Kali ni aku nak bercerita perihal manusia2 di toilet. Aku jenis yang cerewet.Serius aku cakap. Terutama bila aku melakukan aktiviti luar, dua perkara yang aku akan pertimbangkan...Surau & tandas.. Dan kali ni aku nak bercerita pasal tandas..
Aku tak suka kalau aku masuk tandas, keadaan tandas tu kotor yang amat..Dengan tissue sana sini, tambah pulak, ada manusia jenis yang membuang tak reti2 nak pam..Huish memang aku bengang tahap..Apa la punya perempuan gaya macam ni kan....
Entah kenapa hari ni aku jadi bengang. Sebab tadi aku nampak ada orang keluar dari tandas, bila aku lalu bilik toilet tu, aku nampak, tissue terapung2 dalam mangkuk tandas...Peh...Aku dah la kenal sangat muka perempuan tu..Selamba badak betul, boleh pulak dia buat perangai macam tu, memang aku tak sangka langsung.. Hilang hormat aku pada dia.
Tak kisah la kan kau nak guna tissue ke hapa. Tapi pastikan jangan la tinggal2 ker atau main campak dalam mangkuk tandas ker..Selekeh betul la perempuan macam ni..
No comments:
Post a Comment