..Ha ha

Memang semalam aku ada tertengok kat berita...Time rehat ada ibu2 yang datang hantar makanan untuk anak2 mereka, tapi sila la fikir jauh kedepan lagi, macam mana pulak dengan ibu2 yang bekerja? Mana sempat mereka nak hantar makanan untuk anak2??Susah kan...

Dengar lagi kementerian/pihak yang bertanggungjawab da kaji senarai makanan yang dibenarkan dijual di kantin(katanya ikut contoh negara maju) Harap2 nanti akan diumumkan la apa kah atau bagaimanakah yang dikatakan menu sihat yang digalakkan dijual di kantin untuk elakkan obesiti dikalangan budak2 sekolah..

Apa pun aku tetap dengan pendapat aku yang benda2 macam2 ni memang bermula dari rumah..
Kalau sedari kecik anak2 dah dididik dengan corak pemakanan yang sihat..Mungkin masalah ni dapat diatasi..

No comments:

Post a Comment