Friday, December 2, 2011

GURAU BIAR KENA TEMPAT..JANGAN MAIN CAKAP JER

Aku nak juga tulis cerita ni kat blog..

Dalam perhubungan, aku seorang yang sangat setia...dalam persahabatan, aku cuma ada seorang sahabat baik, dan dalam percintaan, aku cuma cinta tunang aku sorang jer..(pergh bangga MLD kalau dia baca ni..isk3)

Tapi kali ni aku terkesan sikit...dengan gurauan seseorang pada aku...Ketika ditanya apa yang sedang aku buat waktu aku terima message, aku dengan jujur la(as usual...takkan la nak tipu kot...) menjawab: tengah makan...(kebetulan waktu tu rehat pagi)

Dikatanya lagi..pada aku: "Makan jer...padan la tembam..."
Jawab aku: "Tak pe la.. Dah memang sedia tembam pun..."

Dibalas lagi: "Nanti dah kahwin mesti lagi tembam"
Aku: "Hmm tak kisah la kan.. Janji hati senang"
Terus dibalas: "Ish2...Tembam2 jangan sampai laki cari lain dah la...."
Aku jawab: "Insya Allah..tak kan cari lain..."(dalam hati ada rasa bengang tiba2,perasaan pun ada sikit goyah)
Message seterusnya: 'Tengok la nanti.."

Geram yang tak disangka2...
Terus aku reply: "Eleh pandai cakap orang, habis tu kalau laki kau cari orang lain, ko marah tak??'

Dia: senyap sampai sekarang..

Aku memang bengang...Mungkin mulanya dia nak bergurau dengan aku, tapi mesej gurauan dia tak sampai..Seolah2 mengganggu gugat sikit kepercayaan aku pada MLD..Aku memang benci anasir2 macam ni..Sebab dulu aku pernah terkena..Hampir2 menuduh MLD buat sesuatu yang dia tak buat,sebab aku dengar cerita dari orang lain...huh
NAsib aku cepat berfikir positif..Aku tak nak besar2 kan issue..yang rugi aku juga nanti..

Aku percaya, selagi aku layan orang dengan baik..Orang pun akan layan aku dengan baik..Bangkai gajah kalau ditutup lama2 akan tahu juga...MAcam tu la kejahatan, lama2 akan terdedah juga..TApi aku selalu doa yang baik2 jer dalam hidup aku..Selebihnya aku serahkan pada Allah..

Hmm kepada si Dia yang ber'gurau' dengan aku tadi... Lain kali sila berhati2 dalam percakapan..Takut nanti boleh membawa pada perpecahan sesuatu hubungan.

No comments:

Post a Comment