Hari ni dalam sejarah,sebab aku dapat 3 jemputan kenduri kawin. Fuh..Kampung melayu satu, kawan sekolah aku, kulai ada dua tempat, dua2 opismate aku..Mula2 pening juga aku nak pergi mana satu dulu. Since kawan sekolah aku ni dah call berhari2 sebelum majlis dia, suh aku datang..sebab lama dah tak jumpa kan..jadi aku decide pergi ke kampung melayu dulu..
Rupanya senang jer cari rumah kawan aku ni..Memang senang yang amat..Jadi sampai sana aku dengan MLD pun apa lagi..makan2..ha ha..Sambil makan2 dok tengok juga sekeliling,mana tau kot2 ada yang kenal kan..
Then sebelum balik sempat la aku jumpa kawan aku ni kat bilik..Syukur la kat bilik dia tak ramai orang.Selalu bila aku nak jumpa pengantin jer..Memang sesak la bilik pengantin, semua orang nak jumpa raja sehari kan..Borak2 kejap..bergambar jap..Then aku pun balik la..Kang borak lelama kesian kat MLD plak..Tak ada member nak borak2..
Balik dari kenduri ni, mula2 ingat nak pergi kulai, kenduri opis2 mate aku tu..Sekali MLD bagi cadangan nk pergi jom heboh kat danga bay..Wowo mula2 dengar macam seronok jer...Sebab aku tak pernah pergi lagi...Jadi aku pun excited ajak MLD pergi..
Jalan sesak juga, ramai sangat orang parking merata bersepah2..Sepanjang jalan perking kereta..(tak kene saman pulak mereka2 ni) MLD cari parking yang sah punya..Haha masuk dalam2 sikit..Syukur sangat2 sebab ada parking..kalau tak ada parking, mau aku mengaruk dalam kereta..Buat penat jer pergi..Hehe..
Dan bermula la...Aku first2 masuk tengok apa benda la yang orang dok rebut2kan beli apa tah..MLD beli la london biscuit,keropok2..chipsmore semua satu bungkusan kira RM10.. AKu tak tahu la murah ke hapa kalau beli kat luar..Tapi bole la...Layan...Aku jalan kat semua gerai..Setakat tengok2 jer...Tapi takde la singgah..Sebab apa? Sebab terlalu ramai orang sampai pening kepala aku tengok...
Macam2 gaya ada,ada yang tua2, ala nenek2..panas2 pakai payung..Ada juga yang bawak budak kecik..umur setahun dua tahun,paling tak tahan ada juga sampai tolak stroller anak..Aduh..Kalau anak aku, memang aku rela duduk rumah la..Kesian budak2 ni berpanas2 dengan orang yang sesak lagi..Huish..
Aku pun dah tak larat berlama2 kat situ, beli2 sikit(mostly MLD yang beli-aku beli ribena jek) Pastu aku ajak MLD balik la..Pening2..Ha ha
Ini first and last aku pergi jom heboh..Tapi kira ok la kan..merasa juga aku suasana jom heboh yang heboh sangat kat tv tu..Ha malam ni mesti lagi ramai orang..Sebab ada konsert kan..Hmm..
p/s: Orang kita kalau bab2 hiburan cepat saja..Cuba kalau majlis ilmu...Sambuta biasa2 jer..Tak tahu apa nak jadi..
No comments:
Post a Comment