Sunday, March 13, 2011

TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG...INIKAN PULA.....

Stat esok kereta besar aku masuk bengkel..Nak repair sebab akhir bulan feb. Aku tengok dah start karat dan bahagian yang kemik tu..Elok la dibaiki cepat2..Lagi pun, buat sakit hati aku jer tengok kereta kemik sebelah pintu!! ha ha

Dan start esok juga aku mula guna kereta kecik aku-Kancil kereta pertamaku..Huhu..Banyak kenangan aku dengan kancil ni..Hehe Antaranya ini adalah kereta pertama aku. Beli untuk kegunaan latihan industri aku..Requirement tempat latihan aku ialah mesti mempunyai kenderaan, sebab syarikat konsultan kan..Jadi selalu kene pergi site inspection..

Aku dulu beli guna duit PTPTN..haha sanggup aku ikat perut,downpayment aku bayar RM1k..kancil 2nd hand kira ok la kan..Sekurang2 nya ada kenderaan..Dan aku bersyukur sangat2.

Tadi time aku hantar adik aku masuk kampus UTM...Masa nk drive balik..aku tiba2 ada satu perasaan..Sayu dan teringat2 bila ternampak2 bangunan hostel yang pernah aku duduk..Padang tempat aku bermain..laluan aku jogging..haha bangunan fakulti..Sedar tak sedar dah 4tahun aku tinggalkan alam kampus..Dan sedar tak sedar juga, aku sememangnya rindukan alam kampus aku..huhu

Bila nampak student ni berriadah..Gelak tawa..alangkah best nyer...Macam tak ada masalah..Sebab tugas mereka hanyalah belajar belajar dan belajar..Suasana tu takkan sama bila dah bekerja,sebab fokus kene pada kerja kerja kerja..he he

Secara tak sedar juga terimbas kat memori aku ni,saat aku bergelar pelajar dulu.. Waktu pergi kuliah...jalan kaki dengan kawan2..Aktiviti ko-q aku-senitari dan ekuistrian..Hehe rindu betul la..Semua tu adalah memori yang takkan luput dari ingatan..

Nampak bangunan fakulti pun buat aku terfikir2..Tempat ni la yang secara tak langsung mematangkan aku..Yang menjadikan siapa aku hari ni..Tempat aku menimba ilmu..Terbayang2 saat aku amik exam...Aduhai...Tempat jatuh lagikan dikenang..Inikan pula tempat aku menimba ilmu...isk isk..

p/s: Sesekali terbit juga kat hati ni nak bergelar pelajar semula..Hmm

2 comments: