Tuesday, April 22, 2014

LUAHAN HATI.

Sebelum apa2 lagi.. aku nak nyatakan kat sini reason aku letak gambar or update progress rumah aku kat blog ni. Dua tiga hari lepas hati aku macam tak sedap sikit. Macam risau sebab adakah aku ni dikatakan terlalu menunjuk2 bila aku update progress rumah sendiri?

Macam la aku sorang je yang ada rumah. Gitu la gamaknya. Niat aku baik. Serius. Aku cuma nak share. Jauh sekali dari nak menunjuk2. Aku nak share. Sharing is caring orang kata la. Tapi memang betul pun. 

Zaman sekarang ni, maklumat di hujung jari. Sebelum aku start renovate rumah, aku memang review semua blog yang SHARE pengalaman dorang dari start beli rumah sampai la ke deko2 rumah. Supaya mana2 yang baik, boleh dijadikan contoh dan juga untuk kurangkan perkara yang tak di ingini berlaku.. renovate rumah ni semua melibatkan kos. Kos pulak sumbernya hasil titik peluh kita sehari2 yang kena akui bukan sikit ok. 

Macam tu juga masa aku nak kawen dulu. Habis semua B2B blog aku belek dan REVIEW untuk dapatkan info persiapan perkahwinan. Aku percaya blog blog ni umpama buku kedua aku selain dari buku. The real buku. Banyak membaca banyak la pengetahuan. Mudah- mudahan begitu la..

Terima kasih juga pada mana2 blogger (tak kira siapa) yang aku cedok ideanya yang sudi share tips2 (tak kira la pasal apa pun). Thank you very much.
So aku rasa sekarang turn aku pulak nak share apa yang aku dah buat. Walaupun kebanyakan entry aku tak de la provide tips bagai. Just catatan untuk aku sebagai kenangan masa depan. 

Ok habis da membebel. Sekian.

3 comments:

  1. nani, nama pon blog sendiri kan... i pon slalu gak buat blog ni macam diary i...to record and share my feeling and thought. i ok je nani share pasal ur reno project. may b nanti bermanfaat juga utk org lain...

    ReplyDelete
  2. Jgn la sedih nani..bagi aku ko tak menunjuk pon..blog ni kn ibarat mcm diary kita..bila dah tua, baca balik kn seronok..anak2 pn boleh baca..bagi aku share kt blog lg baik compare to fb/ig..sbb fb/ig sememangnya nk kawan2 tahu..(tp bergantung pd niat masing2 la)..lg satu kita dpt share maklumat dan bantu org lain yg tgh cari info..so soal show off tu x timbul bg aku..mcm aku jgk, klo aku nk apa2 info, aku akn google...

    Opsss terpanjang plak komen..hehe

    ReplyDelete
  3. sy suka orang yg suka share...pada sy mana ada menunjuk..itu boleh jadikan tips dan juga cadnagan pada orang lain bila nanti diaorang pun nak renovate rumah kan? saya nak renovate pun sibuk masuk blog2 orang yg pernah renovate rumah..tgk cara...style, harga yg diaorang dpt..baru buat keputusan

    ReplyDelete