Friday, April 11, 2014

PISAU.

Minat memasak aku terpupuk sejak aku jadi isteri orang. Daripada tak pandai, sekarang bole la masak ikut resepi. Bole telan. Walaupun kadang2 tak jadi. Itu normal. Percubaan pertama orang kata.

Rancangan tv pun beri pengaruh juga. Masterchef. Food network. Dapat cedok dan belajar skill memasak. 

Masa tengok rancangan masterchef tu, kerap kali juga peserta2 luka tangan sebab terhiris pisau.. Uiii seram aku.. Tak dapat dibayangkan kesakitan.. Mungkin sebab dorang kene memasak ikut masa, jadi kerja potong pun buat laju2, possibility nak terhiris tangan besar. 

Macam aku pulak, time memasak, safety first. Kerja potong memotong, hiris menghiris, aku buat berhati2 sambil doa2 moga2 aku tak cuai. Tapi kerapkali juga jari aku rasa pedih terutama bila terkena air. Bila diteliti di belek2 rupanya ada garisan halus luka kat jari. Kadang panjang kadang pendek. Ohoi.. banyak jari pulak tu.. 

Aku recall balik cara aku memasak. Memang setakat ni ok saja. Rupanya luka2 halus tu disebabkan pisau blender aku. Time nak basuh blender tu, berkali2 juga jari terlanggar pisau blender. Nak cepat la katakan..Rumah takde lesung baru. Semua bahan pun aku blender saja. Jadi tahan je la luka2 halus kat jari..

Nasib bukan sebab terhiris pisau. Sebut pun da macam bergetar hati aku, kalau kene betul2- bole menangis dibuatnya..

2 comments:

  1. Nani, akak pon kalau luka disebabkan pisau, selalunya sebab masa basuh pisau tu terhiris jari. bukan masa memotong bahan masakan pun... heheheh

    ReplyDelete
  2. kak nina, ish sakitnya. jgn sebut terhiris pisau. da terbayang luka darah2.. ngeri. hehehe hati2 ok.

    ReplyDelete