Hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2011. Ini bermaksud juga entry ini adalah entry terakhir aku sebelum melangkah ke tahun 2012. Oleh sebab hari ni aku tak de apa aktiviti sangat..Encik tunang pergi berjalan2 ke singapore...kalo tak memang aku dah hangkut dia keluar..ha ha Untuk negeri johor juga, hari ni adalah public holiday. Maka harus cuti..Kalao kene kerja juga, majikan kena bayar double. Nak berjalan2 ke shopping complex pun, rasanya semalam dah jalan habis..
Aku berjalan berdua dengan adik tengah aku, kebetulan dia pun sama macam aku, nak habis kan cuti tahun..bunyi macam banyak jer cuti tahun kan? Padahal setakat satu setengah hari jer...bring forward, sudah...Tapi apa boleh buat..kehendak hati yang meronta2 nak cuti memang tak tertahan...Sebenarnya dah boring kerja..OK..tak nak la tulis hal kerja kat sini (yang entah apa2 tu..)Kita tulis hal2 yang menggembirakan saja eh.
Maka hari ni adalah waktu yang sedang2 elok aku nak menulis sesuatu kat blog..Sekarang aku kurang menulis sikit..Biasala la..bila mood malas menjelang...memang nak duduk menulis depan pc payah...Asyik2 nak baring2 kat katil, layan tab...ANGRY BIRDS..huhu (penangan tab tak sudah2)..Dan akhirnya tertdo...Buku pun dah jarang2 aku baca..Walaupun aku rajin membeli..Tapi lately ni aku bole control sikit nafsu membeli buku..Hmm nak kawen kot..ha ha (ada gatal tak?uikks tak de kene mengena langsung.)
Pada aku macam2 kenangan ada dalam 2011 ni..Itu biasa la kan...Yang paling best..bila aku bertunang dengan encik tunang la kan..setelah berapa lama eh kawan..hmm start kawan desember 2008, pastu rapat2..bulan mac 2009, then bertunang...oktober 2010..dan InsyaAllah 2012 akan disatukan..Harap2 semua urusan akan dipermudahkan...amin..
Pastu ada lagi kenangan yang agak best bila aku naik pangkat..Walaupun pada aku, benda ni tak de beza...kerja pun still lebihkurang sama, tapi tak dinafikan la..itu pencapaian terbaik aku setakat ni...Kerja pun biasa2 je kan..layan jer la...Aku suka juga kerja aku ni, terutama bila aku dapat awards..Setakat ni dah dapat dua award, deputy managing director & director award..Bukan voucher yang aku kejarkan, tapi atleast, apa yang team aku usahakan dipandang oleh management..Tanda penghargaan..Dan kadang2 jadi sumber motivasi aku juga... Setakat voucher tu..Hmm barang apa la sangat, beli pun kene tambah duit juga..he he..Ada, bersyukur, tak ada, tak apa.Ok enough tulis pasal kerja..Sensitif.
Lepas tu, apa lagi yang menggembirakan aku eh..Hmm aku style yang lupa2 sikit...Memori pendek..ha ha kadang2 ingat, kadang2 lupa..Itu sebab semua benda aku mesti tulis..hmm itu dua jer kot yang penting..yang lain biasa2 jer..hidup biasa2 kenangan pun mesti la biasa2 jer kan..
So kedatangan 2012 ni harap2 membawa lebih kegembiraan pada aku..Wow aku dah sediakn wishlist untuk tahun 2012 ni..Biasa la kan...start tahun baru, semua benda mesti baru...aku dah set target start awal muharram lagi..Elok lagi kan sempena tahun islam..Dan tahun 2012 ni adalah masa untuk start merealisasikan..fuh ayat memang tak tahan.
Pertama: Of coz aku nak jadi orang baru..Nak jadi yang lebih baik..lebih bermotivasi, lebih sabar, lebih tabah..Bak kata team leader aku ‘kukuh, gagah dan tabah’ huhu iyer la tu motto team kitorang..hmm apa yang aku tengah buat sekarang, melapangkan pemikiran, diam diri...banyak baca buku motivasi..lepas tu...blogwalking..(haa ni memang aku paling suka)..Paling penting juga aku nak lebih menjaga hubungan aku dengan Allah..Semoga aku sentiasa diberi petunjuk hidayah..dan ketenangan hati.
Kedua: Nak kawen, jadi kene la bersiap sedia..Mental dan fizikal..Banyak amik tau hal2 rumahtangga..baca2 buku..belajar apa yang patut..pastu kene start fokus buat wedding preparation..Banyak bendo woo nak kene buat..dok bincang2 dengan mak ayah aku pun, dalam fikiran dan terbayang..alangkah sibuknya nanti...hmm
Ketiga: Nak cari kerja baru..Ini memang aku tengah usahakan secara serius...Aku dan 4tahun kerja di company sama, memang sesuai la pada aku untuk aku tukar environment..Serius..Aku memang perlu environment baru..Harap2 ada rezeki untuk aku pada tahun 2012..
Itu tiga azam baru aku untuk 2012...InsyaAllah.. Aku akan berusaha kearah itu..
moga CEMERLANG MASA DEPAN!
ReplyDeletehi...thank you..
ReplyDelete