Saturday, July 14, 2012

PEDOMAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Ini adalah entry sekadar berkongsi info dan juga untuk memotivasi diri sendiri.

Menurut kajian Dr. Bob Montgomery dalam buku 'The Truth About Success And Motivation', antara pedoman untuk mencapai kejayaan ialah:

Pertama, jangan bersaing dengan orang lain. Ertinya jangan cuba berjaya mengalahkan orang lain. Dalam hidup ni, kita hanya patut mengalahkan orang lain kalau kita dalam pertandingan kalah-mati, seperti dalam liga bole sepak. Kalau tidak, jangan... Capai la kejayaan dengan cara memberi kerjasana kepada orang2 lain.

Kedua, menang la dengan cara turut membenarkan orang lain menang. Ertinya semua orang mendapat apa yang mereka mahu.

Ketiga, apabila membuat matlamat, pastikan matlamat itu munasabah. Jangan buat matlamat diluar kemampuan kita untuk mencapainya.

Keempat, ukur kejayaan kita dengan menggunakan ukuran dalaman yang sesuai dengan diri kita.

Kelima, rancang la suatu kehidupan yang seimbang dan hiduplah dengan gaya itu. Kehidupan yang seimbang mempunyai tiga ciri:
1) Melaksanakan tugas2 asas dirumah dan di tempat kerja dengan baik dan sempurna
2) Mendapat keseronokan dan kepuasan daripada apa yang kita buat
3) Mendapat ketenangan dalam perkahwinan dan persahabatan.
 

No comments:

Post a Comment