Thursday, March 27, 2014

TERJAGA..JALAN BERLIKU UNTUK BALIK RUMAH.

Ambil kesempatan untuk update blog.. Sebenarnya aku terjaga dari tidur. Teringat kain yang patut disidai... Tengok2 jam...Argh lambatnya waktu berlalu...

Semalam aku sampai rumah kurang lebih pukul 9 malam. Khabarnya ada kemalangan maut berlaku dekat jalan senai-skudai. Sehingga papan tanda jatuh merentangi jalan. Maka jalan jem. Sesak. Semua kereta hala ke JB dah dilencongkan lalu tol kempas. 

Mulanya aku plan nak turun tol skudai. Tapi dek kerana aku dah duduk lane kanan dan kenderaan berderet beratur kat lane kiri. Aku tak bole langsung tukar haluan masuk lane kiri! Terpaksa juga teruskan perjalanan sampai tol kempas.. Part ni yang paling seksa, lebih satu jam stuck dengan kereta bergerak slow sangat2. Menderitanya kaki kiri aku sakit tekan clutch sampai rasanya aku betul2 perlu tukar kereta gear automatik! Nasib la perut tak meragam nak terasa pergi toilet ke apa..

Lepas je tol kempas, rasa lega yang amat sangat. Oooh lupa nak cerita lagi. Time2 macam ni juga la hp battery aku habis. Selalu ada la tinggal beberapa percent waktu aku balik petang. Kali ni memang flat terus. Terpaksa communicate dengan encik suami via msg guna ipad. Tapi lost contact dengan adik aku- adik aku follow decision aku untuk lalu tol kempas. Tapi sebab dia tak familiar jalan turun dari tol kempas ni, since aku lost contact dengan dia, terpaksa minta bantuan encik suami. Sekali lagi, time2 macam ni baru lah terasa perlunya powerbank atau beli hp satu lagi! Sebab ipad tak boleh guna untuk call.. Nasib juga bole msg encik suami untuk maklumkan status. huh..End up bila aku da sampai rumah, adik aku sesat masuk jalan entah pegi mana. Terpaksa bagi dia direction untuk keluar dan cari jalan balik rumah. Total perjalanan balik rumah aku: 2jam. Adik aku: 3jam setengah plus sesat. Eheheh
Nasib la bukan jem hari2. Still acceptable sekali sekala, kasi adventure sket. Kalau selalu macam ni- memang bunuh mood la balik rumah setiapkali pun...

Sampai ke rumah- big box menanti.. Ok masa untuk makan dan zzzzz... Argh penatnya....

4 comments:

  1. penatnya dgr...ambil masa utk berehat dulu :D

    ReplyDelete
  2. tu la kak. memang penat. sakit kaki tekan clutch masih terasa lagi ni..

    ReplyDelete
  3. nur, beli charger hp yg bleh charge dlm kereta... akak pon slalu abis bateri. charger tu la penyelamat...

    ReplyDelete
  4. kak nina, ada plan nak beli. baru sekarang terfikir. hehehe berguna juga benda2 macam tu rupanya..

    ReplyDelete