Ada sekali tu aku borong barang strawberi, terjebak pulak aku beli starter kit skincare vitamin e..Umum pun da tahu- vitamin e baik untuk kulit. Bila aku guna cleanser, toner, moisturiser, aku rasa macam serasi dengan kulit aku. Terus aku habiskan secepat mungkin loreal hydrafresh, slowly bertukar pada bodyshop. Mula2 moisturiser.. Ooo moisturiser dia ok sangat. lembab je kulit bila apply.. Lepas tu aku jatuh cinta pada toner dia.. Kemudian sekarang aku terbeli facial wash dia!
Kisahnya konon la aku nak redeem voucher rm15 nak beli toner sahaja. Lepas tu teringat moisturiser kat opis tu da nak habis. Why not aku beli sekali harung. Sales assistant tu kata elok aku amik sekali satu set dengan facial wash. Dapat la diskaun 10%. Dan lebih malang, beli satu set ni tak dapat guna voucher tuh, malah aku diberi satu lagi voucher yang sama, tamat tempoh bulan depan! Bijak betul strategi business dorang. Haha
So sekarang partially aku dah jadi pengguna skincare bodyshop vitamin e nih. Facial wash je aku belom tukar sebab nak habiskan safi balqis manggis tu..So far, toner dan moisturiser dia mmg highly recomended. Cuba sendiri baru tahu. Ok.
nani..aku pulak suka almond oil hand body shop...klo bau, mesti teringin nak kunyah kekacang
ReplyDeleteYe la ipa, sama macam body butter strawberry dia, bila apply memang macam nak makan2.. ha ha ha
ReplyDelete