Sebab minda aku da set dua benda penting kat atas tuh, jadi memang terus je aku pegi kedai kain- pilih2 kain.. Budget dalam rm200 je, nak tengok berapa pasang kain boleh dapat. Pilih2 punya pilih, amik 4 pasang baju, setiap satu rm70. Total rm280. Memang over budget la kan. Mintak diskaun. Uncle tu pun bagi rm260 je.. Sempena tahun baru katanya. Bole la..
Aku bab memilih kain dan tona warna memang cerewet. Kalao boleh aku tak nak beli kain yang background dia warna terang. Sebab nampak jarang. Sebolehnya aku juga elak beli kain yang corak2 nya ada kaki. Pernah beli dulu dan baju tu aku pakai sekali dua je. Lepas tu memang tak de mood nak pakai.
Satu benda yang aku belajar dalam membeli kain ni. Aku tak sesuai beli online. Aku jenis yang kene pergi kedai, tengok2. Pegang2. Rasa2 kain dia. Sampai la aku puas hati. Opps terasa sangat macam lama dah aku tak beli kain baju baru.. Kedekut di situ yer. Soo mood adalah happy bila dapat beli kain2 ni.
Selesai beli kain, aku masuk UO saja nak tengok ada sale ke apa. Ooh handbag ada sale juga. Belek2 tengok2 pegang2.. Hati kecik berkata2 juga. Tapi dorongan tak kuat. Asyik2 terfikir beg sekarang ni masih elok lagi. Lama juga aku da pakai handbag sekarang ni. Sedari belom kahwin lagi kot..Dua tiga kali pusing, diri masih tak cukup gagah nak amik satu handbag dan bayar. So aku tak nak buang masa, terus keluar dari area handbag, pergi area pakaian perempuan. Nampak cardigan murah rm20 je sehelai. Terus beli dua helai. Perempuan kalao membeli memang tak hingat..
Tengah syok2 cuba cardigan, adik aku call. Konon nak suprise kan aku. Datang rumah tak bagitahu. Rupanya dia yang suprise tengok aku takde kat rumah. Hahaha Siapa suruh datang tak bagitahu kan? Terus decide jumpa kat angsana.
Adik aku ni satu peel dia, asal kuar dengan aku je, mesti nak makan.. So kitorang decide nak cuba makan kat Tesconi Pizza. Entah betul atau tak ejaan nya aku tak pasti.
Kitorang order cuppocino ice which is tak sedap langsung!! Geram sekejap aku ni..
Aku dengan adik aku geleng kepala je tengok. Bagi aku servis kat sini lambat. Macam dorang tak ready. Macam mana nak layan customer. Gap masa antara amik order dengan makanan sampai sangat lambat. Aku cuba untuk bersabar dan fikir positif.
Makanan yang di pesan dah sampai. Baked macaroni dan baked lasagna..Hmm layan jer la. Kitorang tak order pizza pun. Sebab macam tak menarik je choice. Dan harga yang tertera kat menu, pada aku adalah mahal.
Total rm58.95 untuk dua orang makan.. Hmm confirm ini kali pertama dan terakhir aku masuk kedai ni.
Ok bye. Nak layan tv jap. Sambil tunggu encik suami balik.
mesti ko bengang kan makan kat situ..hihi..nani, tunjuk la picture baju ko tu..nk gak tgk..hihi
ReplyDeleteIpa, btol, memang aku bengang.. tu 1st and last la aku singgah...
ReplyDeleteAku baru beli kain je la ipa, belom sempat hantar pergi tailor pun.. kuikuikui