Da makin nak dekat tarikh pindah ni makin kelam kabut dibuatnya. Semua benda nak fikir dan nak settlekan kasi habis. Kali ni aku nak cerita hal langsir ni. Selama ni aku dok teman mak aku je cari kain laingsir, beli tu beli ini. Sekarang turn aku pulak buat sendiri, untuk rumah sendiri. Final decision aku- tempah kedai sahaja, senang semua dah siap. Tinggal pasang jer. Nak pilih kedai ni, kene amik masa juga. Tak semua barang pilihan kita ada kat setiap kedai. So nasihat aku, rajin2 kan la diri jelajah tetiap kedai tengok apa yang diaorang offer..
Ni langsir hall aku. Semua langsir ni aku pilih supaya pasang tinggi untuk nampakkan effect ruang yang luas.
Untuk day curtain aku pilih kain putih snow white, pakai rail aluminium saja.
Untuk night curtain aku pilih kain tebal sikit. Tapi sebab kain yang aku pilih ni bidang kecik, so kene sambung kain. Aku pilih warna silver sebagai kain sambungan untuk bagi kontra sikit dengan dinding yang latar putih. Night curtain aku pilih guna eyelet..
Kedai bagi free: pengikat langsir macam kat bawah tu..
Untuk masterbedroom, day curtain follow kain snow white sama macam hall, tapi night curtain aku pilih kain warna coklat.
Kat sini dua-dua langsir aku pakai rail aluminium..
Macam biasa, free pengikat langsir kiri dan kanan.
Buat masa ni itu je langsir yang aku pasang kat rumah. Untuk dua bilik belakang tu aku temporary pinjam langsir mak aku. Hahaha Nanti2 kalao ada rezeki baru fikir macam mana nak buat. Tak pasti lagi nak go for window blind atau pasang langsir juga. Encik suami macam berbunyi2 nak pasang langsir. Tak pe. Itu hold dulu.
So far aku memang puas hati dengan servis kedai ni. Ye la sebab nama pun kedai langsir, kepakaran dia mestilah langsir. Mudah- mudahan aku ada rezeki lagi untuk tempah next langsir kat kedai yang sama.
Ok bye.
cantik Nor...saya suka...umah sy simple ajer langsirnya
ReplyDeleteTq kak..
DeleteNani, cun! Masa nak pilih langsir ni, memang rambang mata... Akak pon amik yg design simple, x de scallop2 ni (buat kumpul habuk jer...akak ni pemalas nk ngemas... huhuhuhuhu). Tapi bila dah buat langsir ni, baru tau mahai sungguh nak buat tuk satu rumah...
ReplyDeletekak nina... betul... mahai sungguh.. pertama kali buat, terpaksa la terima 'kemahalan' tu.. tu yang pasang sikit2 dulu..
Delete