Wednesday, December 18, 2013

BIG BOX-PIZZA HUT.

Dinner aku malam tadi- big box. Ini kes kurang rajin nak memasak.


Haih tak bole makan selalu. Sekali sekala OK.

Tuesday, December 17, 2013

BIKIN PANAS

Hoho ini kereta memang bikin hati aku paaanaaaassss...

Pagi2 turun bawah nak masuk kereta nampak dia parking baik punya dekat..


Time ni aku da masuk kereta dengan perasaan bengang la kan...

Ko tengok gap dia kat cermin
kecik tu.. Dekat je, aku buka pintu pun sikit je.. Nasib aku bole muat masuk..kuikuikui


Nanti aku nak aim siapakah tuan kereta ini. Nak tengok dia atas bawah. Grrr..

Sunday, December 15, 2013

RESEPI: DAGING MASAK BLACKPEPPER.

Kali ni nak share resepi lagi. Daging blackpepper..resepi dapat kat youtube. 


Bahan2:
- Daging yang dihiris nipis dan direbus
- Bawang merah bawang putih dihiris nipis
- Sos blackpeper, serbuk blackpepper, sos tiram, sos tomato, kicap manis

Cara2:
- Tumis bawang sampai naik bau
- Masukkan sos blackpepper dengan serbuk blackpepper, kacau sebati
- Masukkan sos tiram, sos tomato dengan kicap, kacau lagi
- Masukkan daging dengan sedikit air rebusan daging, kacau rata
- Rasa kuah dia.. lepastu adjust ikut suka. Siap..

SHAKLEE: OSTEMATRIX.

Siapa yang perlukan Kalsium?
1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
2. Mereka yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
          9. Mereka yang mempunyai    masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
Ostematrix Shaklee ini diperkaya dengan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Ia sangat mudah untuk ditelan, tiada bau, tiada rasa.
Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Ia juga penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

OsteMatrix Membekalkan:
1. 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
2. 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
3. 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
(utk 4 biji ostematrix)

Kaplet bersalut yang mudah ditelan

Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Jika berminat, sila hubungi untuk dapatkan harga menarik dan konsultasi percuma.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Saturday, December 14, 2013

SHAKLEE: OMEGA GUARD.

Anda perlu ambil Shaklee Omega Guard sekiranya anda salah satu golongan dibawah: 
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yg ingin meningkatkan kepekaan , daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yg mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan(tulang dan sendi)

Kalo berminat, cepat2 sms/whatsapp.. Harga menarik menanti..
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

KELEBIHAN DAN FAEDAH JADI AHLI SHAKLEE.

Ada masa sikit ni, meh la kita bercerita tentang SHAKLEE.
Bagaimana nak jadi ahli?

  1. Pendaftaran ialah RM65 seumur hidup (tambahan RM10 untuk pos member kit ke Semenanjung Malaysia dan RM20 untuk Sabah/Sarawak),
    ATAU
  2. Membuat pembelian RM660 (200 UV point) untuk keahlian percuma,
    ATAU
  3. Pembelian 2 botol Vivix untuk keahlian percuma
    ATAU
  4. Pembelian 3 kotak Collagen Powder untuk keahlian percuma.
Antara kelebihan jadi ahli:
  1. Untung runcit dari harga jualan sehingga 30%.
  2. Bonus prestasi melalui setiap pembelian. Setiap pembelian produk anda akan dapat point yang dipanggil UV. Dari UV ini, Shaklee akan menukarkannya kepada cash yang anda akan terima setiap bulan sehingga 21%. Peratusan bonus yang diterima adalah mengikut nilai pembelian. SEMAKIN BANYAK ANDA BELI SEMAKIN BANYAK ANDA DAPAT. (Minimum 5% dan maximum 21%)
  3. Bonus Kepimpinan
  4. Bonus Tambahan
  5. Insentif Coordinator setelah anda mencapai rank COORDINATOR.
  6. Insentif Tambahan dari setiap rank yang kita sudah capai.
  7. Bonus Kereta iaitu wang yang akan diberikan mengikut nilai UV yang kita kumpul. (Apa itu UV, kembali ke no 2)
  8. Insentif pelancongan ke luar negara dengan layanan 6 STAR.
Apa kelebihan produk Shaklee ini berbanding lambakan supplemen lain di pasaran?

Produk Shaklee dijamin selamat dan sumbernya adalah tumbuhan semulajadi. Melalui ujian klinikal dan mendapat pengiktirafan FDA.
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
o TIDAK Mengandungi Paraben
o TIDAK Mengandungi Triklosan
o TIDAK Mengandungi Phthalates
o TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
o TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
o TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
o TIDAK Mengandungi Glikol
o TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
o TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
o TIDAK Mengandungi Ammonia
o TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
o TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
o TIDAK Mengandungi Formaldehyde
o TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
o TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
o TIDAK Mengandungi Toulene
o TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
o TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
o TIDAK Mengandungi Pewarna
o TIDAK Mengandungi Lemak Trans
o TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
o TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
o TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Mitos atau benar. Produk Shaklee tidak halal??

Mitos semata2 yer...
Produk Shaklee adalah HALAL. Produk Shaklee mendapat sijil HALAL daripada Islamic Services of America (ISA) sebuah badan pengeluar sijil halal yang mendapat pengiktirafan dari JAKIM, Malaysia

Info tanbahan, keahlian adalah seumur hidup. Kalo jadi ahli untuk makan sendiri je, tak perlu maintain point. Tapi kalao nak fokus bisnes, kene dapatkan point tertentu dan maintain point tertentu.

Ok, itu saja, Kalau ada yang tak faham, boleh whatsapp/email. Daa..

RESEPI: ISI AYAM GRILL.

Ketandusan idea nak masak apa. Asyik lauk sama jer.. Teringat ada isi ayam. Fikir2 balik, macam nak goreng jer tapi macam malas nak masak sesuatu guna minyak banyak. So goggle jap resepi. Banyak yang keluar resepi ayam paprik la ayam blackpaper la ayam sweet sour. haih.. Last2 buat isi ayam grill saja. Hari tu da buat guna ayam ketul2 kali ni guna isi ayam pulak. 

Bahan2: Isi ayam yang di potong nipis2, cajun, italian herb, blackpepper dengan gula perang.

Cara2: Gaul isi ayam dengan semua bahan. Perapkan 15 minit.


Ini isi ayam yang tengah diperap. Sukatan ikut suka hati yer. Masak ni kena pakai gerak hati tak perlu nak skema2 bape sukatan sangat. Hentam jer.

Lepas tu panaskan pemanggang ajaib, cairkan butter, masukkan isi ayam. Grill macam kat kapten steamboat pulak rasa nih.. Agak2 da masak, bole angkat letak dalam pinggan. Tak perlu masak lama sebab isi ayam tu kan da potong nipis2, memang cepat je masak nya. 


Ini setelah siap. Bole makan dengan sos cili..ok siap la satu lauk.. macam biasa la tak mungkin aku masak satu lauk jer. nanti ada pulak suara encik suami- tak percaya la ada satu lauk jer- Maka aku tambah additional lauk: sambal ikan bilis.. Layan..