Wednesday, December 31, 2014

PENGHUJUNG 2014

Entry last tahun 2014.
Hmm apa yang nak diceritakan yer..
Pertama sekali, aku nak zahirkan rasa simpati kepada penduduk yang terlibat di kawasan banjir.
Doa je yang mampu aku titipkan supaya mereka semua tabah.
Ingat la, Allah tak akan memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya.
Allah sedang menguji, ujian Allah tanda Allah sayang kita.

Kalau tengok dekat media sosial, terlalu banyak post2 berkaitan banjir. 
Dan as usual, orang malaysia berlumba-lumba nak jadi keyboard warrior.
Tak usah la kita nak membesarkan sesuatu issue yang mungkin kita sendiri tak tahu kesahihannya.

Kisah pesawat AA yang disahkan terhempas masa penerbangan dari Surabaya ke Singapura
Masih terbayang pengalaman aku naik AA, Senai ke Langkawi masa honeymoon dulu. 
Juga masa aku travel Senai-KL, meeting 3D CAD. Masa ni naik Firefly.
Sepanjang terbang tu, hati resah sikit, sebab kita berada dekat atas. Kadang-kadang curi-curi tengok tingkap, tengok pemandangan bawah. Aduhai... Jadi aku tak sanggup bayangkan macam mana keadaan penumpang pesawat waktu dia terhempas.. Adakah panik ke, ramai-ramai menjerit ke, tak tahu. Betapa hibanya hati kaum keluarga bila dapat tahu pesawat terhempas. Diharap mereka bertabah.

Ok cerita tentang diri sendiri, 2014 sangat menarik pada aku.
Bulan 5, aku masuk rumah baru.
Gedebak gedebuk, cepat-cepat pindah bila semua dah siap. Yang basic saja la. Yang lain-lain, kemudian tambah..Banyak lagi wishlist nak kene tunaikan.

Bulan 9, wedding anniversary ke 2. Dua tahun kahwin, makin banyak belajar benda-benda tentang diri dan encik suami. Makin memahami. Orang kata 5 tahun pertama kahwin, adalah tempoh kritikal..
Setakat ni aku dengan encik suami takde masalah, Alhamdulillah..Moga-moga tahun 2015 lebih membawa kegembiraan pada kitorang, he he

Bulan 12, personal achievement aku. Dapat naik pangkat dan gaji... Alhamdulillah.
Semoga dengan rezeki yang satu ni, aku tak jadi lupa diri. Memperbanyakkan sedekah, sama-sama kongsi rezeki dengan orang lain. Rezeki yang kita dapat, bukan semua hak kita, ada bahagian untuk orang lain juga..Dan paling penting, aku kene sentiasa usaha untuk jadi lebih baik dalam soal kerja. 
Performance juga kene maintain.. Ohohoho yang ni ayat memang tak boleh blah.

Habis.. ini saja yang aku teringat nak tulis.
Esok masuk tahun baru. Kene listkan azam-azam baru

Agama- target baca satu hari satu muka al-quran, beserta terjemahan. Insya Allah.
Rumah- target nak lengkapkan perabot, deko-deko rumah, bergantung pada bajet terkumpul
Kesihatan- semoga kesihatan lebih baik, disiplin makan supplemen as usual..**shaklee sentiasa di hati
Kewangan- kurangkan perbelanjan tak perlu, bezakan kehendak dengan keperluan, perbanyakkan saving. 
Keluarga- kene rajin-rajin masak untuk jimatkan perbelanjaan, rajin kemas rumah, hahhah dan juga hmm semoga ada rezeki merasa nak duduk bertiga kat rumah ni. Selama ni berdua jer.. 
Kerjaya- semoga lebih baik dari tahun 2014. 

Ooo mentang-mentang la last entry, aku rasa macam dah tulis banyak ni.
Ok nak bersiap pergi makan luar. Malam tahun baru malas masak. 
Bye.

Friday, December 26, 2014

TAK SEMUA ORANG BERFIKIR MACAM KITA.

Ada dua cerita nak beritahu. Tapi sebelum tu, nak la aku katakan, aku ni hanya manusia biasa, penuh dengan kesilapan dan tak sempurna. Itu sudah semestinya. Jadi apa yang aku nak ceritakan ni, silalah diambil sebagai iktibar dan pengajaran. Agar kita sebagai orang yang terbuka mata dan minda, tak melakukan kesilapan macam ni..

Eeewaaahh, mukadimah bagai apa. Ini cerita pertama.
Semalam aku sempat ke Plaza Angsana, motif utama, nak beli dakwat pen pilot G2 tu, dah lama sangat body pen terletak dalam laci opis, dengan dakwat habis. Sekarang ada karnival kraf2014 dekat Plaza Angsana. Aku perasan satu benda, setiapkali ada apa-apa karnival yang dibuat dekat padang parking angsana, mesti kawasan parking yang baru dibukak tu sesak. Dan paling menyedihkan, pengunjung takda guideline macam mana nak parking. Layout parking pun semua orang main agak-agak saja. Ok rasa menyesal sebab semalam tak ambil gambar, tetiba tak nak la poyo sangat kan sikit-sikit tangkap gambar, tapi kalau ada gambar memang boleh jadi bukti. Betapa teruknya perangai sesetengah orang ni.

Rasa semua orang pun faham, kawasan parking ni pun sementara saja dibuka sebab the real parking lot dah habis digunakan untuk khemah karnival. Jadi laluan keluar masuk ada satu saja lah. Semalam habis je beli apa yang patut, sampai ke kat kereta, nampak laluan keluar dah dihalang oleh satu kereta singapore. Ohoi... tolong ye orang singapore, haih, nak cakap banyak pun memang buat sakit hati saja. Kang ada pulak yang label aku ni macam- macam. Kitorang siap kene pusing jauh, untuk keluar dari kawasan parking, hati memang sebal ok. Tambah pulak bila tengok kereta style parking syok-sendiri-ada-aku-kisah. Ops tak nak la berat sebelah, kereta plat malaysia pun sama saja perangai. Memang menyusahkan. Itu sebab aku rasa macam malas je nak redah masuk Plaza Angsana bila waktu sesak macam tu. Memang bunuh mood.

Nasihat aku: kalau pergi tempat-tempat yang memerlukan kita parking sepah-sepah macam ni, fikir dulu sebelum buat decision, jangan parking kereta sampai menyusahkan orang.

Sekarang cerita kedua.
Disebabkan aku hari-hari pergi kerja balik kerja lalu highway, jadi memang tak boleh nak elak-lalu pondok tol. Aku memang sebal tengok kereta yang tiba-tiba lalu touch n go-baki-kad-tidak-mencukupi. Hoii setiapkali kau touch kad tu tolong tengok berapa baki yang tinggal boleh tak??
Aku siap kene reverse kereta untuk masuk laluan lain. Bukan ke menyusahkan?

Nasihat aku: tolong la, kita kene la aware dengan apa yang kita buat. Sentiasa check, baki kad touch n go. Jangan la menyusahkan pengguna lain. Setiapkali touch, ambil sikit masa untuk pandang skrin yang disediakan tu, tengok berapa baki. 

Manusia ni macam-macam ragam, fikiran pun lain-lain.
Jika tak nak hidup kita disusahkan, jangan la menyusahkan orang lain. Sekian. Terima Kasih.

Wednesday, December 24, 2014

PERCUBAAN YANG TIDAK MENJADI.

Aku kan ada tulis tentang kek yang aku cuba buat, sebelum ni aku buat pakai adunan segera je, tapi kali ni aku adun sendiri bahan- bahan. Hmm dukacitanya nak beritahu, kek ni tak masak pun dibahagian tengahnya.. Tengok gambar ni..


Bahagian tepi, bila potong, nampak ok, tapi bahagian tengah, memang out. Rosak habis.
Memang ke tong sampah la pengakhirannya.

Aku rasa punca jadi macam ni, sebab masa membakar dan suhu oven. 
Mungkin oven aku tak sesuai bakar kek ni, dengan 180degree selama 30 minit.
Lepas ni kene cuba lagi, turunkan suhu dan panjangkan masa pembakaran. 

Kecewa sikit, tapi tak apa la, as long as aku nak belajar buat, esok-esok aku cuba lagi. Kene gigih ok. 
Hmm pakai adunan segera, belum pernah kek tak masak. 
Adun sendiri, habis semua tak masak. 

Usaha, usaha, usaha.  Ok layan Frozen kat astro fox movies.


RESEPI KEK BUTTER MUDAH.

Disebabkan hari ni aku ambil halfday leave,jadi aku masuk kerja sebelah pagi. Tu pun sekejap saja sebab pukul 1030 am dah janji nak pergi buy off golden machine. Ini kira macam sample untuk production reference. 

Boleh pulak aku rasa macam eh betul ke jalan ni ke kilang supplier.. Sebab perasaan nya lain macam, cepat-cepat on waze, pusing balik baru lah jumpa. Haih, macam baru pertama kali pergi kan. Bijak sangat. Berangan sambil memandu. Eh atau memandu sambil berangan. Entah.

Habis kerja terus balik rumah. Perasaan nak menyinggah memang kuat, fikir balik, elok la hala ke rumah terus, kang kalo menyinggah, banyak duit keluar ni, Aku kadang berbelanja tak ingat. 
Balik rumah terus, selamat duit.. 

Takde apa nak buat, meh la kita mem'baking'. Aha..Search resepi paaaaaaaling mudah. Jumpa kat blog namee, sorry aku tak boleh nak insert link. Tak pandai, update guna blogger ipad ni, as usual, limited function dia.

Meh aku cerita resepi dia.
1 cawan gula halus- aku guna gula castor
1 buku mentega buttercup tu yang 250g
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 sudu besar perisa ros
1 sudu teh pewarna hijau
1 kepinh coklat cadbury

Cara-cara:
1. Pukul mentega, telur dengan gula sampai kembang. Aku belom ada stand mixer, pakai hand mixer, bole tahan juga lenguh.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil pukul lagi..
3. Masukkan perisa ros, putar sampai sebati lagi, harum baunya, hihihi
4. Panaskan oven 180darjah celcius
5. Sapu minyak pada permukaan loyang. Keliling pun sapu juga tau.
6. Tuang adunan, ratakan, pastu letak kepingan coklat..Habis satu keping coklat aku kerjakan, hihihi
7. Baki adunan, aku letakkan pewarna hijau. Lepas tu gaul biar warna sebati, kemudian tuang habis ke dalam loyang.


Bakar dalam oven selama 30 minit.
Tu gambar atas adalah yang belum bakar, yang bawah tu, after 30 minit bakar. Tak pasti hangus ke apa. Nampak ada kesan cucuk kat permukaan kek, aku check lidi bersih je, tu tanda kek dah masak.
Jadi terus keluarkan dan sejukkan..

Masa entry ni ditulis, kek tak potong lagi. Tunggu encik suami balik baru aku potong. Hihi. Rasa sama-sama, alololo sweet kan.. wekk wekk.. ha ha ha

Sekarang ni musim hujan, simpati dekat penduduk pantai timur yang dilanda banjir, harap bersabar, dan jaga diri jaga family. Kawasan rumah aku pun tengah hujan juga ni. Harap-harap encik suami, tak la terperangkap dalam jem bila dia balik nanti. Ok daaa.. 

Mata rasa mengantukk. Persoalannya, adakah patut aku tidur? Ha ha, lelap mata 5 minit je kan...

Monday, December 15, 2014

ADA LAGI.. CUMA TAK UPDATE ENTRY..

Update blog pukul 12 pagi. Normal
ke tak normal. Entah la. Aku selalu je blogwalking. Nama nak mencoret sepatah dua kata- agak pemalas di situ. Amboi besar kan perangai M ni. Bagus sangat la tu.

Siang tadi aku masak lemak labu dengan ayam masak merah. 


Lama tak update gambar makanan yer. Tapi ni lauk biasa je. Err belum pernah lauk yang luar biasa lagi. 

13-12-14, harijadi aku yang ke 30 tahun. Umur sekadar angka, bak kata kawan sekolah rendah aku. Ye sekadar angka. So selamat hari jadi untuk diri sendiri, semoga murah rezeki, bertambah bahagia dan ceria disamping suami. Ooh encik suami pun genap 30 tahun pada 5-12-14 yang lepas. Sama-sama lahir bulan disember. Special kan? 

Aktiviti hari ni, jalan-jalan tengok-tengok apa yang ada. Tapi takde apa pun sebenarnya. Pergi persada ada PC fair, pack betul orang. Susah nak tengok2. Lepas tu ingat nak singgak Danga City Mall, ada Pet Exhibition, lagi la susah.Parking full semua. Akhir sekali singgah pasar malam sebelah stadium haji hasam yunus. Beli makanan sikit. Lepas tu balik.

Hmm tiba-tiba mata terasa mengantuk pulak padahal banyak nak tulis lagi. Sambung esok jer la. 

Ok bye.

Sunday, December 7, 2014

EXPO BUKU.

Bulan yang sibuk.
Sibuk nak menghabiskan buku yang baru dibeli semalam. Ada expo buku POPULAR dekat Danga City Mall. Borong jangan tak borong..




Ok moga-moga bermanfaat pada diri sendiri. 
Promo Shaklee: bulan ni promosi vitamin E dengan vitamin C. Harga menarik menanti.. 

Tuesday, December 2, 2014

JALAN JEM.

Ini kisah semalam. Balik kerja terlalu banyak kereta dari biasa. Jalan yang aku biasa lalu pun sampai jem dibuatnya. Slow sangat. Rupa-rupanya...


Tu nampak tu. Lori trailer besar rosak sebelah jalan. Adoi. Jalan dah la kecik jer. Ni muat-muat je lalu sebuah kereta je.

Sudahnya sampai rumah lambat. Dan mood aku pun takde nak masak bagai. Order je la. Harap-harap hari ni ok la trafik. Supaya aku cepat sampai rumah dan cepat masak. 

p/s: Mood memang da tak ada ni. Arrgh Tension.

Sunday, November 30, 2014

KUCING.

Semalam masa aku reverse kereta nak keluar pergi pasar, aku dengar kucing mengiaw. Ha ha tak tahu la ejaan betul ke tak. Slowly aku drive masuk balik dan keluar dari kereta untuk check. Pusing-pusing tengok macam tak ada apa. Ok fine. Slowly reverse kereta keluar balik. Lepas tu baru aku nampak.

Seekor anak kucing duduk tegak. Nasib la dia duduk lat bawah kereta. Paling aku risau kalau-kalau dia duduk belakang tayar. Mintak dijauhkan la. Aku tak nak terr langgar anak kucing.. Sob sob sob..

Cepat-cepat aku panggil encik suami, minta dia alihkan anak kucing tu. Entah macam mana dia boleh tersesat masuk. Kitorang syak dia masuk dari pagar yang kitorang gunting sikit tu.

Encik suami alihkan ke luar pagar. Petang tu aku dengar lagi bunyi anak kucing tu. Dah sah la. Dia masuk balik. Nampak macam lapar. So try bg minum air. Ha ha tak diminumnya pun. Lepas maghrib, encik suami decide pergi beli makanan kucing. 


Tapi bila dia balik rumah semalam, cari-cari anak kucing tu, tak jumpa pulak. Pagi ni pun takde dengar bunyi anak kucing pun. Haih.. Dah dibelikan makanan, takde pulak kucingnya.. Sama je situasi masa aku duduk flat dulu. Siap beli mangkuk dengan makanan lagi. Tapi lepas tu kucingnya tak ada. 

Ok hari ni breakfast samosa je. Menu lunch: nasi ayam. Sup dah siap, ayam da goreng. Tinggal masak nasi dengan sambal jer. 

Semalam masak mee bandung muar. guna perencah mak pon. Akhirnya dapat juga beli mak pon. Tu pun sampai ke kangkar pulai sana. Ok aku nak masak nasi ni. Sambung nanti.

Thursday, November 27, 2014

PELANGI

Kelmarin, waktu aku balik kerja, hujan turun dengan lebat. Drive dalam keadaan tak nampak jalan adalah sangat sukar. Tapi ada benda yang buat aku happy at the end..

Tadaaaa.....




Nampak pelangi besar betul-betul dekat kawasan rumah aku. Tiba-tiba rasa happy sebab terasa macam jalan bawah pelangi besar. Siap snap picture sebelum masuk parking kat rumah.

Happy. Macam kanak-kanak dapat gula-gula. Eh ada ke pepatah macam tu??

Tuesday, November 25, 2014

UPDATE LAJU-LAJU.

Lama betul rasanya tak menulis. Hari ni tergerak nak menulis sesuatu. Sabtu lepas baru je datang rumah Kak Laila, belajar teknik menulis blog dengan berkesan. Ada lah beberapa step yang nak kene follow. Perlahan-lahan ok. Nanti lama-lama, alah bisa tegal biasa. InsyaAllah akan diaplikasikan dalam masa terdekat. Harapnya tahap kerajinan masih lagi tertinggi. 

Ok itu aktiviti sempena cuti umum, keputeraan sultan johor. Takde buat apa sangat pun. Selebihnya duduk rumah, masak, makan, tidur. Ops kemas rumah sikit-sikit ada la. Jangan sampai tak buat langsung. Akak angkat aku selalu kata- bukan ada orang menyerak pun, duduk berdua saja kan.. Memang la duduk berdua. Itu yang sepatutnya bersih. Kalo duduk ramai-ramai, orang tak hairan sangat bila rumah sepah. Ehhh.. Apa ni. He he he

Semalam kilang aku cuti ganti. kebetulan encik suami cuti juga. Dia cuti ambil sendiri, tak ada ganti-ganti. Orang banyak cuti lah katakan. Ok decide nak tengok movie. Sebab encik suami register tgvclub. So ikutkan saja lah. Nak tengok Interstellar. Sebab rating tinggi. Ok fine. Masuk-masuk wayang je, tengok-tengok cerita dah jalan sikit. Macam da 10-15 minit kedepan. So ada orang yang sama session dengan kitorang pergi bagitahu kaunter suruh repeat. Hah lepas tu baru ok . Dia start dari mula. 

Overall cerita ni nampak ok. Enjoy walau lama duduk dalam wayang. Dengan tahap kesejukan lagi. Nasib la kitorang duduk seat belakang sekali. Jadi boleh duduk dengan gata freestyle. He he he

Ok aku tak nak la tulis sinopsis filem ni. Nak tahu lebih lanjut sila la menonton di pawagan berdekatan. Ha ha ha ok habis idea dah. Saja nak melepas rindu update blog. November pun dah nak sampai ke penghujung.. Hmm lambatnya nak gaji. He he

Sunday, November 16, 2014

SELALU MACAM NI.

Aku kadang-kadang saja je biarkan. Macam dah boleh agak,bila patut isi minyak. Tapi memang saja je kan.. Bila dah nyala indicator tu. Start gelabah *sikit*


Encik suami kata bole pergi lagi tu. Apa lagi berdesup la aku pergi stesen minyak secepat mungkin. Hihihi.

Nasib belum pernah alami kejadian kereta terpaksa berhenti tepi jalan disebabkan kehabisan minyak!!

Sunday, November 2, 2014

KOPI, SARAPAN, MAKANAN TENGAH HARI.

Kopi. 
Ni la dia kopi yang buat aku lambat tidur.


Yang bestnya tu bila aku bangun pagi, badan takde pulak rasa letih lesu. Tak pasti ni penangan kopi yang aku ambil waktu maghrib atau penangan shaklee bcomplex dan ostematrix yang memang dah jadi rutin aku untuk makan sebelum tidur.

Pagi ni sebelum prepare sarapan, aku buat lagi secawan kopi. Huh. Cari pasal. He he


Ok hari ni sarapan, buat yang senang saja sudah la. Kepala memang tak terfikir apa- cucur bilis..


Dulu-dulu sebelum kawen, aku suka bila mak aku masak cucur bilis. Sebenarnya aku lebih suka panggil jemput-jemput bilis. Tapi encik suami asik sebut cucur-cucur, aku pun dah terikut. Nah sedari aku tak pandai buat, sampai sekarang aku da expert. Da pakar da. 

Lauk lunch hari ni- Sayur sawi putih goreng dengan ayam panggang.. Sempat snap ayam je. Sebab time ayam da ready sayur belom goreng lagi. Hihi


Meh share resepi. Senang je tau.
Sediakan 4 ketul ayam. Macam aku tu.
Campurkan dalam satu bekas
- Bawang putih dan halia yang dikisar
- Dua sudu serbuk lada hitam
- Dua sudu sos cili
- Dua sudu sos tiram
- Dua sudu sos black pepper
- Garam secubit
- Dua sudu olive oil
- Dua sudu gula perang

Bila dah siap. Gaul rata dengan ayam. Perap sejam. Kemudian bakar dalam oven pada suhu 180degree selama 1 jam.

Ok rasa entry ni dah panjang. Aku pun nak bersiap keluar. Banyak tempat nak pergi ni. Sambung nanti.

TAK BOLEH TIDUR.

Update blog pukul 2 pagi?? 
Oooh my....
Yang sebenarnya aku tak boleh tidur. 
Bila difikirkan kemungkinan ada dua sebab. Pertamanya kerana aku dah lelapkan mata petang tadi. Start mengantuk dari pukul 2, lepas makan. Lepas tu lepak bilik kejap. Eeh mata tak nak lelap. Lepak hall balik, elok je sedar-sedar hari dah petang. Fuhh..
By the way hari ni aku masak simple je. Isi ayam goreng kunyit dan sayur air sawi.


Malam masak spageti goreng. 
Sambung cerita tadi.
Sebab yang kedua, aku rasa ni penangan kopi. Tahun lepas aku beli kopi shuib dari akak angkat aku. Bagus kan. Tahun lepas beli, tahun ni baru minum. Kopi tu belum expired lagi eh. Tahun depan baru expired. Aku jarang minum kopi. Teringat akak ipar aku pernah bagitahu. Kopi ni bagus. Anti oksida.
Jadi meh la kita merasa kopi shuib ni.

Aku membayangkan kopi tu pahit. Erk ha ha. Sekali bila bancuh... Hmm boleh tahan juga rasanya. Terus minum laju-laju. Sejuk kan dulu la. Siapa nak minum panas-panas. So hasilnya aku tak rasa mengantuk pun sampai sekarang.. 
Ooooh myyy esok mesti flat... Dah la esok banyak aktiviti..Biasanya aku akan dengar mp3 yasin kalau tak boleh tidur. Tapi ni da berulang2 dengar pun, mata tak nak lelap.

By the way, nak juga selit shaklee kat sini. 
Bulan ni ada promo Omega Guard.


Kalau berminat, boleh roger-roger. Hihi
Ok stop dulu. Nak cari mood tidur la. Esok nak buat banyak benda. Ok bye.

Saturday, November 1, 2014

TEKANAN DAN BOLA.

Lately ni kerja kat opis bertambah banyak. Sampai tak terkejar.
Aku cuba untuk buat sehabis daya, tapi rasanya masa mencemburui. 
Tiap-tiap hari aku akan set apa job yang aku kene settle dalam satu hari.
So bila by the end of the day, aku masih tak dapat nak complete kan job, aku stress.
Bila company provide setiap satu engineer satu laptop, untuk team aku, aku sampai rasa nak bawak balik rumah sambung kerja!

Aku dah siap request permission untuk access network dari rumah.
Bila aku try: you are not authorise to access this applications. Apa ni...
Bengang juga. Ingat bole la buat keje sikit dari rumah. Tapi lastly, tarak.

Lepas tu pagi tadi aku pergi pasar, borak- borak dengan ayah aku dengan adik aku.
Cerita-cerita.
On the way balik, rasa lapang sikit dada aku. Aku bercakap dengan diri sendiri.
Masa yang kita ada, jangan hanya tumpukan kepada satu-satu perkara sahaja.
Ini tidak adil. Seriously, tidak adil.
Contohnya, weekend adalah masa untuk diri sendiri dan family. 
Lupakan hal kerja, walaupun schedule tight.
Cukupla weekdays da fokus kerja, weekend sila cari masa untuk diri sendiri.

Kecewa, ya mungkin aku akan rasa kecewa, seolah-olah aku tak berjaya capai apa yang aku sasarkan.
Mungkin aku target terlalu tinggi, jadi aku senang kecewa bila tak dapat apa yang dikehendaki.
Belajar untuk lower down target, bukan petanda aku tak capable.
Cuma aku belajar untuk terima apa yang mampu aku buat pada satu-satu ketika.

Ok entry ni memang ditulis time fikiran aku serabut runsing memikirkan segala benda.
Teringat aku ayat dalam La Tahzan, lebih kurang macam nasihat.
Kita jangan la terlalu memikirkan esok hari, sedangkan kita tak tahu esok hari takdirnya macam mana.
Jikalau terlalu memikir nanti, akan timbul perasaan resah gelisah sedangkan kita sendiri tak tahu takdir esok hari.

Habis cerita, malam ni ada perlawanan JDT lawan Pahang. 
Dua-dua pasukam hebat, tak tahu mana menang, harap JDT la. Ha ha ha

Monday, October 27, 2014

INSTAGRAM.

Ok aku mengaku aku ni ketinggalan zaman sikit. Aku baru je create akaun instagram. Main reason is to follow blogger yang jual shawl online. Sejak-sejak aku terjebak membeli online ni kan. hihihi Ye la. Semua pun kata : refer latest update dekat ig. Sedangkan aku tak ada ig. Meh create satu. Senang nak follow. Senang nak tahu latest update.

Bila da start blaja, orang kata godek-godek akaun instagram. Mula la belajar follow instagram artis. Antaranya scha-awal, lisa surihani, fasha sandha. Ok fine. Aku pun saja la suka-suka nak follow. Suka nak tengok gambar. Hehe Tapi yang tak bestnya. Bila aku nampak dekat setiap gambar, ada je orang yang komen-komen, promote produk jualan. Aku rasa ni online seller la kan.. Bayangkan la. Contoh bila artis share gambar happy moment. Alih-alih komen, produk kurus la, ubat jerawat la, macam-macam produk la. Aku yang biasa-biasa pun rimas, apatah lagi tuan punya akaun kan..

No wonder la, chef wan kalau tak silap aku, sanggup delete akaun follower sebab tak tahan, dorang asik promote barang je. Nak berniaga tu boleh. Tapi kene pikir patut la kan.. 

Hmm akaun aku- masih belum ada satu
post pun, sebab aku tak terfikir lagi
nak tulis apa. Just profile picture tu pun buat ada-ada je.. Ok la da habis bebel bab instagram. Nak tidur la ni. Esok kerja. Fuh..

Saturday, October 25, 2014

BUKU,SHAWL.

Hari ni aku beli buku. Cuba nak membaca buku balik. Selama ni surf online. Semua pun online. Serius rasa nak kene pegang buku juga. Tiba-tiba bosan tahap mengadap ipad. Huh.


Buku sebelah kanan. Memang buku baru. Keluaran PTS. Buku sebelah kiri, sebelum ni aku pernah baca edisi mini. Tapi aku tak sure aku dah beli edisi penuh atau belum. Jadi aku beli je la. Sejak pindah rumah baru, koleksi buku-buku aku memang tak terusik. Dalam kotak je. 

Tengok la nanti kalau mood rajin datang, bila terjumpa ada buku yang sama(beli dua kali). Aku akan sedekah kepada kawan2 yang aku rasa patut baca buku tu. hihihi

Ok ni nak cerita. Lately ni aku jadi macam gila membeli shawl online. Kalau dulu shawl berbunga-bunga. Tapi sekarang ni shawl plain. Ohoi warna dia menarik kau. Aku agak2 je la kan warna yang masuk dengan baju sedia ada aku ni. Takde baju, kita beli tahun depan. Tapi rembat shawl dulu. Ha ha

First time beli thekasihshawls, dapat je terus try..Abaikan muka berkilat sebab penat balik kerja la katakan.


Dek kerana kain yang terlalu sedap dipakai. Aku beli lagi dua warna..Ni baru dapat. Sebab postage ke rumah mak aku. Hehehe 


Oooh my.. Tak sabar nak gayakan. Tiba-tiba ternampak blogger ceeranoh punya entry chiffon shawl warna yang cantik-cantik lagi. Aaaaa i like. Tunggu gaji la. 

Hari ni aku masak nasi, ikan caru bakar, dengan goreng sayur sawi. Gambar takde sebab masak pun da petang. Pagi amik heavy breakfast jadi skip lunch. Bole gitu? Lepas tu bila keluar jalan-jalan beli barang, aku sibuk nak balik cepat sebab nak masak. Tahan diri dari makan luar. Konon. Padahal perut lapar gila. 
Ok dah siap semua. Bebel pun da habis. Nak duduk melepek depan tv la. Bye. Sambung nanti.

Wednesday, October 22, 2014

LAUK.

Sambil layan drama kasih berbisik ni kan. Elok la aku sambil-sambil update blog. Kali ni nak cerita pasal lauk. Sebolehnya aku memang nak masak sendiri. Meh layan gambar lauk aku..


Ni hari apa tah. Aku goreng sayur kobis dengan isi ayam. Minggu lepas kot.


Ni kari ayam dengan kobis goreng. Ha ha kobis lagi. Ok ni lauk semalam. Hidang dengan periuk lagi. Kau ada buat macam tuh? Jimat pinggan ok. 


Ni lauk lunch hari ni. Fish fillet sweet sour dengan sayur air apa tah. Sawi pendek kot. Konon nak buat sambal goreng. Tapi takde pun. Malas ok. Tapi serius, teringin nak makan sambal goreng. 

Dan tadi - untuk dinner. Aku just masak cucur je.


Bole la kan. Malam tak payah makan berat-berat sangat. 

Kawasan perumahan aku ni banyak juga kaum india. Deepavali. Bunga api saja. Kuat-kuat pulak tu. Terkejut i... Tahan je la telinga. Hukhukhuk Satu hari je kan. Begitulah masyarakat majmuk.

Tadi singgah giant beli barang keperluan sikit. Ada nampak proton iriz. Spec nampak ok. Aku ingat nak tukar pakai kereta automatik. Tak tahan woo kereta manual bila jem.. mungkin wishlist tahun depan. Siapa tahu kan? hihi Ok. Sambung layan drama jap.

Tuesday, October 21, 2014

KEDAI ONLINE & HALA TUJU.

Cuaca hujan hari ni..Lebat pulak tu.
Esok raya deepavali, hari ni hari hujan. Ok syoknya tido.
Kerja kat opis ni senantiasa la ada. Makanya gigih aku buat kerja sambil berfikir. Banyak benda yang difikirkan.

Ooh aku dah ada kedai online, setelah lama gunakan Shaklee, aku tergerak la nak share kebaikan dengan semua disamping menjana pendapatan. Tak kan selamanya nak kerja makan gaji. Target untuk kerja dalam 10 tahun lagi, by the time umur da 40 tahun, memang confirm nak resign la.
Harap-harapnya semua berjalan lancar. Blog sekarang ni pun ada juga tulis serba sedikit tentang Shaklee. Aku tak akan delete entry lama-lama atau pindahkan ke blog baru. So kita biar je. Tapi official entry Shaklee tetap kat url yang baru.

Dijemput ke kedai online saya.
FB page: Kedai-vitamin-nani
Blog: kedai-vitamin-nani.blogspot.com

(tak sure la bila klik address kat atas tu dia link direct ke blog atau tak. update guna ipad, limited sikit function dia)

Jadi kalau ada reader yang nak dapatkan produk Shaklee, meh la kita sms/whatsapp. Ada harga istimewa. Hihihi
Bila ada dua blog nak kene manage, kadang- kadang sempat update satu je. Jadi akan ada salah satu blog yang terabai. Ok harap-harap tak. Kene gigih.

Habis cerita biz. Pagi tadi sebelum keluar pergi kerja aku da rendam ayam siap-siap. 
Menu malam ni: nasi putih + kari ayam + sayur kobis goreng telur (kalau rajin). 
Hari ni balik kerja pukul 5, so rasanya sempat la kot nak siapkan semua. Kene positif.

Bila tengok balik list menu mingguan aku: banyaknya lauk berasakan ayam. Oooh aku jarang beli ikan, Kadang teringin juga, beli seekor tapi last2 ke tong sampah. Memang tak masak ok.
Tu teringin nak masa mee bandung, tapi nak kene beli perencah siap. Buat sendiri adalah tak sedap.

Aku da terbayang-bayang menu esok juga.
Lunch: nasi putih + fish fillet sweetsour + sambal goreng. Kalau rajin lagi, haruslah goreng sayur. Hihihi.
Malam: Cucur bilis sahaja- malam tak boleh makan berat-berat. Jaga kesihatan. 

Ok masa rehat da nak habis. Kang kalau terus menulis, tak sempat nak publish pulak.
Sambung next entry,

Jangan lupa, like kedai online saya. Hehehe

Wednesday, October 15, 2014

JEM

Bad day. 
Hari ni aku keluar lambat. Tengok-tengok jalan sesak dengan kereta.
Bila aku nak masuk ke simpang highway, tapi kereta banyak. Serius sesak.
Terpaksa la lalu jalan biasa. Sekali rupanya....


Pun jem teruk. Tengok kat waze, sampai penghujung simpang jem. 
650 pm still tak lepas lagi.. Ohoi. Memang bunuh mood.
Perlahan-lahan himpit kanan, pusing balik masuk laluan ke highway.

Bawak laju-laju120km/j.. oooh hot-tempered person, please control yourself nani.
Tak fikir apa, hentam saja, asalkan cepat sampai rumah. Harap sangat tak ada speed trap ke apa.
Fuh..

Aku memang hari-hari nak sampai rumah cepat. Sebab utama, aku balik nak masak. 
Jadi bila aku sampai rumah awal, aku ada sikit masa nak rehat2. Sebelum memasak.
Tapi bila sampai rumah dah lambat, tambah pulak jem, memang tak der la muka aku nak masuk dapur. Jadi malam ni makan order. Gulp.. Melayang duit.. Sedapkan hati. Sekali sekala je kan..

Ok la malam ni layan drama kat tv3- Kasih Berbisik..sementara tunggu washing machine stop.
Stop dulu, sambung nanti.

Tuesday, October 14, 2014

TEAM BUILDING.

Ok lama tak upload gambar sendiri kat blog, ahahahaha mengada pulak aku rasa.
Semalam satu team pergi team-day (ala-ala team building) dekat Traders Hotel, Nusajaya.
Walaupun aku penduduk johor, aku pun kurang familiar jalan ke arah sana.
Nasibla ada waze.. Oooh pertama kali travel pakai waze, eee yaks macam la jauh sangat.. 
Tapi still pengalaman pertama kan, quite ok la. Memudahkan. Dan sampai juga aku kat hotel ni. Dalam fikiran da teringat-ingat. Ni kalau tak jumpa ni, mau aku pusing balik ni. Tak payah pergi terus. Baca review kat website, katanya parking depan hotel adalah limited. Sampai-sampai sana, ada banyak lagi petak parking. Syukur..

So activity biasa la.. malas nak cerita, he he he Nak tunjuk gambar je..
Aku takde la ambil gambar bagai. Cuma waktu lunch berkesempatan la juga pergi skybar swimming pool. Ni gambar amik dari tingkat atas hotel.. Best...Nampak tu kapal-kapal. Best eh naik kapal?


Kat mana-mana bila ada kesempatan, nak juga berselfie.


Dalam lif, dalam toilet, dekat cafe. Asal diri happy sudah. hihihi
Waktu balik pulak, hujan lebat. Malas nak tunggu, lari juga la aku ke kereta. Waktu balik, kene sentiasa awal. Semangat. 

Ok tu je nak tulis, idea pun tak berapa nak ada. Sambung nanti.

Friday, October 10, 2014

BERANGAN.

Semalam masak spageti aglio olio. Sebab aku berangan sket, jadi kiub ayam aku terus campak seketul. Sepatutnya letak setengah saja. Bila masa nak merasa.. Makk aiii masin yang amat. Try adjust lagi. Tambah air tapi nanti jadi spageti berkuah pulak? Tambah lada hitam pun still masin tak hilang. Ok redha je la. Buang semua kat sinki dan masak baru.

Serius teringat babak dalam masterchef. Yang kene repeat step kalau silap buat. Buat kali kedua barulah ok rasanya. Kali ni memang tak berangan. Stay fokus. Ha ha

Berangan ni kadang memang best. Depend pada apa yang korang angan-angankan.. Tak bole la aku nak tulis kat sini apa yang aku angankan. ahaks.

Ok hari ni last day keje dalam minggu ni. Haih cepat la hari berlalu.. 

p/s: menu malam ni, nasi putih, fish fillet black pepper, sayur goreng. Encik suami, please take note. hihihi

Thursday, October 9, 2014

HILANG BAU DALAM RUMAH.

Line clear. Meh la kita mengupdate blog. Rojak habis bahasa. Tadi hujan lebat. Ni da teringat2 kat rumah tu air masuk tempias ke tak.. Isk2 Kadang tempias kadang tak. Ikut angin. 

Weekend ni, ceh bajet hari ni jumaat la kan. Aku dah siap prepare schedule untuk weekend ni apa nak buat. Patut nak hantar servis kereta tapi aku rasa nak delay sampai lepas deepavali. Ok kan? da lepas lebih 1000km da. Harap-harap ok jer. Tak ada benda buruk jadi. Amin.

Aku ada baca review blog rasanya. Cara nak hilangkan bau masakan or sampah dalam rumah. Ye la da jenis masak hari2. Lepas tu pulak sampah memang banyak la. Tak payah nak cerita. Kadang sampai terlupa nak buang. Jadi ada bau sikit la kan.. fuh.. Lepas tu bila masak pun even hidupkan penyedut asap, still bole berbau sampai ke atas. Nasib la kan. Siang-siang hari pun aku masak tak bukak tingkap. Just angkat blind je... Tak suka lalat masuk. Mengacau je. Kalau rajin aku sembur la airwick manually. Ye manually sebab diapenser dia napa tah. Kadang ok kadang tak ok. 

Oh tips nak hilangkan bau katanya letak arang kat dapur. Tapi kalo letak arang macam tu je, pelik pulak. Jadi konon nya nak letak dalam pasu kecik la. Buat hiasan. So aku ingat nak survey2 pasu kecik la. Buat hiasan tu. Makin sepi pulak tengok dinding rumah semua serba putih. Da ada plan nak buat apa. Tapi tu tahun-tahun depan la cerita yek. Memang tak habis la kalao cakap pasal rumah. Fuhh..

Maybe aku akan survey pasu dekat SSF. Kedai tu kan ala-ala ikea. Nak pergi ikea kene tanya encik suami pulak larat ke dia nak drive. Hihihi Ok kita tengok nanti hasilnya. 

Tuesday, October 7, 2014

SATU JAM TANPA IPAD.

Tiba-tiba time rehat macam ni aku jadi blur. Mati akal sekejap. Plan asal, petang ni aku kene pergi singapore. Attend meeting. Tapi last minute cancel due to no update from last meeting agenda. Jadi no point la aku nak melanguk ke sana. Maka duduk-duduk saja lah aku di kerusi office. 

Hari ni aku tinggalkan ipad kat rumah. Erk rutin harian waktu rehat kat ofis memang aku guna sepenuhnya untuk online thru ipad. Dan bila ipad takde-tinggal kat rumah- jadi tak keruan dibuatnya. Sebab apa aku tinggalkan, sebab aku fikir aku busy takde masa nak online before travel to singapore. Ye la nak check email, prepare meeting agenda semua. Mana tahu kan.

Kawan aku kata aku ni terlalu depends pada ipad? hihihi May be yes and may be no. Aku dah lama notice since aku beli ipad. Betapa banyaknya pengaruh ipad dalam hidup aku. Bila nak masak- go through resepi mudah dari intenet, dekat ipad. Pagi-pagi celik je mata, capai ipad sebelah katil, check news. Macam gaya politikus dengan ekonomical person je. Padahal more pada hiburan, blog etc. Sebelum tidur pun, lepak-lepak kat katil, sambil belek ipad. Huh banyak sangat masa dengan ipad, sampai kadang dia pun jem. Ooh myy.. Eh kejap. Semua fakta ni memang totally menunjukkan aku addicted dengan ipad. So the answer is Yes. Aku tak nampak pulak sisi mana yang No. 

Bila fikir balik, ooo macam ni rupanya waktu kat opis tanpa ipad. Masa untuk muhasabah diri. Dulu-dulu sebelum beli ipad, bole je aku. Apa beza sekarang dengan dulu? 

Kesimpulan hari ni- meh kita cuba dari satu jam ke satu hari : TANPA IPAD. 

Ada berani? 

Thursday, October 2, 2014

MOOD MEMBAKAR LAGI. YEAY

Semalam sempat rembat barang kat bawah ni.. Kitchen scale dengan loyang kek baru. Yeay syok syok nya raya.. Tak pasal-pasal.. Ok mood menge'kek' berkobar2.. Lepas ni confirm da bole try resepi yang pakai penimbang punya. Accurate. No more reason. Hihihi



Malam tadi bakar kek lagi. Ni da potong-potong dapat la sebekas..


Bole la buat makan-makan petang bila balik kerj nanti.. Hihihi Ok balik cepat. Tak sabar nak makan kek.

Wednesday, October 1, 2014

PROMOSI ESP SHAKLEE.

Hot item shaklee: ESP. Banyak kebaikan minum ESP ni..Bulan ni ada promosi..Special..


Set bajet yang boleh dicadangkan seperti dibawah.






Berminat nak cuba, hubungi segera.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Monday, September 29, 2014

ISTERI Vs GIRLFRIEND.

PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN GIRLFRIEND PADA PANDANGAN SEORANG SUAMI

Isteri macam television (TV),
Girlfriend macam handphone (HP)

Dirumah tengok TV, pergi keluar bawak HP.

Kadang-kadang seronok tengok
TV, tapi selalunya masa banyak
habis main HP.

TV percuma sepanjang hayat, tapi HP kalau tak bayar servis line, talian akan ditamatkan serta merta.

TV saiznya besar, berat dan
buruk, tapi HP cute, comel,
ramping dan banyak butang
boleh picit dan boleh dibawa ke
mana-mana pada bila-bila masa saja.

Kos penyelengaraan TV murah aje, lagipun jarang rosak, tapi HP...mak oii.. mahalnya, selalu
meragam pulak tu.

HP bila kita bercakap dgn dia... dia jawab semula.... TV asyik nak kita dengar je dia cakap...

Yang sadisnya TV ada Remote
Control, tapi HP takde.

Cuma satu je kelebihan TV, takde virus. Tapi HP sekali kena virus habislah!

JADI.. JANGAN PENING KEPALA, SAYANGILAH TV ANDA..

p/s: ini message aku dapat dari group whatsapp.

MAKAN, AYAM, MANGGA, MEETING

Cerita hari sabtu:
Pending list kerja kat rumah makin banyak. Nak semak barang2 apa nak kene beli, nak masak, nak kemas rumah, nak basuh baju bla bla bla bla.. Oooh best nya kalau ada pembantu rumah(mode: berangan). 

Jadinya lunch aku masak ni je (yang mampu terfikir)


Balik-balik lauk yang sama je kan. Habis nak masak lauk apa lagi. Ha ha ha makan dua orang je pun. Bedal saja ok. Encik suami tapau ayam kfc. Peminat ayam. 

Malam-malam pukul 10 makan ni pulak. 


Gigih ok.

Cerita hari ahad:
Hari ni tak sempat snap lauk apa yang aku masak. Lunch makan nasi, sayur goreng dengan ayam masak lada hitam. Beli sakura organik chicken kat jusco malam semalam nya. Aku kan tak berapa  suka goreng ayam style letup-letup ni. Bertabah je la. Lepas campak ayam dalam kuali, layan tv kat ruang tamu dulu.  Dari jauh aku dengar bunyi letup-letup. Tengok-tengok habis percikan minyak ke dinding, ke lantai. Fuh.. Tak kuasa. Apa la petua goreng ayam perap dengan kunyit ni supaya dia tak letup eh.

Malam pulak makan mee goreng. Sebelum makan mee, aku makan sebiji mangga. Lepas tu terus perut rasa sebu dan berangin. Nak tanya, mangga ni buah yang berangin ke? Ni sampai pagi ni still ada rasa sakit perut- tapi kat hujung-hujung la. Tak macam malam tadi.. Adui...

Hari ni keje banyak. Nak siapkan itu siapkan ini. Paling penting nak siapkan meeting agenda untuk esok. Esok ada meeting dengan team yang selalu busy. Jadi memang kene list out semua pending item sebab kalau ter miss out. Susah nak jumpa dan meeting balik. Ok semangat-semangat.

Thursday, September 25, 2014

KEK CHOC MOIST.

Tajuk macam la aku nak share resepi kat sini. Padahal aku just beli tepung kek yang dah siap tu aje. Mudah dan cepat kan..


Bahan-bahan pun mudah je. Telur dan minyak jagung yang kebetulan memang dah ada kat dapur rumah aku. Tu minyak jagung tu da lebih setahun aku beli. Expired tahun depan. Tak tahu nak buat apa. Buat kek je la. Baru sekarang nak guna.

Adik aku kata- da malam pun sempat bakar kek. Uiiii apa tak sempat nya. Just pukul semua bahan guna mixer. Panaskan oven. Bakar. he he he 


Itu hasilnya. Encik suami tak suka makan kerak-kerak tu. Jadi aku buang keliling kerak tu semua. Ambil yang tengah je. Menjadi juga la kek choc moist ni. 

Next time nak try resepi la. Tapi ada beberapa bahan nak kene beli. Especially penimbang. Kang susah nak sukat bahan. Ok. Letak dalam wishlist sambil search resepi kek mudah. 

Sunday, September 21, 2014

DRAMA KOREA.

Weekend kali ni aku habiskan masa layan balance episod drama korea-Temptation.
Jadi tidak la aku tertunggu-tunggu next episod setiapkali isnin dan selasa. Terima kasih daun keladi, encik suami sebab downloadkan untuk aku. he he he


Apa yang boleh aku simpulkan..
1. Perasaan dendam yang disimpan dalam hati, tak akan membawa kita ke mana, sebaliknya akan menyusahkan diri sendiri. Menyesal kemudian tidak berguna.
2. Jangan sekali-kali diusik hak orang. Hehehe Dalam cerita ni, watak CEO, kalau dia tak mula kan dengan si suami orang tu, benda tak jadi. Rumahtangga dorang pun tak la bergolak dan bercerai.

Sebenarnya aku tak happy dengan ending drama ni. Dia macam tunjuk happy ending between CEO dengan bekas suami orang.. Adoi.. Tapi aku sendiri pun tak expect nak ending macam mana?
So layan je la.. hihi.. 

Ok esok da start keje.. Oooh malas sikit rasanya..Hmmm...

Saturday, September 20, 2014

LAUK LUNCH.

Semalam aku halfday. Sebab nya nak masak lunch kat rumah. Encik suami tak keje. Time dia keluar solat jumaat, aku bersilat kat dapur. Siapkan masakan yang tak seberapa.


Nasi, daging kicap, kobis goreng telur. Hmm banyak nak tulis kat blog. Tapi nanti la. Mood pun tak berapa nak ada. 

Ok tu je. Bye.

Monday, September 15, 2014

KARI DAGING

Aku dah lama tak meng'kari'. Sejak aku rasa kari yang aku masak ni macam kurang sedap. Jadi aku lama dah tak buat kari. Sehingga semalam. Aku masak  kari daging. 


Tu pun lepas aku godek-godek resepi. Pilih punya pilih. Akhirnya masak style macam ni.

Bahan-bahan:
1. Bawang merah bawang putih halia blender separuh halus. Agak-agak la kan. Rumah aku tak ada lesung batu. Semua benda pakai blender. 
2. Sediakan rempah 3 sekawan tu- kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih.
3. Rempah kari babas. Aku beli dua sekali- adabi dengan babas ni. Tak sure nak pakai yang mana. Tapi lastly decide pakai babas. 
4. Daging yang dihiris nipis. Aku kalao potong daging, suka potong besar. Sekali makan. Tapi sebab nak masak kari, gigih potong sekecik mungkin. Senang empuk katanya.
5. Air 600ml. Sukat agak-agak jer.
6. Santan pekat. Aku guna santan S&P. Senang. Beli paket-paket. Nak pakai, sila bancuh dengan air.
7. Garam secukup rasa.
8. Kentang potong kecik.

Cara masak:
1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masukkan daging, kacau rata.
3. Masukkan rempah kari babas, kacau rata lagi. Biar sebati dengan daging.
4. Masukkan air. Masak sampai mendidih dan daging empuk.
5. Masukkan kentang dan santan pekat tadi. Masak lagi dalam 5 gitu.
6. Rasa kuah. Tambah garam. Kemudian kari daging siap..

Makan dengan nasi panas dan sambal belacan adabi. Ooh.. aku beli sambal belacan adabi yer. Yang siap tu. Ready to eat. Senang dan mudah. Rasa pun bole tahan. 

Ok tu dia cerita semalam. Cerita hari ini- aku keje tapi encik suami tak keje. Moga-moga petang nanti ada keluar email bole balik awak due to public holiday esok. Berharap ni. Ha ha ha

Aku suruh encik suami masak pizza je kat rumah. Kang kelaparan pulak dia tak makan. Tu dia send picture: tergoda gak ni. Nak balik rumah sekarang, bole tak??


Friday, September 12, 2014

MOOD BAKAR KEK.

Oven kat rumah aku ni, kitorang beli sebelom masuk rumah lagi. Baru-baru ni je tergerak nak guna. Orang kata try and error. Lalu bermula la projek mem'baking' kek. Benda baru ni, harus lah excited. 


Untuk cuba-cuba, beli je la adunan segera. Ha ha ha. Opss abaikan periuk nasi yang besar itu dan juga aha.. manual oven. kikikiki Bersepah barang merata-rata ada.

So follow je instruction, lepas tu bakar. 


Ni masa tengah bakar. Kejap-kejap lari tengok oven. Excited. Over kemain.


Hah tu tengok sampai gemuk gebu adunan kek tadi. Tapi leka tengok tv, kek hangus ditepi..


Tapi still boleh makan. 
Lepas ni nak try resepi kek lain. Nak adun sendiri bancuhan tu. Resepi dah ada. Barang je belum beli. Ok takpe. Tunggu next entry. 

Thursday, September 11, 2014

SHAKLEE: OMEGA GUARD.

Minyak ikan terbaik dari shaklee- Omega guard.
Sebotol tahan untuk kegunaan 2-3 bulan.


Antara set cadangan:



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*