Hari ni time aku balik kerja, hujan turun..Sebelum waktu balik, hujan memang turun dengan lebatnya. Bila dah sampai time balik, aku tengok hujan turun renyai2..Tapi kalau nak redah juga, memang basah la baju. Dek kerana dah malas nak stay lama2 kat opis(nak2 time balik ni, aku memang cepat bertindak..ha ha bila buat kerja...rilek2 jer..) aku pun berkemas2 nak balik.
Nak tak nak kene juga berpayung sepanjang jalan nak pergi dekat car park..
Time jalan2 tu, ramai la orang berpayung macam aku..Mostly perempuan...Yang lelaki..selamba badak jer redah hujan, walaupun confirm dah, akan basah. Dalam hati aku, terfikir-kenapa lelaki selalu redah hujan..Kadang2 sampai berlari2 anak ke kereta..Susah sangat ker nak berpayung?
Atau malu kot...Ha ha ye la...Tak macho agaknya lelaki berpayung..Hmm betul ker lelaki kalau berpayung time hujan tu tak macho? Dorang lebih rela basah kuyup dari jalan bwak payung..
Ke sebenarnya dorang ni memang pemalas nak bawak2 barang..Suka jalan berlenggang kangkung jer...Hmm kenapa agaknya eh...
No comments:
Post a Comment