Hari ni memang da plan nak hantar buku2 ke rumah kakak aku. So gigih la aku pagi2 bersiap,habis basuh baju,mandi lepastu berdesup drive pergi pulai indah. On the way tu nampak la kawasan perumahan..pulai jaya,pulai emas,kangkar pulai...hmm banyak btol rumah yang nak dibuat kat area tuh. Mesti in future kawasan ni akan jadi sibuk nanti. Nasib la encik tunang keje jauh. Kalau dekat2 sini, memang aku pujuk dia beli rumah sini.
Habis jer hantar buku. Aku hantar cermin mata pulak. Ada ke cermin mata baru jer buat mgu lepas,alih2 bole terkopak structure dia..hish..bunuh mood btol..nasib cermin tak apa2. Bingkai tak kisah sangat pada aku..lens dia yang aku kisahkan. Hoya transition lens...hmm sabar jer la kan..katanya untuk repair amik masa dua minggu..
Lepas tu tak de benda buat..haaa sesi berbelanja sesuka hati...nak beli makanan tak boleh..sebab bulan puasa kan..so beli la losyen tuh dengan krim kecantikan. Kebetulan losyen aku da nk habis. Lepas tu...krim kecantikan ni aku nk letak kat beg telekung..gantikan krim lama yang memang nak habis dah. Aku ternampak iklan johnson body care ada launch losyen baru...serta merta aku beli..haha nampak sangat aku ni mudah dipengaruhi iklan...
Masuk pulak mph jusco..diri depan rak novel punya lama..time ni memang rasa nak lempang diri sendiri. Baru jer hantar novel ke rumah kakak, takkan la aku nak beli novel lain..tak ker haru tuh..last2 aku beli jer buku resepi..haha persediaan lepas kawen nanti..ish3 .
Hmm pening...
No comments:
Post a Comment