Friday, March 11, 2011

SUAMIKU SURIRUMAH

Pagi ni aku sempat tengok rancangan Selamat Pagi Malaysia. (hari ni aku cuti-gara2 sakit tekak, batuk selsema) Topik yang dibincangkan ialah suamiku surirumah. Wow menarik juga aku rasa..

Dalam perkahwinan, tugas suami ialah melindungi isteri, bekerja mencari nafkah untuk perbelanjaan keluarga. Tapi memang tak boleh dinafikan ada sesetengah kes si suami terpaksa jadi surirumah sekejap(ala2 cerita mr. mama la pulak) Pada aku..Kalau si suami tu masih sihat, kuat dan tak sakit..elok la diusahakan untuk mencari kerja..Supaya rumahtangga tu tak terganggu..Sebab apa aku kata macam tu…Sebab bila isteri yang bertungkus lumus mencari rezeki..Nanti apa pulak orang sekeliling kata..Dah sah2 orang akan mengata punya..

Bila orang da start mengata, suami isteri mulalah bertengkar..Ini yang tak mahu..Bila bertengkar..Mula la..macam2 boleh jadi..Silap2 boleh terlepas talak..Huish..Bak kata perunding motivasi pagi tadi..kalau tak ada kerja..fikir la..9/10 punca rezeki datang dari perniagaan..

Yang selama ni kerja kita dok cari2 tu hanya lah 1/10 jer..Selebihnya dari perniagaan..Maka kene fikir positif la..Amik inisiatif masuk seminar perniagaan…Berkawan dengan kalangan businessman..senang nak create contact..nanti bila dah start business,senang nak cari market..(betul jugaaaa..kalau fikir secara logik..)

Walaupun macam tu..suami2 ni amat2lah digalakkan untuk membantu isteri dalam melakukan kerja2 rumah..Hmm ini memang patut la…kerjasama dalam rumahtangga..Sebab isteri2 zaman sekarang ni kan semua sama2 kerja..bertungkuslumus nak tingkatkan taraf keluarga..Bila balik rumah sama2 penat..Jadi kene sama2 la buat kerja..

Suka pulak aku terdengar ada satu pemanggil lelaki tadi dia bagitahu, sejak kahwin dia belajar memasak..kadang2 dia masak..suruh isteri rehat…Dan sampai sekarang..dia dah pencen kerja..manakala isteri still kerja..Jadi setiaphari..bila balik rumah, isteri dia tinggal makan jer..dia dah siap2 masak..Wow memang terharu kalau dapat suami macam ni..ha ha

No comments:

Post a Comment