Gara2 tengok masterchef. Ada group yg buat chicken teriyaki. Aku pun teringin nak cuba buat juga.
As usual google sahaja resepi, terus jumpa.. ni rupa chicken teriyaki sebelom digrill..
Meh aku share bahan2.
- kepingan isi ayam
- halia di parut
- bawang putih di parut
- kicap manis
- madu
- gula perang
- garam sikit.
Sukatan semua bahan adalah sukahati. Secukup rasa. Agak2. Campak2.
Cara membuatnya:
- perap semua bahan dengan ayam
- panaskan pan grill. Aku pakai pemanggang ajaib je.
- grill ayam sampai masak
- masa grill, curah lebihan perapan bagi sedapkan rasa.
Ni rupa sedia dimakan. hehe
Cuma lepas ni mungkin aku akan potong nipis isi ayam. Lagi sedap aku rasa. Kuikuikui. Ok menu hari ni rasanya mihun sup. Tapi tak sure lagi. Hari ni aku ada banyak agenda nak buat. ehehe...
sedapnya
ReplyDeletehehe sedap sangat, tu yang sampai repeat buat guna daging pulak.
ReplyDelete