Monday, May 9, 2011

BILA ORANG YANG DISUKAI MEMILIH KAWAN SENDIRI..

Apa perasaan agaknya bila orang yang kita suka akhirnya jadi milik orang lain..dan orang lain tu juga rupanya kawan kita sendiri..Aduh sakit memang la sakit..Hati mesti tambah perit bila mengenangkan..Sudah la yang dikejar tak dapat,terpaksa pula terima satu hakikat yang kita memang tak akan dapat...Bila situasi macam ni berlaku, apa yang perlu dibuat ialah..hadapinya dengan setenang mungkin(walaupun dah sah2 tak dapat bertenang) tapi cuba hadapinya...Berfikir positif..bersyukur kerana insan tu memang bukan ditakdirkan untuk kita..

Kerana siapa tahu hikmah disebalik semua,entah2 kalau jadi milik kita pun, rupanya2 ada keburukan yang kita tak suka. Kala itu dah terlewat untuk kita berundur. Maka selamanya la kita hidup dalam kekesalan.

Tapi bila hati terluka, jangan la dilayan berlebihan. Menangis la kalau itu boleh meredakan kesedihan..Menangis sepuasnya sampai satu ketika air mata pun dah malu nak keluar..kerana apa...Kerana nangisnya kita tu nangis yang sia2...Sebab takdir Allah, ketentuan Allah adalah lebih baik...Percayalah...

Kemudian bila dah puas menangis...sila lah bangun, bangkit dari kesedihan..Kerana takkan la selamanya nak hidup dalam kesedihan..huish...Tak nak la leleh2 ni..So bangun dan bangkit dari kesedihan..Dan mulakan hidup baru..bergembiralah..Kerana satu masa nanti, sinar kebahagiaan pasti menjengah hidup kita juga...Cuma tak tahu bila..

No comments:

Post a Comment