Monday, May 30, 2011
LELAKI-CUKUP LAH SEORANG PEREMPUAN..
Pendek akal-itu yang boleh aku gambarkan pada seorang lelaki yang dikatakan (refer paper metro) menelan 25biji panadol semata2 nak isterinya tarik balik permintaan cerai. Sudahnya diri sendiri tak pasal2 kene masuk hospital. Dikatakan isteri dah tak tahan lagi dengan perangai si suami yang kaki perempuan.
Orang lelaki kelemahannya perempuan..Dan perempuan pula, hampir kesemua kes yang menyakitkan hati disebabkan 'perempuan juga'. Suami ada hubungan sulit dengan sipolan, sipolan yang tak habis2 menggoda suami(tambah malang bila suami melayan)..Macam2 la rencah hidup suami isteri yang boleh dikaitkan dengan 'perempuan' lain.
Orang perempuan ni biasa memang paling pantang kalau pasangan nya diusik perempuan lain. Ini memang kesalahan terbesar mana2 lelaki dalam menjalinkan hubungan-ada perempuan lain. Aku rasa lukanya bak dihiris2 ditoreh2..Tak ada perkataan yang sesuai nak digambarkan melainkan korang rasa lah sendiri..He he
Maka dengan sebab itu, suka aku nak begitahu lelaki kat luarsana..Kalau dah tak suka, sila tinggal terus..Jangan kau buat hubungan dengan dua orang sekaligus..(tak payah nak ada skandal ke hapa). Kene ingat banyak kes, bila lelaki melayan perempuan lain, dorang tak sedar sebenarnya dorang terpedaya..Bila dah terjebak, dah terbongkar tembelang-mula la menyesal.
Siap bandingkan yang baru vs yang lama.Tapi apa nak buat, benda dah jadi.Masa tak mungkin dapat berputar kembali.Hidup la kau dengan penyesalan.Menangis airmata darah pun dah tak guna.Sekali hati perempuan terusik,akan terlukalah selamaanya..
Lelaki...cukup la dengan satu perempuan..jagalah hatinya selagi dalam hati kau masih ada rasa sayang dan cinta padanya. Kerana jika kasihmu beralih arah, ia tak kan sama dengan kasih yang pernah tercurah untukmu darinya.
Fikir la, perempuan baru hanya untuk suka2 atau sebenar2 suka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment