Monday, July 23, 2012

UJIAN HIV UNTUK BAKAL PENGANTIN

Hari ni kilang aku cuti. Jadi aku decide untuk buat hiv test. Gelabah la juga sebab...aku kan xsuka sangat pergi klinik bagai ni..lepastu bukan sebarangan klinik boleh pergi untuk buat ujian nih. Kene pulak refer pada list2 kat belakang borang tuh.

So aku pergi klinik kesihatan tampoi jer..gigih la aku datang pagi2, konon takut ramai orang. Sekali datang,nurse tu bagitahu,untuk hiv test biasa buat waktu petang. Dalam pukul 2 gitu.. Hish..

Sementara nak tunggu pukul 2 petang,aku hantar kereta pergi servis dan jalan2 dekat angsana.. Tepat pukul 2, start gerak dari angsana pergi klinik kesihatan tampoi. Mula2 pergi tu aku konfius jalan masuk ke klinik kesihatan ni. Dua kali aku pusing2 tapi bangunan yang dicari tak juga jumpa. Sampai aku call klinik tu,tanya kat mana kedudukan dia.

Ok sampai jer dekat klinik tu,amik nombor kemudian diberi satu borang. Kene isi then masukkan dalam kotak. Kemudian tunggu sehingga di panggil.

Ok tak lama kemudian, no akan dipanggil. Bila masuk,nurse tanya serba sedikit...yang ditanya ialah ini perkahwinan keberapa. Lepas tu terus dia minta jari hantu tangan kiri.. Sapu alkohol sikit lepas tu cucuk. Aiseh. Terasa juga la sakit dia tuh.. Lepas tu nurse minta tekan jari dekat kit pengesan tuh.. Kemudian disuruh keluar dan tunggu lagi sehingga di panggil.

Time menunggu ni tak la lama. Tapi dok pandang kiri kanan nampak semua orang pegang sampul biru tuh,tau la aku memang semua pun tengh buat hiv test juga. Hmm semua datang dengan pasangan. Tetiba rindu encik tunang..**mood mengada2**

Ok bila result test dah dapat,sekali lagi nombor akan dipanggil kemudian nurse akan masukkan form tu dalam sampul dan lekat terus. Dia siap pesan dekat aku, nanti sampul ni bagi pada pejabat agama. Result test tu sah untuk tempoh 6 bulan sahaja.

Ok itu jer prosedur dia. Senang jer. Yeay settle sudah satu urusan dokumen. Sekarang ni tengah tunggu surat akuan bujang dari majikan pulak. Hmm macam mana la agaknya perakuan tu yek..tunggu jer la...

Published with Blogger-droid v2.0.6

2 comments: