Selain waktu kerja, (aktiviti aku kat rumah) aku akan buat ikut suka. Bila free, aku buat, bila aku rasa aku busy-penat, nak rehat2 sambil layan internet or tv, aku akan delay siapkan sampai aku kadang2 terkejar2.. hahahah buruk perangai ok..
Start bulan march ni, aku ada buat satu rules baru pada diri aku.
Matlamat utama ialah: perasaan mesti lebih bagus dari bulan sebelom ni, dan juga cara nak jimat duit belanja. Perasaan ni adalah subjektif kan, so.. fokus utama dah jadi cara nak kurangkan duit belanja.
Bab pertama yang aku nak cuba adalah: bab memasak..hohoho doa la moga2 aku diberi kekuatan.. Ini cara yang paling mudah wei nak jimat duit...
Minggu ni aku sediakan menu satu minggu terus..
1/3: isi ayam goreng, sayur goreng : ok done
2/3: ayam masak merah, sayur goreng : ok done
3/3: meehon goreng, fish fillet : ok done
4/3: daging goreng, sayur air kobis
5/3: meehon goreng, ayam goreng
6/3: spageti, nuget
7/3: ayam masak merah, sayur air
Setakat ni aku ontrack lagi, still follow menu2 ni..Makanya, carta perbelanjaan mingguan kat pasar pun da berubah, beli barang apa yang nak digunakan saja...Haaa bagus kan? tak la membazir kalau ada lebihan..Begitu juga bila beli kat pasar raya, aku akan listkan siap2 apa barang yang betul2 da habis atau dah nak habis..Baru cari dan letak dalam troli.
Bab kedua adalah: tabahkan hati dari godaan nafsu membeli barang tak perlu.. Haha baru2 ni aku tdo sampai termimpi2 nak pakai kereta baru. Nak myvi nak myvi.. kereta yang pertama aku beli- kancil, tu pun pakai duit ptptn, hahah pastu bulanan ayah aku bayar, aku bayar start aku keje sampai la aku beli kereta kedua- myvi. Lepastu kancil bagi kat adik kedua aku, myvi bagi kat adik bongsu aku- aku pakai kereta gen2 encik suami.. Dan lately ni teringin nak pakai myvi balik!!! Apa punya perasaan da... Nak amik balik myvi lama aku memang tak boleh la kan... Dulu pakai verbal agreement, keta tu akan jadi hak adik aku.. So terbayang2 la kereta baru.. Jangan nani... nafsu tuh..
Sama juga dengan jam tangan... Jam sekarang ni, asik mati2 je.. Bateri dah pun tukar, tapi still tak ada perubahan.. Jam baru dah menari2 depan mata ni.. Ohoi.. setakat ni ok lagi, berjaya kawal nafsu lagi..
Hmmm macam2 la kan...
Ok tu saja lah nak membebel. Sambung lain kali. Semoga misi aku kali ni tercapai.
Bye.
No comments:
Post a Comment