Saturday, December 28, 2013

MENJELANG 2014.

Lagi beberapa hari menjelang 2014. Tahun baru. Azam baru. Sebenarnya da start mula berazam baru sejak awal muharam lagi. So permulaan 2014 ni target mestilah dah berusaha ke arah azam yang diangan2 kan tuh..


Banyak kenangan sepanjang 2013 nih. Antaranya pergi main kat USS bulan ogos, dapat kunci rumah bulan oktober, november disember, struggle buat renovation rumah, survey sana sini. Opps bersyukur juga sebab tahun ni ada rezeki lebih- salary adjustment & increment. Alhamdulillah..moga2 rezeki yang ada ku dapat kongsikan bersama keluarga dan sesiapa saja.

Ok, karang entry pun sambil menunggu ayam bakar ni masak. haih sudah kehabisan idea.. bakar ayam saja. Tak sia2 aku beli pemanggang ajaib nih. Resepi- campak2 saja herba yang ada.. kuikuikui


Lauk lain pun semestinya kene ada. Kobis goreng telur dengan sotong masak  kunyit..


Ok bye. Itu je..

Saturday, December 21, 2013

MOOD,LAUK,PROGRESS RUMAH.

Lately ni banyak benda yang buat aku stress. Kerja. Ok kene mengaku, kerja sangat mempengaruhi hidup aku. Kalo mood tak baik disebabkan kerja, rosak sikit mood hidup aku selepas waktu kerja. Orang cakap senang. Belajar uruskan tekanan. Tapi orang sedar tak, kadang2 tekanan yang berlebihan dan tak dapat di tahan2, macam mana nak uruskan? Sabar. Satu perkataan yang mudah di ungkap tapi pengakhirannya? Sendiri juga yang rasa.

Ada lagi. Aku tersilap tafsir sikap seseorang. Bila aku terima respons yang tak disangka2, cepat2 aku sedarkan diri. Diam lebih baik dari bercakap. Ini pengajaran baru untuk aku mulakan 2014 nanti. Biar aku sendiri. 

Tayang2 lauk hari ni. Sambal tumis udang, sayur air, isi ayam goreng. 


Hari ni tergerak nak beli udang. Isi ayam tu pun aku lupa nak letak garam masa nak perap dengan kunyit. Patut la macam kekurangan rasa. eheheh.. 

Opss time tengah up entry ni, dapat mms dari encik suami, rumah baru dah di pasang meter air dengan api. 

 
I like.. Gril dah siap. Lepas ni plan table top dapur dan kitchen cabinet. Serius tak sabar nak tunggu semua siap dan cepat2 masuk rumah baru. Bye bye rumah sewa. 

Ok cukup sampai sini dulu bebelan aku. Kang esok sambung lagi (kalau rajin)

Friday, December 20, 2013

Wednesday, December 18, 2013

BIG BOX-PIZZA HUT.

Dinner aku malam tadi- big box. Ini kes kurang rajin nak memasak.


Haih tak bole makan selalu. Sekali sekala OK.

Tuesday, December 17, 2013

BIKIN PANAS

Hoho ini kereta memang bikin hati aku paaanaaaassss...

Pagi2 turun bawah nak masuk kereta nampak dia parking baik punya dekat..


Time ni aku da masuk kereta dengan perasaan bengang la kan...

Ko tengok gap dia kat cermin
kecik tu.. Dekat je, aku buka pintu pun sikit je.. Nasib aku bole muat masuk..kuikuikui


Nanti aku nak aim siapakah tuan kereta ini. Nak tengok dia atas bawah. Grrr..

Sunday, December 15, 2013

RESEPI: DAGING MASAK BLACKPEPPER.

Kali ni nak share resepi lagi. Daging blackpepper..resepi dapat kat youtube. 


Bahan2:
- Daging yang dihiris nipis dan direbus
- Bawang merah bawang putih dihiris nipis
- Sos blackpeper, serbuk blackpepper, sos tiram, sos tomato, kicap manis

Cara2:
- Tumis bawang sampai naik bau
- Masukkan sos blackpepper dengan serbuk blackpepper, kacau sebati
- Masukkan sos tiram, sos tomato dengan kicap, kacau lagi
- Masukkan daging dengan sedikit air rebusan daging, kacau rata
- Rasa kuah dia.. lepastu adjust ikut suka. Siap..

SHAKLEE: OSTEMATRIX.

Siapa yang perlukan Kalsium?
1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
2. Mereka yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
5. Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
          9. Mereka yang mempunyai    masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
Ostematrix Shaklee ini diperkaya dengan Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Ia sangat mudah untuk ditelan, tiada bau, tiada rasa.
Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Ia juga penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat.

OsteMatrix Membekalkan:
1. 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
2. 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
3. 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
(utk 4 biji ostematrix)

Kaplet bersalut yang mudah ditelan

Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Jika berminat, sila hubungi untuk dapatkan harga menarik dan konsultasi percuma.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*