Saturday, February 1, 2014

DAGING MASAK MERAH YANG SIMPLE.

Hari ni macam nak kene sakit tekak. Jalan selamat cuba telan strepsil seberapa banyak dan juga minum air masak banyak2. Lepas tu aku ingat nak kene minum performance drink dan makan vitamin c juga..

Hari ni pun still banyak kedai yang tutup. Pergi pasar pun, orang tak ramai macam selalu. 

Ok jadi lauk hari ni simple saja- sayur air macam biasa, dengan daging masak merah yang simple.



Meh ni ada resepi:
Bahan2: bawang merah bawang putih cili kering kisar. Daging batang pinang yang dihiris2. Sos cili, sos tiram dengan sos tomato dua sudu setiap satu. Sebatang serai yang dititik. Gula. Garam aku tak letak pun. 

Cara2: 
Goreng daging dalam minyak. Aku guna minyak zaitun. Goreng separuh masak. Lepas tu ketepikan. Tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan sos yang tiga jenis tuh, masukkan serai. Tambah gula sikit. Lepas tu rasa. Kalau kuah kering sangat, sila lah tambah air. Bila rasa da ok, masukkan daging. Masak sekejap..

Kemudian siap.. yeay bole makan sekarang. Ok bye.

No comments:

Post a Comment