Saturday, December 21, 2013

MOOD,LAUK,PROGRESS RUMAH.

Lately ni banyak benda yang buat aku stress. Kerja. Ok kene mengaku, kerja sangat mempengaruhi hidup aku. Kalo mood tak baik disebabkan kerja, rosak sikit mood hidup aku selepas waktu kerja. Orang cakap senang. Belajar uruskan tekanan. Tapi orang sedar tak, kadang2 tekanan yang berlebihan dan tak dapat di tahan2, macam mana nak uruskan? Sabar. Satu perkataan yang mudah di ungkap tapi pengakhirannya? Sendiri juga yang rasa.

Ada lagi. Aku tersilap tafsir sikap seseorang. Bila aku terima respons yang tak disangka2, cepat2 aku sedarkan diri. Diam lebih baik dari bercakap. Ini pengajaran baru untuk aku mulakan 2014 nanti. Biar aku sendiri. 

Tayang2 lauk hari ni. Sambal tumis udang, sayur air, isi ayam goreng. 


Hari ni tergerak nak beli udang. Isi ayam tu pun aku lupa nak letak garam masa nak perap dengan kunyit. Patut la macam kekurangan rasa. eheheh.. 

Opss time tengah up entry ni, dapat mms dari encik suami, rumah baru dah di pasang meter air dengan api. 

 
I like.. Gril dah siap. Lepas ni plan table top dapur dan kitchen cabinet. Serius tak sabar nak tunggu semua siap dan cepat2 masuk rumah baru. Bye bye rumah sewa. 

Ok cukup sampai sini dulu bebelan aku. Kang esok sambung lagi (kalau rajin)

No comments:

Post a Comment